N3 aku kali ni nak habaq mai pasai warna hijau kuning ni. Bukan apa aku kesian sangat ngan negeri di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung (amaran MB dulu, masa baru dilantik jdi MB-kata beliau masa taklimat pada staf federal suruh kami sedaq diri), tanah tumpah darah dan tempat bermain anak-anak aku ni (3 dari 4 anak aku lahir kat negeri yang telah di 'haram' kan warnanya ni).
Dulu depa pantang tengok warna hijau semua 'haram', habis semua pokok nyok warna kuning (pokok plastiklah). Petronas pun kena tukaq logo jangan dok tunjuk warna hijau tu. Kami kat office pun dapat arahan cover laporan jgn dok guna warna hijau, sampai tali fail hijau tu pun depa nak tukaq. Itu dulu.
La ni depa tak boleh tengok warna kuning (tak tau lah pokok nyok plastik kuning ada lagi ke dak, tak perasan pulak bila dok lalu lalang tang tu)- 'haram' warna kuning sampai tahap kena tangkap sapa yg pakai baju warna tu. Kesian kat negeri di mana aku dok cari rezeki ni nak pakai warna apa lah pulak.
Hijau kuning tu kan beras - tak makan nasi pulak dibuatnya !!
Pepun aku seronok dok kat negeri yang telah di'haram'kan warna nya ni, jangan hangpa dok pelekeh no!. Sejahtera sungguh disini.
Bila lawan bola depa ada lagu ni
HIJAU KUNING dah jadi rock gitu..
Ni pulak lagu semangat depa!
HIJAU KUNING....lagi
Jangan segan mai lah! sila...sila
I LOVE KEDAH he..he..he nyaman sekali.
Wasalam
No comments:
Post a Comment