Sunday, January 8, 2012

PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012

Logo PLKN-maksud tersirat dlm logo
tanya pakcik google k..

"Depa kata satu keluarga sorang, pan (abang dialah tu) dah pi, xkan chek (saya-loghat kedah) kena jugak, chek xmau pi", mengamuk anak ke2 aku bila tengok "Tahniah anda berjaya" di laman web PLKN. Aku buat xdengaq je! Itu sebelum dia exam SPM.

Beberapa hari jugaklah dia merungut sampai suruh aku pi ambik surat pengesahan doktor kata dia x sihat. Aku kata "ingat senang ke, pi habag kat doktor kata nak surat terus bagi ke!, lagi satu, kataku "tu dah macam doa tau, kalau Allah bagi sakit betul, ha baru tau!"

Surat ni dari tenet..surat yg terima dserta
 dgn  macam-macam  borang kebenaran.
.. sign jgn xsign.....

Lepas abih exam, balik dari cuti-cuti malaysia maka dapatlah surat ni......Masa terima surat 'mood' dia dah ok kot. xde dah memberontak xmau pi. Mungkin input dari abang dia buat dia 'cool' kot.


Ini dah pengalaman aku yang kedua (bukan pengalaman pi PLKN tau pi antaq je!). Masa abang dia kene pi PLKN aku siap applied cuti, bila dikhabarkan dengan pelbagai stories yang katanya memakan masa halfday nak register dan macam-macam hal lagi, tapi ia tidak sedemikian(mungkin sebelum ni sistemnya kelam kabut kot). Sistem pendaftaran begitu teratur & lancar. Semua berjalan ikut jadual, belum sampai pukul 10:00 am semua settled, rugi cuti  aku sehari.. hu..hu...hu

Kali ni aku xapplied cuti, pi office punch card, pi antag anak aku ke stadium- daftar & bila anak aku dibenarkan naik bas, taklah aku tunggu sampai bas tu bergerak aku dah bergerak ke office.

Ni saja nak crita sejarah PLKN. Ia bermula pada tahun 2004. Program 3 bulan kepada remaja 17 tahun keatas (xkira sekolah ke x). Tujuan  nak membentuk sahsiah diri dlm membina semangat petriotik, pupuk perpaduan & perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni (kalau lihat pd tujuan PLKN-pada aku ni dah menunjukkan kegagalan sistem pendidikan dari umur 7-17 tahun tu!)

Setiap tahun, 24% dari remaja 17+ tahun akan dipilih secara rawak untuk menyertai PLKN. Akibat dari pilih cara rawak nilah ada yang dah berkahwin, mengandung, bekerja & OKU telah terpaksa menghadirinya. Seingat aku ada satu kes dibawa kemahkamah (xpasti) atas kesalahan tidak hadir program ini kerana melanggar Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Siasat punya siasat beliau tidak hadir kerana kemiskinan keluarga & beliau yg menyara keluarga... adohai malaysiaku!

Apa yang merisaukan aku bila anak aku pi PLKN ni ialah bila dberitakan terdapat peserta yang mati semasa berada di Kem. Jika kematian disebabkan pelatih memang ada masalah kesihatan bolehlah terima (pihak kem perlu beri lebih perhatian pada yg dah ade rekod kesihatan ni) tapi bila mati bab bergaduh & xtau punca tu yang buat xsedap hati. Memang ajal maut dtangan Allah. kat mana-mana & bila-bila pun boleh mati (ni jawapan kurang ajar pak menteri berkaitan bila dtanya wartawan pasai kes  pelatih PLKN mati dikem), jawapan yang tidak bertanggungjawab terutama kepada keluarga mangsa. Adohai menteri pembela rakyat!

Dari 2004-2011,  xtaulah pulak brapa jumlah keseluruhan pelatih telah mememui ajal di kem-kem PLKN. Merujuk pada akhbar xsilap aku tahun 2011 saja (sehingga Feb) telah diberitakan 3 kematian :

- Mohd Zulhaili Noraihan, 18, ,pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Wawasan Ovai, Papar -kes kelalaian hospital.
- Fatini Aqilah Fadhil , 17, pelatih di Kem Chenderiang- leukaemia 
- Syed Abdul Rahman Syed Ahmad, 17, dari Kota Samarahan, Sarawak, pelatih  Kem Temasya Rimba Templer, Rawang-xdapat dikesan punca kematian. 
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/17/nation/8083220&sec=nationhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm

 Anak ke2 aku baru memulakan program PLKN minggu lalu. Semoga sesi 2012 tidak lagi diberitakan ada kematian di kem-kem PLKN. Walaupun pelatih-pelatih dilindungi insuran tapi kami ibubapa tidak menginginkan wang pampasan, pampasan tidak mengembalikan nyawa anak-anak kami. Kami mahu anak kami kembali kepangkuan sebagaimana kami hantar mereka. Moga pihak-pihak yang terlibat, melaksanakan tugas penuh tanggungjawab dengan amanah nyawa-nyawa yang kami petaruhkan.

"YA ALLAH, ENGKAU LINDUNGI ANAK-ANAK KAMI DARI SEBARANG MARABAHAYA, HANYA ENGKAU TEMPAT KAMI MEMOHON PERLINDUNGAN" ..AMIN..AMIN...AMIN


Wasalam.

3 comments:

  1. Setahu saya yg paling bahaya kat sana ialah acara2 dlm air di mana kolam2 yg di buat kadang2 ada virus,sepatutnya airnya di periksa sebelum digunakan,maklumlah air takungan zaman ni mcm2 virus ada.

    ReplyDelete
  2. Thomas, kerajaan mlysia ni buat program cara 'mee segera' tanpa kajian , macam d inggeriskan math & sains yg telah rosakkan pencapaian akademik anak-anak kita begitu juga dgn PLKN ni kita petaruhkan nyawa anak-anak bagi memenuhi poket mereka & geng mereka. Rakyat disusahkan dahulu he..he..he..

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah,
    Anak aku selamat kembali & tamat latihan PLKN.

    Kematian peserta yang dilaporkan bagi sesi ni ialah mendiang R. Vinoth(18) dari di Flat Sungai Rasau, Seksyen 16 Shah Alam, pelatih PLKN Kem Terkok.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0315&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm&arc=hive

    ReplyDelete