Thursday, April 18, 2013

Alkisah PRU # 1


N3 Ni...nak habaq sejarah awal wujudnya raya 5 tahun sekali ni. Sapa yang memandai suruh ghaya ni! Apadia pilihan raya ni-raya sapa! 


Lagu Ni.
Dolu-dolu, Tanah Melayu (lani jadi Malaysia dah), sangat menawan & banyaklah yg tertawan (kena jajah he..he..he) dek macam-macam oghang. Dah jenuh bertukaq tangan, TAR & kekawan pun bincanglah mintak talaq kat oghang puteh (British). Lagu tu-lagu ni maka British pun jatuhkan talaq dgn kata dua-tiga. Bila dah bebas, sapa pulak nak jaga makan pakai anak-anak (rakyat)? Kene bentuk kerajaan! Macam mana nak bentuk kerajaan, kene tanya & bagi anak-anak (rakyat) pilih. Macamana nak pilih? Kene buat pilihanraya.

Sapa Nak Handle Pilihan Raya Ni
Maka dengan itu, pada 4 Sept 1957 tertubuhlah SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)-Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, iaitu seorang Pengerusi & 2 orang ahli. 
Taun 1963, tertubuh Malaysia maka tambah ahli jadi 3 orang (seorang Sabah/Sarawak bergilir)
Taun 1981, pinda perkara 114 Perlembagaan Persekutuan - tambah Tim. Pengerusi.
Taun 2002 pinda lagi-tambah anggota kpd 7 org. (Pengerusi, Tim. Pengerusi & 5 orang ahli -tambah 1 Sabah & 1 Sarawak).  
Nak buat keje, SPR kene ada urusetia dikemudi oleh seorang Setiausaha a.k.a. Pentadbir.

Apa Keje SPR Ni
  • buat kajian dan persempadanan semula kawasan parlimen/negeri (lepas 8 tahun dari persempadanan terdahulu)
  • buat pendaftaran/semakan daftar pemilih yang layak (warga negara, umuq >21 tahun, dok dlm kawasan tu & xdihalang oleh undang-undang) supaya boleh mengundi wakil negeri & parlimen kat tempat depa dok .
  • buat pilihan raya umum (setiap 5 tahun
Sebab Apa Ada SPR Ni
  • memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihanraya yang bebas & adil. (ye ke?)
  • memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dlm pilihanraya.  

 Lagu Mana Nak Buat Pilihanraya Ni 

Mula bila parlimen dibubarkan, maka SPR masuk gear....

PM bubar Parlimen pd 3 April 2013, sempena genap 4 tahun jadi PM
1. Keluar Writ (11 April 2013)- SPR buat suratkuasa/ writ suruh buat pilihan raya pada Pegawai Pengurus bila Parlimen/ Dewan Undangan Negeri bubar (3 April 2013 parlimen bubar diikuti oleh DUN kecuali DUN-N9, mencipta sejarah terbubar dgn sendiri pd 27 Mac 2013 ...Malaysia Boleh!). Notis diwarta pada 12 April, habaq bila tarikh penamaan calun, kempen & ngundi. 
Tok Mun pun boleh jadi calun



2. Penamaan Calun (20 April 2013) - Sesapa aje boleh jadi calun (kalau tak jadi ahli parti politik boleh jadi calun bebas), isi borang (ambil kat SPR sebelum tarikh penamaan) hantaq borang penamaan calun, pencadang/ penyokong & deposit (duit- Parlimen=RM10,000, DUN=RM5,000)  pada hari penamaan (PRU13 pada 20 April 2013 : 9-10 pagi... kot). Duit Deposit ni 'burn'lah kalau dapat undi setoit (1/8 dpd jumlah undi).   

Kalau silap maaf noo, xpenah mohon jadi calun lagi ni..he..he..he, nanti tanya Tok Mun!
Parti Politik & simbol Bebas (simbol 50'an, boleh tukaq lain kot SPR)
3.  Kempen Pilihan Raya (20 April-4 Mei 2012)- kene kempen lah (nanti pengundi xkenal calun, xkenal maka xcinta, nak pangkah kene tengok calun mana yg cun/macho ..he..he..). Kempen boleh mula lepaih penamaan calun & sehari sebelum hari pembuangan undi. Nak kempen pun calun kene bagi deposit bahan kempen (duit lagi-Parlimen=RM5,000 ; DUN= RM3,000). Nak pasang poster kene bayaq gak kat PBPT (kot2 xpi buang poster sebab seronok menan @ sedih bila kalah ..hu...hu..hu). Nak buat ceramah, jgn lupa habaq kat polis!

Cover Manifesto PRU13 - BN (manifesto Najib ke BN?) & PR- ada isu tiru-niru gak!


Ni brosure manifesto & laporan pencapaian Kedah Sejahtera, ada kat rumah aku, mai mana xtau! Insyallah   I will vote ...

ni depa pos kat rumah aku, nak sama besaq dgn saiz cek,  ingatkan insurence refund terlebih bayaq, cuba  gak klebek sampul tu kot-kot ade duit ..he..he..he xde!

Tahniah!, nak masuk 13x ngundi
4. Mengundi (05 Mei 2013)- kini tibalah hari pilihanraya, ramai-ramai kita pi kat tempat mengundi. Bukan seme oghang tau, sesapa yang umoq >21 tahun dan dah mendaftar kat SPR (umoq tua tapi xdaftar, pi main jauh-jauh).
Jgn menonong pi mcam tu je, semak dulu ngan SPR, kat mana tempat ngundi kita, xlah buang masa. Mula boleh ngudi ni dari 8:00 pagi sampai 5:00 ptg (ade tempat tutup awal).  
Jangan pulak lenggang mak limah, bawak Kad Pengenalan (duit xbawak xpa..foc)
Masa ni kita dilayan memang cantik! depa mai jemput & hantaq balik ,,,macam 'mem/raja' ... ade drebar, tapi aku pi sendiri. 
Pergilah mengundi, laksanakan tanggung jawab demi masa depan negara & anak cucu kita ...

5. Kira Undi- tamat je masa mengundi, Ketua Tempat Mengundi akan kira & isi borang & bagi kat Pegawai Pengurus buat penjumlahan rasmi undi-setuju umum, ragu-semak semula. Terima penyata undi pos, campoq semua (depa kata, masa ni yang selalu jdi isu, tipu undi & bagai lg ). 

6. Umum Keputusan - Lepaih selesai terima borang Pegawai Pengurus  Bahagian akan buat pengistiharaan undi majoriti & calun terpilih menjadi wakil bahagian tu! Kalau ada yang xpuas hati bolehlah kemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya. 

Malaysia mengamalkan pemilihan mengikut sistem mudah (simple first-past-the-post) iaitu calun yang dapat undi terbanyak (even extra 1 vote) akan menang. Sistem ini telah digunakan sejak pilihan raya pertama pada tahun 1959.

Lepaih tu, depa ni jadilah wakil kita (wakil rakyat) kat parlimen/adun untuk 5 tahun berikutnya. Xpuas hati ngan wakil tu, bukan susahpun, PRU berikutnya kita tukaq! 

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

Sebelum bye..bye.. mai baca & renung ayat 23 dari Surah Al-Taubah ni
 
 "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi wali(mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" 


Wasalam
Hidup ini suatu percaturan!

2 comments:

  1. zaman Tunku dulu kerja2 spr memang bagus,
    tapi sekarang persempadanan kawasan2 undi lebih utk memenangkan parti pemerintah sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thomas,
      SPR dah d'mandulkan' oleh BN ...he..he..he

      Delete