Tuesday, June 7, 2011

Rejab Bulan Allah & Israk Mikraj

Asyik melayan jemputan walimatul urus, sedar-sedar bulan Rejab dah pun 4 hari berlalu. Selalunya bulan Rejab ni aku buatlah puasa sunat sambut bulan Rejab (1 Rejab lah - dah terlepas lah pulak). Kemudian nak ambil khamis pertama, ada jemputan walimatul urus 'office mate' lah pulak. Tak dapat nak jelaskan mengapa bulan Rejab menjadi bulan yang sinonim untuk berpuasa dan memperbanyakkan membuat solat sunat (orang tua-tua dolu-dolu, mereka akan berpuasa 3 bulan berturut-Rejab, Sya'aban & Ramadhan).

Bila tiba bulan Rejab (& Sya'aban) ni semangat lain sikit. Akan ramailah yang berpuasa, sebahagiannya tu bukan sekadar berpuasa sunat tapi mulalah kelam kabut nak ganti posa yang masih tak abis bayaq tu (tulah bulan Syawal dulu layan rumah terbuka sangat). Emak aku dulu selalu ajak aku posa, bukan ape katanya buat 'rehearsal' lah bila tiba Ramadhan nanti tak rasa penat dah!. Entahlah, mungkin mak aku nak aku teman dia posa kot.

Suatu 'event' yang aku ingat dalam bulan Rejab ni ialah Peristiwa Israk Mikraj pada 27 Rejab, di mana Nabi Muhammad saw,  sebagaimana diceritakan sepanjang perjalanan (israk) nabi Muhammad saw. menyaksikan pelbagai  peristiwa antaranya Rasulullah saw. melihat kaum yang menuai hasil tanaman, apabila selesai dituai, tumbuh  buah yang baru, Malaikat Jibrail memberitahu itulah kaum yang berjihad 'fisabilillah', Baginda melalui tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak  firaun), Baginda juga melihat sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala sendiri, kumpulan yang memakan daging sendiri (lain-lain tu tau kan!). Setiap peristiwa mempunyai iktibar dan motivasi yang tersendiri.

Semasa Mikraj (naik ke  Hadratul-Qudus menemui Allah swt.), Baginda diangkat ke langit pertama hingga ke sepuluh dan berjumpa dengan nabi-nabi  sehingga Baginda berjumpa Allah di mana diperintahkan umat Baginda untuk menunaikan solat, setelah Baginda merayu, maka Allah perkenankan memfardukan solat 5 kali sehari semalam (dari 50 waktu).

Peristiwa Israk Mikraj bukan sekadar kisah sejarah yang diulang setiap kali tiba 27 Rejab, tapi untuk kita hayati pengajaran disebalik peristiwa tersebut dan mengikut perkara yang baik dan menjauhi yang tidak baik.

Peristiwa Israk & Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian yang penuh pengajaran dan  menginsafkan kita tentang KEESAAN Allah dan agar kita sentiasa mengingati dan takut kepada kuasaNya. Peristiwa Israk Mikraj  membuktikan kekuasaan Allah dan telah ditunjukkan kepada Rasulullah saw.

Mafhum firman Allah SWT
"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekililingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (surah Al-asraa:ayat 1)

Ini adalah nota ringkas dari aku saja, perlu penjelasan dari orang yang berilmu, cuma pada aku ambil iktibar dari peritiwa Israk Mikraj ini tanpa perlu kita pertikaikan kesahihan peristiwa tersebut.

Antara perkara yang selalu diamalkan dalam bulan Rejab ni selain dari posa (terutama pada 27 Rejab) ialah solat sunat rejab, beristifar, berzikir dan lain-lain. Bagi aku amalan ni tak sepatutnya dijalan pada bulan Rejab saja tapi ia wajib menjadi amalan harian kita.

'Renung-renungkan & Selamat beramal' -hot fm.

Sekian, Wasalam.


No comments:

Post a Comment