Tanggal 17 Ramadhan adalah tarikh yg selalu diingati oleh umat Islam & memang sepatutnya tarikh itu diperingati kerana turunnya Al-Quran oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad saw untuk disampaikan kepada umat manusia, sebagaimana maksud sebahagian dari ayat 185 surah Al-Baqarah
.... " Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan(permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia & penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yg haq & yg batil)" ....
Kita sanjung Al-Quran
Kita simpan baik-baik dlm almari & di tempat tinggi (sama sekali kita 'mengharamkan' Al-Quran diletak atas lantai). Kita marah jika diberitakan Al-Quran dpijak, dbakar, dletak dlm tandas dll pelakuan yang mengaibkan Al-Quran. Memang menjadi kewajipan setiap umat Islam utk memuliakan & mempertahan Kalamuallah ni. Kita marah jika Al-Quran dhina.
Tapi apa yang kita telah buat pada Al-Quran
Kita baca Al-Quran - tapi tak faham & tidak mengkaji (mentadabbur) malah tak amalpun ape yang dsuruh, dlarang & segala panduan dalam menjalani kehidupan. Tidak menjadikannya sebagai 'way of life' kita.
Al-Quran bukan hanya dibaca dalam sesuatu majlis berbentuk keagamaan sahaja ia adalah suatu 'manual' yang menjadi rujukan (bukan perhiasan utk disimpan dlm almari) dalam menjalani kehidupan di dunia 'syahadah' ni.
Al-Quran diturunkan antaranya untuk:-
- Menjadi petunjuk dan penjelasan kepada manusia;
- Menjelaskan yang halal & haram;
- Memberi pelbagai peringatan dan hukum hakam;
- Membezakan antara yang haq & batil;
Yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita. Wajib bagi umat Islam mengambil Al-Quran sebagaimana Allah perintahkan & berpegang teguh kepada Al-Quran.
JANGAN!!
- Jadikan Al-Quran sebagai kitab 'mistik' spt mengambil sebahagian dpd ayat-ayatnya untuk dijadikan azimat, takal, pelaris, penolak bala, ayat pengasih dan seumpamanya yang karut marut.
- Mengambil sebahagian kecil hukum dan meninggalkan sebahagian besar hukum dalam Al-Quran. (spt. mengambil ayat-ayat wudhu & solat tapi meninggalkan ayat-ayat tentang hudud & mua'malat dsb)
Jadi sempena menyambut Nuzul Quran ni, mailah kita dgn penuh iman & takwa muhasabah diri, apakah selama ini telah mengambil Al-Quran sebagaimana diperintahkan oleh NYA @ mengambil sebahagian @ mengabaikan terus.
Apakah selama ini Al-Quran telah benar-benar kita jadikan petunjuk, sumber hukum & sekaligus sebagai penyelesai segala masalah kehidupan kita.
Kembalilah kepada Al-Quran semoga umat Islam tidak terus dipandang hina akibat dari umatnya yang telah hilang penghayatan terhadap Al-Quran.
"Selamat menyambut Nuzul Quran"
Wasalam.
No comments:
Post a Comment