N3 ni bukan ape , nak habaq iklan yusuf taiyoob dan keluaq dlm TV & radio, tu maknanya posa dah nak mai dah la. Diam tak diam nisfu syaaban dah berlalu dah masuk 17 Syaaban, tak sampai 2 weeks lagi Ramadhan 1432-pada 1 Ogos 2011.
Kurma yang merupakan juadah 'wajib' berbuka puasa, amalan Rasullah saw.
Ramadhan....bulan yang terlalu banyak manfaat, faedah, kelebihan, kemuliaan dan penuh keberkatan yang dinantikan oleh setiap umat islam yang menjunjung perintah Allah swt.
Bulan yang diriwayatkan pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka dan diikat semua Syaitan. Menurut riwayat juga ribuan ahli neraka dibebaskan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan. Wallahhualam.
Ramadhan ... mempunyai keistimewaan tersendiri,
adanya ....puasa untuk umat islam yang beriman merasai kesusahan orang lain, mengajar untuk bersabar, di samping diiktiraf oleh doktor akan kebaikan berpuasa ini untuk mencuci usus yang telah berkerja 11 bulan tanpa rehat.
adanya....solat sunat tarawih memberi ruang kita mengumpul pahala kerana ganjaran berlipat ganda di samping dapat merapatkan hubungan silatulrahim.
adanya...lailatul-Qadr, malam yang dinantikan setiap umat islam. Malam di mana menjanjikan ganjaran pahala saperti beribadat 1,000 bulan (83 tahun). Rugilah bagi yang mengabaikannya begitu saja. Di riwayatkan lailatul-Qadr ini berlaku pada 10 hari terakhir Ramadhan
adanya....para dermawan, meriah dengan rumah berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan kurang bernasib baik di samping persediaan aidul fitri & lain-lain bentuk bantuan lagi. Bagi yang ikhlas ganjarannya amatlah besar.
adanya...pasar-pasar ramadhan dgn pelbagai juadah tumbuh merata, seolah-olah bulan Ramadhan itu pesta makanan, ini dah bertentangan dengan ajaran Islam yang mulia.
Anak-anak aku paling suka bulan Ramadhan, mereka suka ke surau (solat ke tak-itu hal lain) dan juga 'more' yang ada selepas tarawih menjadi tarikan. Lawatan ke pasar ramadhan suatu kemestian. Bagi aku bulan ramadhan banyaklah 'resepi tunjuk' aku keluarkan hingga membawa kepada pembaziran.
Akhir N3, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat beramal dgn penuh ikhlas kepada Allah semoga amalan diterima oleh Allah Taala dengan ganjaran berganda.
"SELAMAT BERAMAL"
Wasalam.
"manisnye kurma ini...."
ReplyDeletenak rudy ooi, bukan suruh makan kurma tu, tapi 'standby' mental & fizikal nak posa, eh..eh..eh makan je ingat. jgn lupa posa & tarawih skali ye nak rudy
ReplyDeleteBagi saya bulan puasa ialah masa utk menjamu bermacam2 kueh dan kurma.
ReplyDelete