Sunday, February 12, 2012

Say NO to V'sD

N3 ni aku didikasikan buat peringatan  kepada semua umat Islam terutama anak remaja Islam yang dikasihi sekelian (peringatan untuk aku juga).

Menjadi suatu budaya bagi remaja & pasangan kekasih menyambut 14 Februari sebagai hari kekasih/valentine's day.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam & mempunyai unsur-unsur Kristian.


Sejarah awal Valentine’s Day mengikut wiki sempena  memperingati kematian paderi kristian mempertahankan agamanya tiada kaitan dengan kasih sayang pun cuma dikisahkan sebelum  kematian paderi 'valentine', beliau hantar kepada seorang gadis (dikatakan kekasihnya)  kad bertulis "Dari Valentinemu" yang kemudian menjadi ikutan & kita umat islam ikut secara 'membabi buta' (kita yang buta agama tup..tup.. babi yang kena he..he..he).

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang, setiap hari adalah hari kasih sayang. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan & nafsu semata yang boleh menggugat akidah Islam.

Tunjukkan sayang/kasih kepada orang yang kita sayang mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh Islam. Kasih sayang tidak dibuktikan dengan sekuntum bunga, sekotak chocolate dan lebih aib lagi hingga tergadai maruah demi membuktikan cinta sejati!.

Antara 'simbol cinta' yang menjadi ikutan ialah memberi kad, bunga, hadiah bentuk hati & berwarna merah, chocolate, anak patung dll. Tidak hanya setakat itu, akan diadakan majlis-majlis sambutan yang penuh dengan maksiat & ia akan diteruskan dengan 'pembuktian cinta'. Maka sembilan bulan kemudian akan keluar di akhbar/media elektronik .....buang bayi.....Nauzubillah!

Utamakan cinta kita kepada :
  




ALLAH swt.






NABI MUHAMMAD saw.







Kecintaan kepada Ibu-bapa, atok-nenek, adik-abang & seluruh kaum keluarga.











Memang remaja 'iman senipis kulit bawang berbanding nafsu sebesar bawang' (ni perumpaan aku, pelajar sekolah tidak dibenarkan menggunakannya...he..he..). Aku yakin remaja kini lebih bijak, fikir dulu sebelum ikut/buat. Ujian Allah makin getir untuk kita umat Islam akhir zaman. Keseronokan yang seketika memberi derita dunia & akhirat!

Akhir nukilan, lagu masa anak-anak aku d tadika....masa kecik kita dah d ajar sapa patut kita sayang... 1..1 saya sayang...... 2..2 sayang....bila dah besar lupa segalanya..... nikmatilah..kiutnya hai anak sapa lah yee!!!..


Yaa Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu, jangan sampai kami sesat @ disesatkan (oleh syaitan/org yg berwatak syaitan), berbuat salah @ disalahkan, menginaya @ diinaya (oleh orang lain) & bodoh @ diperbodohkan.

Amin

Wasalam.

Ps: pernah d critakan pemandu lori sampah (majlis bandaraya), kutipan kondom mencapai 2...3 plastik sempena hari kekasih beberapa tahun dulu-terkedu aku, baru kat sini- kat KL? JB? PP? DLL? ...bayangkan jumlah kes buang bayi jika xpakai kondom ye...Yaa Allah ampuni kami.

3 comments:

  1. Dunia semakin commercialize,segala2nya dibuat utk duit,perlu beringat2,jgn terikut2.

    ReplyDelete
  2. Thomas,
    memang kita sedang d cabar oleh dunia, risau dengan kehidupan anak-anak d masadepan.

    ReplyDelete
  3. Semoga kita dan keluarga dilindungi dari tersasar daripada jalan yang satu..

    Sayang sokmo pada keluarga dan orang2 yang dikasihi, bukan pada hari2 yang tertentu :-D

    ReplyDelete