Monday, September 19, 2011

Selamat Hari Malaysia

Kepada semua rakyat malaysia SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA ke-48, kalau ikut sejarah pembentukan Malaysia kan, (tapi baru kali ke 2 disambut-sorry kalau silap, aku ni tang sejarah lembab tul). Walaupun dah terlewat 3 hari, sambutan dia sebulankan (macam raya juga nak celebrated sebulan gak sebab posa sebulan he..he..).

Masa majlis sambutan Hari Malaysia ari tu, dengaq crita PM dah mansuhkan ISA, setelah sekian lama ia diperjuangkan oleh mereka2 yang terbabit, maka terhapus juga akhirnya. Aku xmau komen pasai ni sebab aku & keluarga aku tiada yang terlibat dengan Akta ni, hanya mereka & keluarga mereka yang terlibat yang tahu kesannya.

Apepun pada aku hukum Allah yang telah termaktub dalam Al-Quran adalah sebaik-baik ikutan kita sebagai umat islam. Allah menjadikan kita dimuka bumi ini siap dengan segala aturan dan panduan iaitu Al-Quran. Undang-undang ciptaan manusia tidak lengkap & akan sentiasa berubah, akal manusia yang sejengkal manakan sama dengan Penciptanya.

Hari Malaysia ni ialah hari pembentukan Malaysia iaitu kemasukan Sabah (North Borneo), Sarawak & Singapura. Tarikh asal pembentukan ialah pada 31 Ogos 1963 (6 tahun lepas merdeka) tapi atas beberapa sebab yang xdapat dielakkan (ayat standard), ia terlaksana pada 16 September 1963 tapi Singapura xjadi joint Malaysia. Selama ni tak sambut pun  Hari Malaysia tapi setelah ade pihak yang buat 'havoc' kata kerajaan xhargai penduduk Sabah & Sarawak dalam pembentukan Malaysia. Jadi pada tahun 2009 diumumkan Hari Malaysia akan mula disambut pada 2010, tu yang aku habaq ni kali ke 2 tu! (timakasih pada depa-depa tu, tambah satu ari cuti umum).

Akhir N3, aku ucap SELAMAT HARI MALAYSIA, semoga kita rakyat malaysia hidup aman didalam pelbagai bangsa, budaya , agama dan adab resam dalam satu negara.

Malaysia : Pelbagai Bangsa Satu Negara (ini tema aku)

Ya Allah, Engkau lindungi lah kami rakyat malaysia dari segala bencana, adu domba untuk merosakkan keamanan dan kesejahteraan hidup kami dibumi bertuah, Malaysia ciptaan Mu ya Allah. Amin.

Wasalam.

Tema Hari Merdeka & Malaysia 2011

2 comments:

  1. Selamat Hari M'sia,
    'Pelbagai Bangsa Satu Negara'
    tema yg amat sesuai dgn issue terkini,
    issue kerakyatan.

    ReplyDelete
  2. Thomas, saya xsetuju dgn 'merakyatkan' semua bagla & indo yg heboh baru-baru ni, saya juga xsuka bila kaum-kaum 'asal' (Melayu, Cina India Dll kaum ethnik asal) di bangkitkan isu-isu perkauman yg akan merosakkan keharmonian kita rakyat malaysia yg pada saya, kita rakyat tidak pun rasa terasing antara kita. Selamat Hari Malaysia.

    ReplyDelete