Thursday, September 22, 2011

Ehmm... Kereta Api, Keretapi

Ni crita last week, hantar anak ke stesen keretapi, sampai je kat stesen tu depa kata 'ketapi lambat, pukui 9:00 - 9:30am  baru mai' (masa tu kat pukui 7:00am), ingatkan ketapi dah lepaih rupenye xmai lagi.

nilah stesen ketapi tu, tapi
aku xde dalam gambaq tu! ok.
Sib baek rumah dekat je, balik rumah dulu (itulah nikmatnya dok kat bandaraya kampung ni) kalau dok kolumpo, kirim salam-tunggulah kat situ. Balik rumah sempat lagi jemoq kaen, lepaih tu mai pejabat.  8:45am balik rumah ambik anak  pi stesen ketapi. Sampai kat stesen, depa kata ketapi pukui 10:00am  pulak dah. Nak wat cam mana, tunggulah, nak balik office sat gi depa kata xdak tiket, aku kena mai pulak ambik anak aku pi stesen bas, ye tak ye tunggu jugaklah sampai kaunter tiket bukak.


nilah stesen keretapi Kuala Lipis
 yang telah di'moden'kan
Masa nilah aku mengimbau kembali kenangan lalu tentang keseronokan naik ketapi (lama dah xnaik keretapi). Yelah dolu-dolu ketapi ni merupakan pengangkutan utama d Kuala Lipis. Jalanraya sangat berkurangan, jangan terkejut kalau laluan sungai juga menjadi pengangkutan utama, bukan kat Sabah & Sarawak je tau!

Naik ketapi ni seronok, bila duduk kita terhenjud-henjud kekiri kekanan, boleh jalan-jalan dari satu koc ke satu koc, ade kantin dalam tu boleh makan-makan & sambil makan-makan boleh ngorat-ngorat he..he..he. Aku dulu siap dapat alamat untuk berutus surat bagi menyambung silatulrahim lah konon. Tapi xpenah lah aku sambut silatulrahim depa tu, nak mampus (surat-surat kami dulu mesti kena check dek kastam/imigresen sebelum sampai ketangan kami-mak baca dulu). Layan masa dalam ketapi tu jelah, kalau tak boring gak berjam-jam dalam ketapi.

Keretapi dolu-dolu, masa aku kecik lagi depa pakai arang (ke kayu dah lupa) utk mengerakkan ketapi tu ( masa tu kalau xsilap aku kepala ketapi tupun hitam macam arang jugak he..he..he), lepaih tu depa tukaq pakai minyak kot. la ni dah pakai letrik lah pulak siap dgn koc 'aircond' lagi tapi perangai 'delay' (xikut jadual) tu tak berubah juga cam tu jugak lah. Dari Keretapi Tanah Melayu kepada KTMB & lebih 50 tahun wujudnya perkhidmatan ni, servis x membangun seiring dengan usia & nama.

Bila kaunter tiket bukak dlm 9:30 am(confirm ketapi nak mai) & anak aku dah dapat tiket, salam ngan anak & pi office. Anak aku sms habaq ketapi dah mai (masa tu pukui 10:08am), sentiasa lewat jadual motto yg sesuai dgn perkhidmatan ketapi ni.

Ending N3 aku letakkan you-tube ni -lawak oleh 2 orang lelaki cina permainkan  mamak restoren. Ia tiada kaitan dengan N3 aku ni . Aku jumpa masa aku merayau di Y-tube masa rehat tengahari mencari ytube ceramah tapi jumpa yg ni pulak!

Enjoy it!



kah..kah..kah.. no pok-no pok  kesian mamak tu


Wasalam.

6 comments:

  1. seronok imbau kenangan lampau.... Amie naik keretapi sekali je seummur hidup, KL-Butterworth... itupun tahun 1989

    ReplyDelete
  2. mamak naik hanginn!!!! hahaha
    cemana hang jumpa video ni.hah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cheqno,

    dari cheqna,

    ..hehe..

    :-)

    ReplyDelete
  4. Surat2 memang kena check dgn mak bapak kalau zaman dulu tapi sekarang e-mail,sms,twitter,mak pun dah pening kepala.
    Keretapi ni kot yg pakai arang.

    ReplyDelete
  5. Amie: kenangan lalu-rasa nak balik zaman dulu. 1989 saya dah dok aloq staq.

    Sudais : hang merayau je dlm y-tube tu ade macam-macam

    Cheqna : Walaikum salam, pangkat anakanda/bonda ni

    Thomas : memang anak-anak skrang xtau macam mana nak kawal, kenal dlm fb/tnet pun boleh ikut, jdi parent zaman skrang memang pening.
    Keretapi tulah, kalau duduk koc depan-kadang-kadang sampai hitam lubang hidung (sedut asap) he..he..

    ReplyDelete
  6. ehehe...kenangan ni naik ketapi...last naik thn 2000 kl xsilap...lama gak tu...;)

    ReplyDelete