Sunday, October 30, 2011

Angry Birds........Attack!!!!!!

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera buat teman maya sekelian. Selamat berhujung minggu bagi yg sedang berhujung minggu & selamat memulakan minggu baru pada yang baru mula bertugas hari ni macam cheq.  Dah besawang blog aku ni rupenya. Sibuk nak hujung tahun katakan, konon-konon nak tutup buku tahun 2011 gitu.

Kali ni nak N3 pasal angry birds, aku pun xtau mana datangnya menatang ni. Yang jadi timbul crita ni bila anak aku habaq 'Mak nanti tahun depan, semua barang sekolah adik, adik nak angry birds', apa kebendalah pulak si angry birds ni. Sebabkan aku sebok melampau masa tu, nak memudahcara aku ye je lah. Dalam  pada tu, aku usha jugaklah kat pasar malam & seangkatannya macam manalah rupa si angry birds ni. Ropenya kepala burung yang pelbagai warna dengan pelbagai watak. Aku cakap kat anak aku (abang sekecik tulah), 'Mak xpernah tengok pun crita angry birds ni, crita dia kat astro kot (astro memang aku xlanggan)'. Anak aku habaq 'memang takde kat tv itu game kat komputer'. Oooo gitu critenya, padanlah aku xtau, kalau animasi @ kartun mesti aku tau, aku adalah peminat setia!

Bebalik pada barangan angry birds ni, masa aku ronda kat pasar pagi, last friday aku terjumpalah satu gerai menjual semua jenis angry birds-pencil, shapener, eraser, note pad, pencil case, beg segala saiz dan macam-macam lagi semuanya berkepalakan si angry birds. Aku pun belilah satu pencil case warna merah kat anak aku, seronok bukan main lagi siap cakap 'cantik...cantik...cantiknya, nak simpan tahun depanlah" (sambil cium berkali-kali). Terlintas dalam kepala otak aku 'teruk jugak penangan angry birds ni'. Tak settle kat situ je, 'mak jangan beli angry birds hitam tau, adik tak suka-jahat". Aiks...ada watak pujaan pulak. Yesterday, masa aku ambik dari tuisyen, dengan girangnya masuk kreta 'tadi adik beli kalender & key chain angry birds-cikgu juai, nanti mak  bagi duit tau'. Adoooii angry birds lagi.

Bila aku surf internet, baru aku tahu, ia merupakan game 6 kepala burung dengan pelbagai bentuk & warna memusnahkan khinzir, crita burung lawan khinzirlah.  Hai macam-macam!!

watak-watak dalam game 'angry birds'
kepala burung merah  : tiada kuasa cuma ade bunyi je
kepala burung kuning : begerak laju, dikenali sbgai 'kamikaze'
kepala burung biru : burung terkecil tapi boleh berpecah jadi 3 burung baru
kepala burung hitam : kuasa letupan spt bom
kepala burung putih : serangan dari bawah (jatuhkan telur)
kepala burung hijau : bergerak kedepan tapi boleh patah balik macam boomerang

ni semua Rovio punya pasallah, pi reka crita lepaih tu segala jenis toys tu made in China.

Bersedialah aku dengan serangan angry birds sempena sekolah sesi 2012. Attack!!!!

ni aku ambik dari you-tube pasal game angry bird tu. si kepala burung hijau tu xde pulak, mungkin tu watak baru kot.



You won't like me when I'm angry......birds
Angry birds : The Movie(Trailer)


Sekian,Wasalam


6 comments:

  1. tak pernah main game ni tapi anak2 selalu,
    entah tiba2 jadi musim burung pula.

    ReplyDelete
  2. anak-anak sekarang lebih advanced, xsempat kita nak belajar depa dah graduated. Saya dulu suka game komputer 'alley cat'(tahun 80-an) , bukan released tension tambah tension adalah.

    ReplyDelete
  3. hehehe..hebatnyer penangan burung marah ni.hehe

    ReplyDelete
  4. yelah pik, sib baik dia xsuruh tukar langsir & cadar dengan kepala burung marah tu, kalau tak penin gak lah..he..he..layan selagi boleh!

    ReplyDelete
  5. Saya pun dah join main this game..hehe..tapi kadang2 tu tension pulak bila kalah..haha..

    ReplyDelete
  6. Cheqna, tujuan Rovio cipta game ni nak bagi orang released tension tapi tulah tambah tension adelah...he..he..

    ReplyDelete