Monday, February 6, 2012

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Segala puji-pujian bagi Allah swt, pencipta alam semesta. Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad saw. pembawa risalah Islam yang paling sempurna.

N3 kali ni bersempena cuti umum Maulidur Rasul, aku nak nukilkan sedikit pasai sirah Rasulllah saw. macam yang depa dok selalu buat bila sambut maulidur rasul ni kan, pengisian buat diri sendiri sebenarnya.

Nabi Muhammad saw. adalah dari keturunan Nabi Ismail as iaitu putra Nabi Ibrahim as.  bersama isterinya, Hajar. Baginda dari kaum Quraisy yang bermaksud 'saudagar'. Ayahanda Baginda Abdullah bin Abdul Mutalib dari bani Hasyim manakala ibunda, Aminah bin Wahab dari bani Zuhrah. (ini aku baca dalam buku sirah anak aku, lama dah tinggal sekolah dah lupa he..he..)

Nabi Muhammad saw. dilahirkan pada dinihari hari Isnin, tanggal 12 Rabiulawal tahun gajah (dinamakan tahun gajah kerana tahun tersebut tentera menaiki gajah pimpinan Abrahah gabenor kerajaan Habsyi  dari Yaman datang untuk memusnahkan Ka'abah), bersamaan 20 April 571 masihi.  Nasyid ni menceritakannya.....

  
Selepas nabi dilahirkan Baginda disusukan (kebiasaan orang arab) oleh Tsuwaibah selama 3 hari (ni pun dari buku sirah anak aku-baru aku tau), selama ni aku dok ingat ibu susu nabi sorang je iaitu Halimah Sa'diyah, menyusukan Baginda selama 6 tahun.

Ayahanda Baginda wafat semasa Baginda masih didalam kandungan (wafat di Yatsrib semasa kembali dari berdagang  ke Syria). Ibunda Baginda wafat semasa umur Baginda 6 tahun. Baginda kemudiannya diasuh oleh nenda  Abdul Mutalib selama 2 tahun. Apabila nenda Baginda wafat, Baginda diasuh oleh Abu Thalib (bapa saudara). Pada usia 12 tahun Baginda telah mula dibawa berniaga, pada usia 15 tahun Baginda telah menyertai peperangan (menyediakan anak panah untuk bapa saudara Baginda). Pada usia 25 tahun Baginda berkahwin dengan Siti Khatijah pada masa itu berusia 40 tahun (ni pun pernah dipersendakan oleh seorang artis yang ingin berkahwin lelaki muda-astaqfirullah).  Baginda dikurniakan 6 orang anak - 2 lelaki (wafat pada usia muda) & 4 perempuan. Perkahwinan Baginda dengan isteri-isteri yang lain tidak dikurniakan zuriat.

Banyaklah perjuangan Baginda selepas dilantik menjadi  rasul pada usia 40 tahun sehingga kewafatan Baginda - juga pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah dalam usia 63 tahun di pangkuan isteri Baginda, Aisyah.

Baginda berpekerti mulia, seorang yang mahmudah (terpuji), Al-siddiq (benar), Al-amanah (amanah), Al-fatanah (cerdik), Al-hilmi (lemah lembut), Hiyai (malu), Tawadduk (merendah diri), bertanggung jawab dan berani (ni pun dari buku sirah anak aku). Jika sifat-sifat ini dipraktikan dalam hidup kita, nescaya tiada sengketa. Hayati nasyid ni......

  
Bila berbicara mengenai Rasullah saw. selain sifat terpuji ialah sunah baginda. Antara sunah baginda yang  famous ialah menyimpan janggut (pernah dipesendakan oleh memanda Menteri 'melayu mudah lupa' atas alasan ketika itu pisau cukur belum tercipta-astaqfirullah).

Satu lagi sunah yang menjadi ikutan ialah berkahwin lebih dari satu/poligami, tang ni xkira ape sebab-alasan diberi kaum adam ikut sunah. Rasional Nabi Muhammad saw. berpoligami  tidak dihayati. Baginda berpoligami hanya selepas kewafatan Siti Khatijah & Baginda berkahwin atas dasar menjaga akidah, maruah dan menjaga kebajikan wanita-wanita yang kematian suami dalam peperangan (kecuali Aisyah).

Kini poligami dah lebih kepada nafsu je rasanya (ni firasat & pengamatan keadaan sekeliling lah). Lepas tu nak sedapkan hati isteri-isteri tu ade pulak kata dapat 'payung emas' sapa yang sedia bermadu... huk xstuju langsung.
Masa aku kawin dulu & hingga N3 ni tertulis (masih terpakai) aku pernah beri kata dua kat  'roomate'  (husband) aku, nak kawin lebih dari satu boleh, but i'm not included...he..he.. bye..bye.....ok tak. Sebab kalau ade pun payung emas tu, aku garenti xdapat punya!
  
Wajib bagi kita umat islam menjadikan Rasulullah sebagai 'Idola'- mengenali dan mengamal cara kehidupan baginda bagi pertingkatkan moral & akhlak anak-anak/remaja. Menjadikan artis/pemimpin/tokoh (tak semua lah) yg tidak mengamalkan hidup cara Islam & rendah akhlaknya sebagai idola anak-anak/remaja masakini perlu diperjelaskan & diperbetulkan.

Setiap kali mendengar nama Rasullullah jangan lupa membalas "Shalallahualaihi wasalam". Semoga kita mendapat syafa'at Baginda di akhirat kelak kerana selalu mengingati Baginda Rasulullah.

Kasih Baginda kepada umatnya tidak terhingga, bersama renungkan  amanat terakhir Baginda ni....


Hayatilah sirah dan perjuangan Rasulullah saw. & timbulkan rasa cinta kepada Baginda. Diakhir N3 kali ni, marilah kita bersama-sama perbanyakkan berselawat keatas nabi kekasih allah.

~Allahumma soli’ala saiyidina Muhammad wa’aala alihi wasahbihi wabarik wasalim

aku bawakan juga selawat ni ......
   


PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH
-tema Maulidur Rasul 2012

Wasalam,


  

3 comments:

  1. sedih baca khutbah ni dgn lagu yg mendayu-dayu. Bila2 saya nak share link tu boleh?

    ReplyDelete
  2. i.a,
    saya sangat berbesar hati, silakan. TQ jadi member ke23 saya he..he..

    ReplyDelete
  3. Semoga kita termasuk di dalam golongan umat Nabi Muhammad s.a.w yang terpuji...amiin

    ReplyDelete