Tak faham! Macam ni, crite pasal bulan Ramadhanlah, di negeri di mana aku pijak la ni, di bulan Ramadhan, kerajaan negeri telah ubahsuai waktu kerja di mana dapat balik 30 min awal (besa 5:00, bulan posa 4:30-macamtulah).
Kami dibawah 'federal' ni pun dapatlah surat arahan ni, selalunya surat ni tak diedarkan kepada kakitangan kerana tak berkaitan (tahun sebelumnyalah), tapi kali ni entah macam mana, bos aku letih posa kot dia suruh bhg admin aku edarkan. Dalam surat tu dia arahkan 'sila maklum kepada semua'. Bila sampai kat kami ni, macam-macam fahaman pulak tentang arahan itu, ada yg kata 'ambik maklum je, jgn berurusan dgn jab under negeri lepas 4:30, sebab depa dah balik'. satu lagi fahaman pulak kata 'bos suruh ikut jadual ubahsuai tu'. Havoc jugalah kami mempertahankan hujah memasing tentang maksud yang tersirat tu.
Untuk selesaikan masalah, tanya balik admin & admin kata bos suruh ikut jadual ubahsuai tersebut, kamipun menyambutnya dengan kegirangan. Itu hari pertama punya crita.
Mai hari kedua, ketua unit aku pulak pening (masa hari pertama pun dia xstuju) dia kata 'mana boleh ikut kerajaan negeri ni, kan ada arahan kabinet, pegawai persekutuan di negeri yg diperintah pakatan rakyat tak boleh mengunapakai arahan kerajaan negeri. Jadual ni terpakai kepada pegawai kerajaan negeri sahaja' (memang aku pun faham macam tulah). Lepas itu, tup-tup tengahari tu datang arahan baru dari admin, waktu tamat bekerja kekal seperti hari biasa! Havoc balik satu pejabat.
Yang kelakarnya, masa 4:30 ptg tu, pegawai aku yang sorang ni pun pilah nak 'punch card' nak balik. dia pun heran, hangwat tak dak orang Q nak balik, tetiba CC aku nampak dia nak punch, 'encik, balik macam biasa-katanya'. Dia pun masuk balik & kamipun gelakkan dia (rupanya masa dimaklumkan secara lisan tu, dia tiada so dia tak taulah), kesian pulak! Dia pun gelak juga & katanya dia siap habaq kat is3 dia, hari ni balik awal, kena habaq lainlah nampaknya!
Alkisahnya, kami cuma merasa 1 hari sajalah balik 30 min awal tu.
Hu..hu..hu... nak balik awal jugakkkkkkkkkkkkk....
nak balik awal ye..ambik waktu anjal satu HUH..
Selamat berpuasa & berbuka, jgn lupa tarawih.
Wasalam.
HEHEHE..KLAKAR JER KAN...
ReplyDeleteSY NI LAGI LA KAK..SELAGI TAK KUL 5.30..JGN HARAP DPT BALIK..KENE OT LAGI LA...
TAPI SY DAH SET JGN HARAP LA SY NAK OT BULAN POSE NI...NAK BALIK MASAKKKK...
yelah Sharifah, memang kelakar. Pah balik pukul 5:30 lagi lambat, kalau akaklah masak nasik jelah pah yg lain tu resipi tunjuk kat pasar ramadhan jelah.
ReplyDeleteKenapa time balik yg Federal dgn state tak sama ke?
ReplyDeletepada bulan ramadhan shj, staf state dpt balik awal 30min -sejak pakatan rakyat perintah. Dulu sama je. U tau Thomas, 30 min awal beri kesan yg cukup besar, u can avoid trafic jam & save time. eg. i balik 4:30pm i arive around 4:55pm, compare i balik 5:00pm i arrive home around 6:00pm bcos of tjame.
ReplyDeletekesiannn...
ReplyDelete