Diriwayatkan nabi Muhammad s.a.w bersabda:
'Syaaban adalah bulan ku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban menghapuskan dosa dan Ramadhan menyucikan dosa' .
'Di namakan Syaaban kerana dalam bulan itu ada banyak kebajikan dan puasa yang afdal ialah puasa dalam bulan Syaaban'.
'Kelebihan Syaaban keatas bulan-bulan lain seperti kelebihan atas sekelian nabi-nabi'
Itu adalah sebahagian dari sabda Nabi Muhammad s.a.w yang telah diriwayatkan berkaitan dengan keistimewaan bulan Syaaban.
Event yang menjadi amalan pada bulan ni selain dari puasa ialah majlis membaca yasin sebanyak 3 kali pada malam 15 Syaaban (pada 16 Julai-sabtu malam ahad) yang juga dikenali juga 'Nisfu Syaaban', di mana bacaan pertama diniatkan panjangkan umur untuk mentaati perintah Allah, bacaan kedua pula diniatkan untuk dimurahkan rezeki dan bacaan ketiga diniatkan memohon ditetapkan iman sehingga akhir hayat. Walaupun tiada diriwayatkan (maaf kalau silap) tentang bacaan yasin ni, tetapi bagi aku kalau perkara baik dan tidak bercanggah dengan agama, tak perlulah dipertikaikan.
Untuk lebih info, bertanyalah kepada yang layak.
ok.......Renung-renungkan dan Selamat Beramal-Hot FM
Wasalam.
No comments:
Post a Comment