Thursday, November 24, 2011

Salam Maal Hijrah

Awal Muharram/Maal Hijrah sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa  bersejarah itu merupakan hari pertama dan tahun baru
(1 Muharram) bagi Takwim Hijrah.

Antara amalan menyambut Maal Hijrah (ni kat surau taman akulah) akan diadakan solat sunat berserta doa Akhir Tahun (Allah akan ampunkan dosa-dosa yang lalu) & doa Awal Tahun (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat) .
   
Doa Akhir Tahun dibaca
 sebelum masuk/azan waktu maghrib
dilaungkan. (hari terakhir Zulhijjah)



Doa Awal Tahun dibaca selepas azan maghrib  sebelum solat fardhu maghrib.







Dalam kalender Islam (Takwim Hijrah) pertukaran hari ialah apabila masuk waktu maghrib. Bagi Kalendar Masihi pertukaran hari ialah pada jam 12:00 malam.

Semoga Allah melimpahi rezeki dan limpah kurnianya untuk kita terus beramal dan memuliakan awal muharam dengan sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Ambiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Solihin.
JANGAN dibuat saperti menyambut awal tahun masihi yang penuh dengan kemungkaran, bukan mendapat keberkatan malah kemurkaan Allah. Nauzubillah.

Lagu ini begitu senonim dengan sambutan Awal Muharram dari semenjak aku sekolah rendah lagi. Bila ada sambutan & perarakan sempena awal muharram lagu ini pilihan utama dan hingga kini masih lagi dalam ingatan. Semangat & aura hijrah ada dalam lagu ni.


Jika ada kesempatan akan aku N3, amalan yang dituntut dalam bulan ini terutama pada 9 & 10 Muharram (hari Asyura), sekadar untuk renongan dan koleksi bagi rujukan aku sendiri . Insyaallah.

Islam itu indah setiap perkara ada adab-adab yang telah ditetapkan oleh ALLAH yang ESA, waima hendak masuk tandas pun dinyatakan adabnya.




Selamat Menyambut Maal Hijrah
&
SELAMAT BERAMAL
(1 Muharram 1433 = 27 Nov. 2011)




Wasalam

Nota : Doa Akhir Tahun (selepas solat asar) & doa Awal Tahun (selepas azan maghrib) dibaca pada petang 26 Nov. 2011.
1 hingga 10 Muharram disunatkan berpuasa.

PS: apakata kita hijrah dlm PRU13 nanti - bagi kat PR pulak, boleh ka! bukan provokasi tapi cadangan he..he..

4 comments:

  1. hijrah itu pengorbanan....marilah kita berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik...

    ReplyDelete
  2. Amie,
    semoga kita diberi kekuatan & 'istiqamah' untuk menjadi lebih baik. Salam Maal Hijrah

    ps: anak teruna dah balik dri T'ganu ke?

    ReplyDelete
  3. Salam maal hijrah buat Cheqna juga, moga dimurahkan rezeki & dipertemukan jodoh. he..he.. boleh ke ucapan ni! Gurau je ye Cheqna

    ReplyDelete