Thursday, August 30, 2012

Welcome 55

Mencecah ulang tahun ke-55 kemerdekaan,  pertama kali  dalam sejarah (seingat akulah), berlaku perbalahan terhadap logo/tema yang dipilih  untuk dijadikan tema  peringkat kebangsaan. Walaupun mendapat banyak bantahan, malah ade syarikat grafik sudi membuat logo secara FOC, tema 'janji ditepati'  tetap digunakan.






Kegagalan &  kelemahan pencipta 1Malaysia  menghayati semangat 1Malaysia telah menyebabkan perbalahan dalam tema hari merdeka. 1Malaysia tidak membawa satu penyatuan tetapi ia mencipta  kontroversi.




Tema yang dianggap lebih  berbau politik telah menyebabkan negeri-negeri  pakatan rakyat mencipta tema masing-masing - Kelantan dengan tema 'Menerajui Perubahan', manakala Kedah 'Terus Berbakti' dan Pulau Pinang 'Budaya Bersih Merdekakan Rakyat'. 

Bagaimanapun selepas Pakatan Rakyat memutuskan tema bersama iaitu Sebangsa, Senegara, Sejiwa, kesemua negeri-negeri tersebut bersetuju untuk menggunakan tema bersama itu.


 


Bagi aku yang dok bawah pemerintahan Pakatan Rakyat ni tentunya .....Setuju ngan tema tu he..he..he..
sebab aku pernah di'warning' oleh pemerintah terdahulu, 'dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung'.




Selamat meyambut ulangtahun kemerdekaan Semenanjung Malaysia @ Tanah Melayu @ Malaya ke-55,  sebab masa ni Sabah & Sarawak xjoint lagi, & Selamat Hari Malaysia  (yang ke brapa ye?)


Ya Allah, 
Engkau lindungilah kami sekelian  rakyat Malaysia   ini.
 Limpahi kami dengan rezekiMu.
 Jauhi kami dari sebarang bencana.
Engkau satukan hati-hati kami yang pelbagai kaum ini.
Hindari kami dari pemerintah yang zalim
Ya Allah, hanya kepadaMU tempat kami  memohon .
 Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih & Penyayang.

Amin...Amin... Amin.

Wasalam. 
.....image dari google...

 

2 comments:

  1. First time dlm sejarah begitu banyak kontroversi
    dari tema sampai ke lagu,
    nampak gaya ramai rakyat yg tak puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thomas,
      ramai dah sedar akan kepincangan kerajaan yg ada. Anda mampu mengubahnya. he..he..

      Delete