Sunday, September 23, 2012

9 months later......

Macam yg pernah aku luahkan dalam satu N3,....Sembilan bulan kemudian akan keluar di akhbar/media elektronik .....buang bayi....  Walaupun N3 tu sempena 'valentine's day' ia tetap sama lepas 9 bulan... "9 months after we celebrated New Year 2012"  benih yang disemai malam tu dah masak & ranum maka......keluarlah berita-berita antaranya...

7 Sept. 2012 
Buang mayat bayi di tandas hospital
oleh SHAHRULANOOR ISHAK 
berita@kosmo.com.m

KUANTAN – Seorang remaja yang telah terlanjur bertindak kejam apabila cuba mengepam mayat bayi yang baru dilahirkannya ke dalam mangkuk tandas di Wad Teratai 2C di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.  

  

17 Sept. 2012 
Campak bayi dari flat 
Oleh Asmah Rusmah
asmah@hmetro.com.my 

 





PETALING JAYA: Kejam apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam


 18 Sept. 2012 
 Bayi perempuan baru lahir kena kelar - ade 2crita 

Guru temui mayat perut terburai di asrama sekolah
 
KUCHING: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di Betong, 300 kilometer dari sini, pagi semalam. 


Di BALING, seorang suri rumah terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di atas kerusi di depan rumahnya di Kampung Charok Bakap, Parit Panjang, pagi semalam.

Itu antara berita santapan mata juga telinga sepanjang bulan ni. Ini kes-kes bagi pelaku yang xbrapa cerdik@xrancang. Kes-kes xrancang tapi depa rujuk kan pusat pelindungan xtau brapa banyak, yang rancang & dah advance dlm 'free sex' ni xtau brapa, depa ni xtermengandunglah sebab dah buat 'preventation'. Tak kira lagi berita penemuan janin, bayi xcukup bulan dimerata tempat - sungai, longkang, dalam semak,dalam tong sampah, depan kedai, depan rumah dll.

 Inalillah & nauzubillah minzalik.

...walaupun kena marah kat anak tuan..he..he..he
 


Begitu hina anak seorang manusia, lebih bertuah menjadi anak kucing disayangi ibu kucing juga tuannya!.








"Ya Allah kami memohon kepadaMU keampunan atas kerosakan yang berlaku dimukabumi ini, sesungguhnya kami terdiri dari orang-orang yang zalim".

Wasalam.



2 comments:

  1. Apa dah jadi ni,
    kita mcm dah kehilangan sifat kemanusiaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thomas,
      xtau nak kata pa dah!. Kena tukaq pemerintah ni bagi membina semula akhlak masyarakat (ade kaitan ke? he..he..)

      Delete