Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Hari ni (19 Jun 2011), diwar-warkan sebagai hari bapa, yang ni ikut budaya mana aku tak tau, macam hari ibu juga, bukan hanya pada hari tersebut je nak manja-manjakan bapa, tiap-tiap hari kena amik tau pasal mereka.

Ayah-ayah sekarang dah amat berbeza dgn ayah dolu-dolu, ayah kini telah pandai mandi, pakaikan deapers, semualah macam ibu juga. Peranan ibu bapa kini telah seiring, bapa telah boleh menguruskan anak-anak dan ibu pula telah sama mencari rezeki untuk keluarga.

Cerita pasal abah (ni panggilan aku)  ni, seingat akulah, aku adalah anak yang paling rapat dgn abah, hanya aku yang berani nak tidur tepi ketiak dia, kadang-kadang aku mengorek idungnya dgn rumput ketika dia sedang lena di ptg hari, tukang pijak belakangnya dan tidak ketinggalan selalu mengutuknya juga teman untuk ber-'argue' sebarang masalah donia (ni bila dah besarlah). Walaupun begitu, aku sebenarnya amat takut kepadanya. Bab minta duit & tunjuk 'report card' aku akan serah kepada abah  melalui orang tengah (mak aku lah).

Semasa zaman remaja, tahap mengatal paling tinggi.. ha..ha.. Berkawan dengan semua tak kira lelaki ke perempuan (terlebih peramah & pak lawak & gila-gila punya perangai). Abah cuma pesan berkawanlah dengan sesiapa saja, nak buat apa cakap padanya, dia tak mau dengar dari orang lain. Aku masih ingat satu hari tu kakak aku (depa 2 orang) telah menonton wayang tanpa bagaitau kat abah dan abah tau dari kawannya apalagi mengamuk lah abah aku, balik je depa, kena rotan lah. Itulah pertama & terakhir aku tengok abah merotan anaknya & sejak itu kami akur dengan arahannya.

Aku pulak dulu suka tengok wayang 'cheep mate' (betul ke ejaan ni-maksudnya wayang yang harga murah 20 sen  ditayang setiap hari sabtu & ahad, crita nya pun taraf budak-budaklah cam kartun, 'crazy boy' dll, tak taulah la ni ade ke dak lagi crita lagu ni). Setiap kali aku nak dating dgn kawan-kawan aku akan habaq kat abah aku, aku nak pi sinisinun dgn berpolan-polan (ramailah tu) & aku tak penah pi dua-duaan tau. jadi bila ada mata nampak kami di kedai makan ke, panggung wayang ke & habaq kat abah aku, abah aku dgn senang hati jawab 'aku tau dah'.

Aku tau abah bimbang kerana dia ada lima anak perempuan yang  mengancam jiwa lelaki he..he..he

Suatu yang kadang buat aku 'hangin' dgn abah ni dia telah melepaskan semua beban mendidik/menjaga  anak-anak kpd mak aku. Dia cuma bagi belanja bulanan & pandai-pandailah mak aku buat agihan antara belanja dapur & duit sekolah kami & 'no extra fund'. Dan satu lagi, bab nak dapatkan tandatangan penghulu atau sapa-sapa yg layak bagi tujuan dapat pinjaman buku ke, mohon biasiswa ke, tu kami kena buat sendiri, abah tak akan buat. Sampai tonggek punggung aku naik bukit residen dulu & tok penghulu adalah orang yang paling sukar nak jumpa, 4 kali pi belum tentu jumpa. (sebab tu kot abah tolak tugas ni pada anak-anak nye-bijak betul daddy i ne).

Masa berlalu, kini aku berterima kasih pada abah kerana sikap 'tak ambik' tau nye tu telah menyebabkan anak-anak perempuannya kuat dan mampu berdikari serta matang dalam membuat keputusan.

TERIMA KASIH ABAH

Kini, abah tiada lagi disisi, telah dijemput ilahi pada Januari lalu.
Alfatihah buat gemulah abah.

Abah/ayah/walid/daddy/papa dan seangkatannya selamat hari bapa buat kalian. Jangan jadi bapa seperti 'Ayah kepada anakku Sazali'

Buat  anak-anak & bapa-bapa sekelian, terimalah selingan ini


Wasalam


No comments:

Post a Comment