Sunday, August 21, 2011

Missed Sahur

N3 kali ni nak crita pasai tak makan sahur sebab 'chef' tak sedar (jam tak bunyi kot), sedaq2 bila azan subuh berkumandang dari surau. Terkejut si'chef' bangun tapi tak leh nak wat pe dah, solat subuh jelah!

Nasib bek hari tu Sabtu, semua cuti. Bukan ape, anak-anak aku ni  waktu berbuka posa, depa bukannya makan nasi tapi makan 'kanji' (bubur nasi), segala jenis 'soup' serta  kuih muih (tak kedap perut kata org kedah). Pada hari kejadian (macam crita jenayah lah pulak), depa semua memang tak makan nasi masa berbuka posa, tulah yang aku berharap mereka berjaya. Alhamdullilah dua anak aku tu posalah cuma adik tu aku xbagi posa sebab aku tau dia tak mampu nak posa kalau tak makan. Bila petang dia macam terkilan pulak ikut kata aku, kerana katanya dia boleh tahan.

Aku rasa yg buat aku tak terjaga tu, selain pasai jam tak bunyi, aku tidoq agak lewatlah (12 mlm gitu), masa dok hanyut tu anak aku kejut nak kencing pulak dah! (takut masuk tandas sorang). Time dlm pukui 3 pagi kot, jadinya bila pukui 4:30 tu jam tak bunyi (xset kot) & baru lena teruslah lena, sedaq-sedaq tok bilal dok azan dah!  Itulah critanya.

Last week dah nyaris xsahur, aku sedag je dah pukui 5:15 pg. (ini kes jam bunyi  tapi aku padamkan & tak terus bangun, gitulah jadinya). Nak buat ape lagi, nasib baik masa buka posa tu aku dah masak nasi (sikit je), depa semua bbuka posa dsurau. Goreng telor dadar & 'faraid' jelah nasi tu kat depa sikit sorang, aku tengok jelah depa makan (mak mithali lah katakan he..he).


Moral of the story, kalau jam berbunyi terus bangun & jangan lupa set jam.

Selamat berposa & mencari malam Lailatul Qadar

Wasalam.


2 comments:

  1. cerita pasal alarm ni... kami pasang 2, sekali bunyi serentak, kalau kita tak bangun, suami yang bangun, kalau kita tak ke dapur.. dia yang ke dapur, tapi ....berdesing telinga kita dibuatnya..kih kih kihh

    ReplyDelete
  2. Bagusnya somi Amie, kalau macam tu Amie bolehlah 'mengelat' buat-buat xsedar biaq somi yg masak! he..he..gurau je Amie.

    ReplyDelete