Thursday, January 19, 2012

GXFC - Tahniah & Semoga Mendapat Rezeki

22 Jan 2012, pakat berebut nak cuti. Aku xmau berebut ngan depa, hangpa cutilah- aku jaga pejabat. Pasai apa 22 hb tu jadi rebutan?

Ha.. mai chek habaq, hari tu dah 'terkepit' depa nak 'bonus cuti', ambik cuti  1 hari 2+1+2= 5 hari , xmau lagi!  Bukan pasai depa nak buat kuih bakul ke, nak cari pokok limau ke, saja nak buat kalut ngan kawan-kawan depa yang nak celebrate Chinese New Year, haghu sungguh!

Crita pasai CNY ni, aku ade  kenangan yang tak dapat aku lupa sampai kini walaupun aku dah lupa banyak perkara sebenarnya! xfaham? ....abaikan.

Alkisah di suatu ketika dulu semasa abah merantau dari satu negeri ke satu negeri atas tugas yang diamanahkan maka berlabuhlah kami disuatu tempat dinamakan Seremban & bermastautinlah kami selama hampir 6 tahun. Ape mengarut ni...he..he..

Disitulah terjadinya peristiwa yang bakal aku nukilkan ni........

Disuatu pagi sehari sebelum tahun baru cina (xdapatlah aku ingat tahun bila..minta maaflah ye). Dikala itu aku dlm usia 5-6 tahun kot. Ok sebelum tu aku nak habaq, masa kicik-kicik dulu aku dah amalkan 1Malaysia yg baru di war-warkan semenjak2menjak ni. Aku celik mata je dah 1Malaysia. Bukan ape sejak kecik lagi aku dah hidup dengan kaum India & Cina ni (malah Orang Asli pun ok ngan aku...no problem).  Aku ade pelbagai crita gak pasai 1Malaysia ni...ha...ha..ha...melalut lagi.

Masa itu aku berkawan baik dengan satu family cina ni (bukan ape anak dia sebaya ngan aku & kakak aku). Kami berkawan sangat akrablah sehingga mak aku pun tak kisah kalau aku nak tidoq kat rumah depa tu. Kalau aku xtidoq kat rumah depa, celik mata je aku dah bertandang kat rumah depa. Tak taulah untienya tu meluat ke tak kat aku (sebab dia layan aku elok je).

Nak jadi crita, pagi tu, macam biasalah celik mata aje aku dah jengoi kat pintu rumah depa, aku selalunya xmakanlah makanan yang depa masak tapi kacang dll makanan dibeli aku belasah lah,  untienya ni sediakan 2 cawan plastik untuk aku & kakak aku kot-kot aku nak minum kan! (special treatment gitu). Sedang aku main-main ngan anak dia, untienya ni balik ngan raga sarat dengan bahan mentah yang akan dimasak untuk makan besar petang nanti dan diletakkan atas meja makan di dapur sementara dia ke dalam bilik nak simpan purse dan menukar pakaian (tukar uniform  masuk dapur pulak).

Aku & anaknya dengan niat nak membantu keluarkan barang-barang dari raga masukkan dalam besen @ sink ikut kesesuaianlah (sebenarnya aku memang selalu buat macam tu). Bila untienya keluaq dari bilik & tengok aku dan anak dia sedang membuang bungkusan & isi dalam bekas, menjerit dia "Norrrrrrrrrr.....jangan pegang" terkejut kami (selalu boleh je bisik hati aku). "Ayaaaaa... sudah pegang ka", sambungnya.Tercengang-cengang aku, pegang ape?

Dah faham maksud untienya tu? Betul!  dalam salah satu bungkusan tu adelah daging babi (yelah nak makan besar tentu ia salah satu hidangannye kan!). Ape lagi untienya tu tarik tangan aku & bawa aku balik ke rumah aku. Sampai di rumah aku dia cakap ngan mak aku "Kak Mah, sorry la xdan mau kasi tau dia olang sudah bukak itu balang".(lalu dicritakan lah aku dah pegang daging tu).

Nak buat macam mana lagi kan, kena samaklah jawabnya! Kena mandi/basuh dengan air tanah lah nampaknya. Cara ringkas samak ni ialah kena basuh/disucikan dengan 7 kali basuhan dengan satu darinya ialah air bercampur tanah (dari tempat yang bersih)-penjelasan lanjut tanyalah ustaz.

Jenuhlah mak aku nak samak, aku masih ingat lagi mak aku buat satu baldi air tanah, ditapisnya dan dijirusnya aku satu badan tanpa seurat benang, kat luaq rumah pulak tu (malu pulak bila ingat balik), mak aku xbagi masuk rumah. Sebelum jirus aku dilumur dengan tanah (macam kita sabun badan lah). Yelah nak pastikan rata seluruh badan sebab xtau bahagian mana yg kena kan!. Tak ingat pulak baju tidoq aku tu, mak aku buang @ dia samak jugak ? ...banyak dah aku lupa ye....

Satu lagi yang aku seronok ialah merebus (ke kukus) kueh bakul. Kuih ni aku makan sebab aku yang rebus/kukus & untienya kata bekas digunakan untuk buat kueh bakul ni dia xguna buat masak biasa-biasa. Masa dulu-dulu ade aku kisah!  Mak aku pun yakin kot sebab dia pun makan gak! ha..ha..ha..

Ikut pungkoq (belakang) naga/singa 'makan duit' pun aku syok jugak dengan iringan bunyi  'mercun papan', naik pekak telinga aku.

Penutup CNY ni ialah Chap Goh Mei (hari ke 15), masa ni tumpang raya jugak, depa ada tanglung akupun  ada gak! - Pesta Tanglung...indah untuk dikenang.  Kalau xsilap aku lah hari ni juga ada upacara membaling limau dalam sungai bagi teruna/dara yang belum kawin dengan tujuan bertemu jodoh (maaf kalau salah fakta-mungkin perayaan lain kot) sebab dulu kawan aku(cina) pernah berjenaka ajak baling limau supaya aku dapat jodoh..xlah aku buat sebab dia pun xpercaya. Takdelah aku desperate sangat nak kawin - jodoh, rezeki, hidup, mati ditangan Allah.

Tak lama lepas tu abah dpindahkan ke tempat lain. Terputuslah hubungan kami. Kakak aku masih berhubung dengan keluarga tersebut melalui surat (kakak aku masih terus berkawan dengan kakaknya). Lepas sekolah rasanya hubungan mereka pun terputus & berita terakhir kami terima kakak nya mendapat hidayah Allah & menganut agama Islam. Semoga beliau masih dalam Islam & sentiasa di dalam lindunganNYA. Amin.

NOW tibalah masanya untuk aku mengucapkan GONG XI FA CAI (tajuk N3 aku ni  wiki translate ....betul/salah mintak maaf ye) buat teman-teman kaum cina yang sentiasa mewarnai hidup aku, khas buat wong & family ('shoulder to cry on' waktu duka/musibah menimpa aku semasa awal aku berkelana d Aloq Staq ni-umpama abang/ayah buat kami, kini terputus hubungan setelah beliau berpindah&kini telah bersara ), buat pembekal akhbar (walaupun aku xbeli-boikot he..he) Michael & isterinya (tukang repair pakaian aku & anak-anak), juga Ah-Huat makanik kereta aku (dari xfasih b.melayu sampai kami boleh debat politik lah ...macam-macam) dan teristimewa (istimewa sebab dia je kot akan baca N3 aku ni-tiada maksud lain) tentunya teman maya aku Thomas & family (u celebrate CNY kan) seterusnya kepada seluruh penduduk dunia yang menyambutnya :-

  

wishing peace, prosperity & happiness for everyone



 

Water Dragons – Years 1952 and 2012

Water calms the Dragon’s fire. Water Dragons are able to see things from other points of view. They don’t have the need to always be right. Their decisions, if well-researched, are usually better since they allow other’s to become involved.

Banyak lagi kalau nak crita pasai CNY ni, ada beberapa adat turun temurun mereka telah menjadi budaya rakyat malaysia khasnya masyarakat Melayu antaranya penggunaan sampul 'angpow', dulu-dulu duit bagi cam tu je xde sampul pun, budaya mercun & bunga api pun ikut depa tapi depa x putus tangan yang si melayu ni siap putus kaki-tangan juga nyawa. Adoi melayu..melayu!! ......jangan marah aku pun melayu walaupun aku ade darah cina setoit je! (moyang perempuan sebelah mak aku cina... ha..ha..ha nak habag jugak tu..).

Akhir  nukilan. Dengan kebesaran Allah, moga tahun 'naga air'  ni penduduk dunia lebih aman & bumi tidak lagi murka pada penghuninya-tiada perang tiada bencana.  INSYAALLAH

Melalui siri kartun kegemaran anak aku, aku didikasikan lagu penuh nostalgia ni buat semua.


...GONG XI.. GONG XI ..GONG XI NI

Wasalam.


7 comments:

  1. huhu..panjangnyer..tapi bila baca..inilah 1malaysia..semangat bersatu antara kaum..hehe

    ReplyDelete
  2. Thanks for the CNY wishes,
    org lama mcm kita ni memang beza dgn org sekarang yg hanya berkawan sebangsa je.
    Dlm family saya ada yg kahwin Melayu,India,Jakun,Kadazan,Portugis dan Maori,
    tak ada apa yg susah,cuma kena fahamlah dan respect sikit adat dia org ni,
    semua pun anak2 Adam.

    ReplyDelete
  3. Apik,
    TQ & tahniah kerana anda berjaya khatam baca he..he.. Semangat 1M ni dah lama ujud. Xtaulah kenapa perlu dijadikan isu pasal kaum ni.

    Thomas,
    Betul tu! respect each other tiada hal punya. Dah balik kampung ke!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru sampai Kuantan semalam dari Bintulu,
      nasib baik dapat ticket ke Kl dari Bintulu.

      Delete
  4. Wah meriah and seronok baca entry down the memory lane macam ni..i ingat masa kecik2 dulu gi rumah neighbour sebelah acap kali sebab nak oren, air f&n and sweets..hahaha..

    :-)

    ReplyDelete
  5. Cheqna,
    orang lama macam saya buat N3 banyaklah crite memori ni. Zaman yg indah ialah masa kanak-kanak & remaja, jgn sia-siakan usia muda anda he..he..he

    ReplyDelete
  6. Salam... kita pernah bersapa di blog Cheqna dulu.

    Kelakarlah cerita Cheqno ni, gelak saya sorang2. Hihihi.. tapi nak tau, perluke samak sampai satu badan? hehehehe Tak payah jawab, sy pun ada cerita pasal samak ni tapi tak mau cerita sebab nampak sangat jahil hukum agama (saya la jahil)hehehe

    ReplyDelete