Selamat kembali bertugas buat semua, yang beraya balik kampung beraya, bagi yang cuti-cuti malaysia pun dah balik bertugaslah kan. Cuti bonuslah katakan ( bonus duitpun dapat kan!)
Confius dengan tajuk N3, aku bukan mencari jalan pulang setelah 'terjerumus' ke lembah hina @ tersesat dalam hutan ke ape, tapi penjelajahan mencari 'route' untuk balik ke kampung halaman aku.
Confius dengan tajuk N3, aku bukan mencari jalan pulang setelah 'terjerumus' ke lembah hina @ tersesat dalam hutan ke ape, tapi penjelajahan mencari 'route' untuk balik ke kampung halaman aku.
Mula-mula aku dok utara ni (masa tu single mingle lagi), nak balik kampung senang je!, beli tiket naik bas turun pudu raya (la ni depa panggil 'pudu sentral' - tak pi tengok lagi lagu mana ropernya lepas make-up tu). Dari pudu aku ambik bas lain ke kampung aku, tak payah pikiaq nak ikut 'route' mana , ikut suka driver bas tu lah, yang pasti aku akan sampai ke destinasi yang nak dituju. Selalunya Bas Nasional lah pilihanku kerana aku boleh ambil tiket ke kedua-dua destinasi (AS-KL & KL-Kljunior gelaran org sekampung) & masa tu depa dah ada insurance juga drivernya sangat menjaga 'waktu solat' penumpangnya. Lepas aku kahwin & ada anak, taklah naik bas dah, yelah nak angkut raga susu, buaian baby & segala beg-beg, tak kan nak naik bas lagi. Maka bermulalah expedisi mencari 'route' balik kampung aku (kampung somi xdehal punya, laung pun sampai he..he).
Route Pertama
Kemudiannya kami pernah bawa kereta tu balik & ok rupanya. injinnya power -naik-turun-belok semua ok, jangan pandang rendah pada yang lama he..he..he
Route pertama kami ambil laluan pantai timur. Kami masuk Highway Utara-Selatan hanya sampai Gurun saja, keluar Gurun masuk jalan persekutuan Jeniang-Baling-Grik-Jeli (Jalanraya Timur Barat)-Kuala Krai-Gua Musang-Kuala Lipis.
Adoi! punyalah jauh, kematu punggung. Dengan anak kecik masa tu, rehat memanjang kat Baling-rehat, on the way ke Jeli-rehat, Bukit Bunga-rehat, Gua Musang-rehat, Merapuh pun rehat, akhirnya sampailah kat Kuala Lipis. Mau 12 jam jugaklah. Dua tiga kali jugalah aku terseksa ikut Jalanraya Timur-Barat ni.
Route pertama kami ambil laluan pantai timur. Kami masuk Highway Utara-Selatan hanya sampai Gurun saja, keluar Gurun masuk jalan persekutuan Jeniang-Baling-Grik-Jeli (Jalanraya Timur Barat)-Kuala Krai-Gua Musang-Kuala Lipis.
Adoi! punyalah jauh, kematu punggung. Dengan anak kecik masa tu, rehat memanjang kat Baling-rehat, on the way ke Jeli-rehat, Bukit Bunga-rehat, Gua Musang-rehat, Merapuh pun rehat, akhirnya sampailah kat Kuala Lipis. Mau 12 jam jugaklah. Dua tiga kali jugalah aku terseksa ikut Jalanraya Timur-Barat ni.
Route Kedua
Berikutnya aku ikut selatan pulak. Kali ini kami masuk Highway Utara-Selatan (Alor Setar-Tanjung Malim) keluar ke Jalan Persekutuan ke Kuala Kubu Bahru, masuk jalan ke Freser Hill terus ke Raub-Benta dan sampailah ke Kuala Lipis. Perjalanan agak selesa, cuma perjalanan dari Kuala Kubu ke Freser Hill agak lengang, kena pastikan kreta betul-betul 'tiptop' kerana kalau jadi ape-ape xde sape nak nolong. Masa perjalanan juga dalam 8-10jam (tengok mood driverlah-rehat banyak lambatlah sampai). Laluan ni menjadi laluan kesukaan kami ketika itu berbanding 'route' pertama tadi. Tapi 'route' ni tidak digemari oleh anak-anak aku kerana jika mereka tidak 'tidur' semasa perjalanan dari Kuala Kubu ke "Gate" di kaki Bukit Freser, mereka semua akan muntah dan bila tiba di 'Gate' tu mereka akan aku mandikan & tukar pakaian mereka disitu. Beberapa kali juga aku melalui 'route' ini & lama kelamaan anak-anak aku pun dah manghli kot dah tak muntah lagi. Kemudian kami mencuba satu lagi 'route' yang dicadangkan oleh seorang kenalan yang isterinya juga dari Kuala Lipis.
Route Ketiga
Route ni hampir sama dengan route kedua tadi iaitu kami keluar di interchange Tanjung Malim dan terus ke Batang Kali ( route kedua tadi kami belok ke Kuala Kubu) naik ke Genting Highland turun ke Lebuhraya Karak ke Bentung-Raub-Benta- Kuala Lipis (tak brapa inatlah pulak laluan ni ye!). Seingat aku sekali dua aje aku ikut 'route' ni sebab driver lebih suka 'route' kedua tu.
Semasa lalu 'route' ni aku & anak-anak sempatlah naik kereta kabel dan makan-makan sambil menikmati suasana nyaman di puncak Genting tu (balik kampung sambil melancung gitu).
Route Empat
Selepas beberapa kali mengikut route dua, jiran kami memperkenalkan satu lagi laluan. Jiran sebelah rumah ni selalu ke Cameron Highland dan dia mengikut jalan Simpang Pulai. Dari info dia & aku sendiri pernah menghadiri bengkel (lupa sapa penganjurnya tapi salah satu kertas kerja yg dibentangkan ialah pasal jalan Simpang Pulai-Gua Musang nilah). Lepas tu kami cuba 'route' ni pulak. Seperti biasa kami masuk Highway Utara-Selatan dan keluar di interchange Simpang Pulai keluar ke kanan dan masuk ke Cameron Highland (ade papan tanda sebelum simpang kanan tu) terus ke Gua Musang dan Kuala Lipis. Kalau route dua & tiga tadi jalannya macam 'ular kena palu' (bengkang bengkok), route ni pulak turun naik bukit.Kami akan melalui kawasan tanaman sayur & dapatlah beli buah strawberry & sayuran di kaki bukit ke Cameron Highland dan melalui kawasan tanaman sayur Lojing ( yang pernah jadi isu hakisan tanah akibat tanaman sayur di TV3 satu ketika dulu). Tema tanaman sayur di Lojing ni 'Sayur untuk Makanan' (mungkin xguna racun kot). Aku sungguh teruja melalui kawasan ini dengan 'scenaries' gunung & lurah, kawasan tanaman sayur dan suasana nyaman merentas Banjaran Titiwangsa (ye ke tu banjaran titiwangsa). Indah sungguh ciptaan tuhan ( Thomas-pemilik blog Turbineman's Log, u kena lalu sini & take photo)
Selalunya kami akan berhenti di kedai-kedai di tepi kaki bukit Cameron Highland untuk membeli buah & sayur hasil tanaman petani Cameron Highland disamping menikmati cuaca dingin juga untuk membuang ape yang patut, next destination ke Gua Musang (kekadang brenti jugak kat sini-makan) dan terus ke Kuala Lipis. Route ni menjadi kegemaran sehingga kami mencuba route berikutnya pada cuti raya baru-baru ni.
Route Kelima
'Route' ni adalah terakhir setakat ini & terbaek buat aku. 'Route' ni mulanya dicadangkan oleh gemulah abah aku masa balik raya aidul fitri tahun lalu-2010, ( kali terakhir rupanya aku beraya dengan abah tercinta- alfatihah buat gemulah). Masa tu kami tak bersedia nak cuba sebab dari Kuala Lipis banyak sangat belok-belok (mengikut penerangan dari gemulah abah) tu yang cuba tahun ni dari Cameron Highland kami rasa mudah sikit.
Macam biasa kami masuk Highway Utara-Selatan, keluar di interchange Simpang Pulai, jalan yang sama saperti route empat, tapi kali ni tidak terus ke Gua Musang sebaliknya naik ke Cameron Highland melalui Kampung Raja-Brincang-Tanah Rata - Ringlet. Sampai ke Ringlet jumpa simpang Y- satu ke Tapah & satu ke Kuala Lipis.
Dari simpang d Ringlet tu terus saje hingga tiba simpang tiga, belok kanan (kiri pi mana tah xingat) terus Sungai Koyan daerah Lipis. Terkejut aku biaq betui dah masuk daerah Lipis (simpang ke Ringlet itu ialah Pos Betau-klau tak silap lah). Dari Simpang tu ke bandar Kuala Lipis & rumah aku dalam 1/2 jam kot. Dekat gila!. Jarak dari Ringlet ke Simpang 3 (keluar Pos Betau) tu aku tak dapat nak habaq sebab tiada perbatuan dinyatakan & papan tanda yang disediakan pun masih kosong tang info km tu. Memang jalan tersebut masih barulah tu, dalam Google pun jalan dari Ringlet ke Pos Betau tu pun xde,-terputus. Mungkin jalan tu disambung hasil dari jalan balak yang diturapkan macam jalan Simpang Pulai-Gua Musang (tu pun jalan balak asalnya).
Andaian aku Kerajaan Pahang malu kut nak masuk rumah sendiri kena lalu pintu rumah orang lain (lalu negeri Perak nak masuk Cameron Highland), tu yang di turap jalan dari Pos Betau ke Ringlet tu. he..he..he.
Pepun terima kasihlah kepada pemerintah kerana dah memendekkan jarak aku nak balik kampung. Lepaih ni ikut jalan ni lah nampaknya sehingga ada 'route' baru.
Sambil menunggu hero-hero solat jumaat, aku & my assistance pekena teh pudina, curry puff, strawberry smoothy & kek coklat, ding dong ding dong RM23 ++, terkejut anak aku teh bubuh daun pudina pun RM5++, aku senyum je xpelah bukan selalu, kata ku.
Di akhir N3, aku paparkan semua Route yang telah aku lalui dalam mencari jalan pulang.
Seronok balik kampung dapat jumpa anak-anak saudara yang kini dan remaja & kiut miut semuanya, terasa tualah pulak. he..he..he
Wasalam.
p/s; xpandai sangat nak 'insert', pelan-pelan tu sekadar gambaran kasar je! nak 'clear' tanya pakcik Google k.
jalan pun masih panjang....macam2 sama alami pencarian bila baca n3 ni...
ReplyDeletewah seronoknye...
ReplyDeletemmg dah terase tua sekarang dh dpt gelaran nenek pun saya ni...anak2 sauadara semua dah berkahwin dan ade anak..
to amie- macan 'tresure hunt' lah pulak
ReplyDeleteto ain- saya pun sebenarnya dah bercucu (cucu saudara), walaupun anak sulung baru 18 thn. hu..hu.. dah tua rupenye.
Oh!Org Lipis rupanya,pada pandangan saya route kelima tu paling selamat dan dekat,
ReplyDeletesaya dah cuba jln Sg Koyan Ringlet tu,
memang lurus betul,siap dgn jambatan,kalah highway.Saya ada gambarnya tapi masih belum post,ada backlog sikit.
Jln Simpang Pulai pun saya dah lalu,
tak perasan pula ada tempat yg cantik,
nanti saya check lagi.
kenapa Thomas, sekampung ke? Oh U dah penah lalu lah jln-jln yg saya crite tu ye! malulah pulak saya ingatkan u tak sampai lagi, tu yg promote kat u. Apepun menunggu gambar terbaru u tu.
ReplyDeletesimpang pulai - kg raja - tanah rata - ringlet ( 2.5 jam kot). klu dri tapah - ringlet (dlm 1 jam je)
ReplyDelete