Friday, July 13, 2012

Gelinciran Sambut Ramadhan

Lama  jugak tinggalkan rumah maya aku ni, kepada semua yang lalu & singgah, TQVM.

Masa berlalu pantas, rasanya baru je aku N3 pasai posa nak mai, dah nak mai pulak!..masa seolah berlari, kita merangkak!

N3 ni sekadar berkongsi perasaan (he..he..he, ade ke yang nak kongsi ni?), tentang pendekatan kita menyambut Ramadhan, betapa kita umat islam (kat malaysia nilah) telah 'tergelincir dari landasan' dalam meraikan/menyambut kedatangan ramadhan.

Penghujung Syaaban (belum masuk Ramadhan), sewajarnya kita persiapkan diri (mental & fizikal) untuk menyambut Ramadhan, merupakan bulan, d mana segala amalan  diberi ganjaran berlipat kali ganda. Tetapi itu tidak menjadi amalan masyarakat kita (kat malaysia je kot). Kita sibuk memperkatakan tentang nak  buat 'morey' ke tak?, dok pertikai sembahyang terawih nak buat berapa rokaat, nak jemput tahfiz jadi imam ke  dll. Bagi kaum hawa pulak, dok  kelam kabut ganti posa & bila dah rasa xcukup hari, kalut cari tok guru tanya macam mana nak bayaq fidyah, nak bagi kat sapa dll - sebab xsempat nak ganti (11 bulan Allah bagi xcukup jugak!).

Afdalnya, dihujung bulan  Syaaban kita membangkit/hidupkan  'aura' Ramadhan kepada masyarakat akan fadhilat/ganjaran yg akan diperolehi di bulan ni.

Tergelincir nye Kita
Iklan-iklan yang d tontonkan kat kita bila menjelang/masa  bulan Ramadhan, hanyalah iklan pasai-makan, pasai-minum. Programnya  pulak ...resepi...resepi..., keluar semua chef-chef yang hebat & xhebat, segala artis yg gheti & xgheti masak. Semua menunjukkan resipinya yang kononnya mudah, sihat, seimbang bla...bla...bla. Seolah-olah Ramadhan adalah bulan untuk makan...makan &...makan!.

Ramadhan xmai lagi, iklan untuk menyambut bulan Syawal (raya)  dah ade...jualan pra-ramadhan discount 70%-80% ...bla..bla....(mak ai!  posa daq lagi dah nak raya!).  Tu iklan  kedai kain, mai restoren /hotel pulak offer untuk buka posa & sahur pulak-ade discount jugak (akupun terpengaruh gak ngan iklan-iklan ni-he..he..) Oh Malaysia ku.

Ada pulak iklan memalukan umat islam.....(hu..hu..nak sorok muka kat mane ni!!!)

Iklan sepatutnya memaparkan & mewujudkan suasana keghairahan umat islam menyambut kedatangan ramadhan (bukan ghairah nak raya) dengan menwar-warkan fadhilat/ganjaran berganda yang ada dalam bulan Ramadhan berbanding 11 bulan yang lain. (bukannya makan...makan...reseipi...resepi).

Moga dengan info tersebut, ia akan menyuntik semangat juga pencerahan kepada umat islam (juga kepada non-muslim)  tentang Ramadhan. Bila 'roh' ramadhan telah meresap dalam sanubari masyarakat, insyalllah jika ada yang terarah melakukan maksiat mungkin depa hold dulu (atas alasan menghormati bulan ramadhan).

Iklan sepatutnya begini

Tergelincir nye Kita
Menyambut Syawal, bukan main lagi kita bagi kad/sms/tepon nak ucap 'Selamat hari raya'  (memanglah kita patut meraikan kehadiran syawal kerana berjaya menjalani ibadah puasa).  Belum kira bab persiapan lagi, tukaq langsir, tukaq sofa dan segala macam, yang sebenarnya tiada siapapun yang kesah! (yelah masa raya tu, pi balik kampung he..he... kesian kat langsir & sofa baru, xde orang datang duduk). Tu belum kira order kuih raya lagi. Berakhir Ramadhan, umat islam sepatutnya menangisi pemergiannya, bukan bergembira kerana belum tentu kita akan jumpa bulan barakhah ni tahun depan.

Sewajarnya sambutan Ramadhan lebih meriah lagi, ucaplah  'Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak', 'Ramadhan Kareem', 'Ahlan Wasahlan Ramadhan' antara kita, sebagaimana kita menyambut lain-lain perayaan tu. Mari kita menjadikan ini budaya kita.


Tergelincir nye Kita
Di bulan Ramadhan, umat islam mengejar ganjaran dunia/mengumpul keuntungan. Pelbagai bisness timbul, jualan segala macam benda ...pasar/bazar...segala macam ramadhan ade. Situkang jahit sibuk menyiapkan tempahan, pembuat kuih/kek raya sibuk memenuhi tempahan. Dikhabarkan keuntungan sebulan cukup untuk menyara hidup setahun. Alangkah ruginya mereka di akhirat kelak sekiranya tidak memenuhi 'tempahan' yang Allah tawarkan!

Di bulan Ramadhan, sewajarnya kita mengejar ganjaran akhirat, sebagaimana antara maksud sabda Rasulullah saw. "Allah berfirman, semua amal anak adam digandakan dari 10 hingga 700 kali, kecuali puasa, maka puasa itu terus kepadaKU dan AKU yang akan membalasnya, ia meninggalkan syawat, makan & minum keranaKU, dan puasa itu sebagai perisai. Dan untuk orang yang berpuasa itu ade 2 kegembiraan -gembira ketika berbuka dan gembira bila bertemu ALLAH dihari kiamat kelak"

Tu beberapa gelinciran (yang terbit dari minda aku)  yang telah kita lakukan dalam menjalankan perintah Allah, semuga kita muhasabah diri dalam menjalani hidup selari dengan sunnah Rasulllulah saw. & tuntutan Al-Quran. Tidak perlu berlebihan dalam ibadah dan jangan juga kita kedekut dalam ibadah.

Kepada peniaga/penjaja dipasar/bazar ramadhan, jangan pulak merajuk ye (tak adelah 'resepi tunjuk' aku pulak kan! ...he..he..), sediakan sajian berbuka dengan ikhlas & niat menjual kepada orang-orang islam untuk berbuka puasa (jgn pi juai kat org islam xposa pulak!-kongsi dosalah jawabnya, kepada non muslim xde hal).  Seimbangkan, mengejar keuntungan duniawi dengan ganjaran berganda akhirat .

Jadikan bulan Ramadhan sebagai madrasah untuk membentuk & memberi motivasi diri untuk menjadi muslim yang bertaqwa (bukan muslim shj). Sekiranya sepanjang bulan ini kita melakukan semua ibadah wajib & sunat dengan penuh khusuk kerana Allah, nescaya dapat dikekalkan untuk 11 bulan berikutnya & kita 'refresh' semula di Ramadhan akan datang. Jika ini berterusan,  ia akan menjadi perkara biasa dalam melakukan ibadah. INSYAALLAH!

Apakata bulan Ramadhan ni, kita bagi kerja 'overtime' kat Malaikat Raqib (mencatit perbuatan baik/pahala) & kita bagi 'cuti' kat Malaikat  'Atid (mencatit perbuatan jahat/dosa).
Boleh kan!

Mari kita ambik 'aura & roh' Ramadhan melalui
 pesanan Rasullullah saw.  ni...

Juga nasyid ni


YAA ALLLAH, ENGKAU BERILAH KESIHATAN & ISTIQAMAH KEPADA KU UNTUK BERIBADAT KEPADA MU, ENGKAU BELENGGULAH NAFSUKU SEBAGAIMANA ENGKAU MEMBELENGGU SYAITAN, SUPAYA AKU DAPAT BERIBADAT DENGAN SEMPURNA DIBULAN RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH INI. AMIN...AMIN...AMIN.

Akhir N3, aku memohon maaf jika ada tersentuh, segala luahan ikhlas dari aku & tiada terniat untuk ditujukan kepada sesiapa, sekadar memberi peringatan kepada aku & dikongsi bersama. Bersama kita kembali mengangkat & letak martabat bulan Ramadhan sebagai bulan yang mulia dari segala bulan dengan mengimarahkannya. 


Kepada semua muslimin muslimat seluruh dunia,


RAMADAN KAREEM .....RAMADHAN KAREEM...

ALLAHU AQRAM ...ALLAHU AQRAM


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!

Kepada sahabat-sahabat non muslim, ini peluang untuk menikmati pelbagai juadah, .... JOM MAKAN!

Wasalam

P/s :Kepada pemilik 'youtube' minta halalkan & Alfatihah buat Ustaz Asri (Rabbani)
       Next week nak cuti, buat 'housekeeping' nak ambik 'aura' Ramadhan...he..he..

2 comments:

  1. Pada pandangan saya Ramadhan ni dah terlalu commercialized sehinggakan ramai yg terleka dan terikut2.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cheqno,

    amin amin amin pada doa-doa..Semoga Ramadhan kali ini kita dapat menjalani ibadah dengan lebih baik dan sempurna, seterusnya sehingga ke bulan2 yang lainnya.

    Dan semoga dipanjangkan usia dalam rahmat Allah SWT.

    ReplyDelete