Hari ni keluarlah keputusan SPM, anak aku salah seorang dari pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Apapun keputusan ianya semua ketentuan dari Allah swt. atas usaha yang telah dibuat.
Bagi yang tak nak pegi sekolah @ berada di luar kawasan boleh juga sms, talian dibuka sehingga 30 Mac 2011.
SPM RESULT [IC NUMBER] [ANGKA GILIRAN] send to 15888
contoh :
930513021234 KC0212345 send to 15888
Anak aku mendapat keputusan yang pada aku sederhana shj. Walau apapun, keputusan SPM bukan penentu masa depan, ia lebih kepada pembuka ruang dalam memilih hala tuju selanjutnya. Cemerlang SPM belum tentu cemerlang masa depan, kegagalan dalam SPM mungkin memberi kesedaran/kejutan dari tidur yang akan membuahkan kejayaan juga akhirnya.
Berjaya dengan cemerlang SPM akan memberi laluan mudah untuk ke menara gading tapi belum tentu untuk membuahkan kerjaya sebagaimana dicita. Kegagalan bukan bererti ruang untuk berjaya telah tertutup. Banyak kisah orang berjaya bukan didahului dengan kejayaan akedemik yang cemerlang, tapi usaha gigih dan dipermudah oleh Allah untuk berjaya.
Kepada anak aku dan semua pelajar yang telah mendapat keputusan tahniah kerana berani melalui saat-saat yang mencemaskan ni.
Bagi yang berjaya bersyukurlah dan selamat memilih kursus dan IPT yang sesuai dengan keputusan dan bergembiralah dengan ucapan TAHNIAH yang diterima.
Yang gagal pula, selamat mendengar leteran @ ceramah dari ibubapa kalian, anggaplah kegagalan ini sebagai pembakar semangat supaya lebih berjaya.
Pada aku, lepas SPM dan melangkah ke IPT, anak-anak akan terlepas dari kawalan ibubapa sepenuhnya dan bermulalah cabaran hidup sebenar mereka. Kekuatan jatidiri, mental dan pegangan agama yang telah dibekalkan akan menjadi 'pagar' dalam menempuh hidup diluar sana.
Kepada anak ku, apapun pilihannya akan aku terima dan semoga anakku dapat menempuh pancaroba hidup diluar sana yang makin mencabar berbanding semasa remaja aku dulu. Semoga anak aku mempunyai semangat dan jatidiri sekental aku dulu.
'Yaa Allah, engkau lindungilah anakku didunia dan diakhirat'
Amin
No comments:
Post a Comment