Sunday, March 24, 2013

Golden Girls, Nak Pakai Macam Mana Ye?

Ni sembang kedai kopi (masa minum pagi lah kan!). Kes awainya simple je, officemate aku beli baju readymade lepaih tu balik pakai  xmuat (sendat). Aku pun heran "hang tak try ke masa beli tu?", "Aku try, tapi masa tu ngam-ngamlah, lepaih tu aku basuh, pakai-ketat", katanya. Pahamlah aku, kain cotton akan shrink lepas dibasuh. Dia pun nak juailah kat kekawan. Dari kes nak juai baju sambung ke.........

...colleague aku yang sorang lagi ni tanya, 
"hang rasa baju aku ketat sangat ke?"

 "Pasai apa?", aku pulak tanya dia.
  
"Daklah, depa kata dah nak pencen pakai ikut sesuailah, tapi kalau ikut Pn 'R' masa nilah kita nak bergaya sebab jgn bagi nampak tua" 
(begitulah lebih kurang ayat dia). Colleague aku yang sorang ni, memang seorang yang bergaya & kemas orangnya (dah >20 tahun bersama kan! kenal dari masa dia anak kecil hingga sekarang dah trima cucu).

Aku kata, "sebelum aku jawab, bab pakaian Pn. 'R' tu aku xbrapa bekenan, macam xikut pekeliling perkhidmatan awam pasai tatacara berpakaian ke pejabat (pakaian tidak menjolok mata), pakaian beliau xlah tebelah sana-sini tapi ketat" (bukan baju tapi balut ..he..he..)!. Kawan aku terdiam & ter'mati'lah crita pasai baju tu (sebenarnya soalan dia pun aku belum jawab, dah kematu ..he..he..he..)

Tak mau crita pasai pekeliling perkhidmatan tentang etika berpakaian ke pejabat tapi pakaian muslimah dari sudut Islam. Aku xmaulah keluarkan ayat Al-Quran & Hadis nabi saw., cuma ringkasnya...begini:

Berpakaian bagi wanita Islam/muslimah (xmau guna melayu) iaitu menutupi aurat yang menepati hukum syara'.
  • Menutup Aurat (bukan urat) 
Aurat wanita meliputi seluruh tubuh (badan,kepala,rambut,leher,lengan,kaki) KECUALI muka & tapak tangan-depan/belakang. Sekiranya boleh mendatang fitnah/terjadi keganasan-menutup muka & tangan menjadi wajib.
  • Pakaian Yang Longgar (tidak kelihatan bentuk badan)
 'balut' badan ni!
ramping sangat ni!



Ramai antara kita terlepas pandang, pakaian menutup aurat tapi menampakkan bentuk badan (kain yang digunakan terlalu lembut/elastik) .




  •  Pakaian Dibuat Dari Kain Tebal
jarang sangat ni!


nipis sangat ni!



Menggunakan kain yang tebal, tidak menampakkan warna kulit & bayangan bentuk badan




    macam 'sister' ni!
  • Pakaian Tidak Menyerupai Pakaian Lelaki @  Pakaian Perempuan Kafir/Musyrik

Tidak menyerupai atau seakan-akan lelaki & tidak juga meniru pakaian wanita kafir
Hindari juga pakaian yang mempunyai tulisan berunsur 'lucah'/syirik




  • Pakaian tidak berbau wangi/harum
Wanita yang memakai pakaian/wangian ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya  disifatkan oleh Rasulullah saw. sebagai pelacur/penzina.
  • Pakaian tidak dihias secara berlebih-lebihan.
  • Pakaian Tidak Berwarna Terang ( warna  gelap/pastel -hitam/kelabu/coklat)  
lip-lap sangat ni!
sekup kepala, bukan tudung ni!

Pakaian sebegini akan menarik perhatian dan membawa kepada fitnah dan kerosakan kepada pemakai & orang yang memandangnya.





  • Pakaian bukan untuk bermegah-megah & menunjuk-nunjuk.
Yang ni lebih kepada niat, yang mengetahui ketepatannya hanya Allah swt. kerana Dia tidak pernah 'samar'

Nak kata pa ni!

 lebih kepada fesyen bertudung bukan nak tutup aurat, xbrapa nak betui ni!

Aurat lelaki
Senang je. Aurat mereka antara pusat hingga lutut dan mereka tidak boleh memakai pakaian dari sutera tulin. 

Jawapan kepada tajuk N3 aku. Ia tidak terbatas mengikut umoq, hang gold ke! silver ke! bronze ke!(Golden Girls ye! xbrapa nak pasti maksud sebenar tapi bos aku dulu suka cakap camtu kat staff dia yg capai umoq 50 tahun especially 4woman - umoq emas kot, dulu-dulu aku penah tengok crita pasai makcik-makcik tua 'Golden Girls').
 
Xkira berapa angka usia, pakaian wajib menutup aurat dan bukan BALUT badan (kadang-kadang malu juga tengok depa berjubah sendat & bertudung labuh , yang memang 'seksi yg seksa' tu biaqpi depalah). 



Pakaian bukan  sahaja mempunyai  hubungkait dengan maruah, budipekerti dan ketertiban, malahan ia sangat berkaitan dengan tuntutan agama. Semuanya terpulang pada diri kita, samada memilih redha Allah atau sebaliknya. 

Islam, agama yang serba sempurna, bukan saja memilih pakaian, nak memakai & membuka pakaian pun ade adab-adabnya & doanya.  

Doa ketika hendak memakai @ membuka pakaian


Sekian adanya, 

Wasalam.
ps: bukan nak melukakan hati sesapa, sekadar luahan aku aje. mohon ampun maaf (macam hari raya pulak). Aku sendiripun masih xbrapa nak betui! 


"Allah, ampunilah aku, sesungguhnya aku terdiri dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri", Amin.
  Gambar-gambar ihsan dari Google
- pada pemiliknya minta dihalalkan ye!
  

6 comments:

  1. n3 yg menarik utk sama2 kita baca dan renung2kan...bukan balut aurat tp kena tutup aurat ya!!!!...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zurina,
      ya tutup aurat, kalau balut tu...nangka ha..ha..ha

      Delete
  2. Replies
    1. Cheqna,
      Cantik luar..cantik dalam..cantik dunia juga akhirat ...(mcam lagu najwa 'senyum xperlu kata apa-apa' tu

      Delete
  3. Pakaian yg ideal utk muslim ialah yg kemas
    dan mengikut keperluan ugama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thomas,
      itu yg ideal nya, tapi kadang-kadang malu juga bila non-muslim berbaju kurung/skirt panjang yg longgar berbanding yg muslim bertudung tapi ketat. hu..hu..hu..

      Delete