Lama x jengok & buat N3 kat blog aku ni. Akhir tahun & awal tahun dihabiskan dgn bercuti ziarah emak & teman-teman mak aku ...ayam, itik, mengadap anak sungai belakang rumah sambil mengimbau kenangan lalu (tempat menyelam, segala jenis kuak-kupu2,lentang seme boleh & ada ketikanya menjadi tempat membuang hasil mahsul dlm badan ketika xcukup jamban ..he...he..he), kini lesu & semak aka samun.
Diluar sedar dah sebulan 2014 dilalui. Maal Hijrah disambut dengan penuh keinsafan, dunia & usia makin meningkat. Tahun baru masihi 2014 disambut suram & diraikan dengan perhimpunan TURUN sempena kenaikan harga barang!.
Diluar sedar dah sebulan 2014 dilalui. Maal Hijrah disambut dengan penuh keinsafan, dunia & usia makin meningkat. Tahun baru masihi 2014 disambut suram & diraikan dengan perhimpunan TURUN sempena kenaikan harga barang!.
Masa tetap pergi xkira kita nak rai ke x, ia tetap berlalu.

Tanggal 31 Jan 2014 kita sambut kedatangan tahun baru cina & mengikut kalendar cina, tahun 2014-2015 adalah giliran kuda kayu mengambil alih ular air. Bila aku tanya wiki, baru aku tau ...tahun kuda ni ada elemen api, tanah, besi, air dan kayu.

Kuda kayu mempunyai 2 elemen
... kuda ada elemen api
... kayu ada elemen keras/kaku
merupakan gabungan yg produktif & harmoni.
Warna yang dikatakan bawa 'tuah' ialah hijau, biru muda (cyan), ungu & oren (jingga), so sesapa yg rasa nak tukaq cat rumah, boleh cuba guna warna-warna tu ...kot..kot bertuah/kaya! (rezeki Allah bagi, bukan sebab warna tu .... jgn percaya lak), nak tau lebih tanya wiki!
Tengok kan keadaan dunia lani, suasana politik dok haru biru (eg:thailand & mesir), cuaca x menentu (banjir, ribut, letusan gberapi dll) dan ekonomi dunia menjunam dgn kadar inflasi yg meningkat, akan wujudkah?.....harmoni.
Kat Malaysia pulak, semenjak 2menjak ni, dah jadi trend pulak semua hal dikaitkan isu kaum, guru denda murid xbuat kerja sekolah pun boleh jadi isu perkauman...berilah ruang kepada guru-guru untuk mendidik anak-anak kita, waima kangkung pun boleh jadi isu kaum...adohai Malaysia!

Moga keharmonian & saling memahami yg terpahat sekian lama xterhakis dek isu-isu yg remeh temeh!
Sekadar memahami & menghormati adat resam juga kepercayaan sesama kita. Sebagai orang islam yang berpegang kepada rukun islam yang lima dan rukun iman yang enam ...hidup-mati-rezeki -jodoh telah ditentukan & rahsia Allah.
Happy Chinese New Year to those that celebrate it!
teristimewa buat mereka yg mengenali & sentiasa ada dikala khidmat mereka diperlukan. TQ....Xièxiè
Gong Xi Fa Cai
teristimewa buat mereka yg mengenali & sentiasa ada dikala khidmat mereka diperlukan. TQ....Xièxiè
Gong Xi Fa Cai
Selamat berhujung minggu & berhati-hati di perjalanan.
Wasalam
p/s : harap xde yg dok judi 'lumba kuda' sempena tahun kuda ni .... nak menari kuda kepang ok..
Kalau semua rakyat M'sia mempunyai semangat semcm ni pasti tidak goyang bila dibatu apikan oleh puak2 yg bergelar NGO(Yg di sponsor)
ReplyDeleteyg cuma mewakili sebahagian kecil rakyat.
Harap2 kuda kayu ni dapat bagi penyepak kat NGO2 ni.
Dah makin teruk pulak & risau pun ada, demi kuasa politik, mereka sanggup meapi-apikan rakyat. Harap anak-anak kita lebih matang dlm menilai berita2 yg telah 'diubahsuai'.
Delete