Monday, July 8, 2013

Auld Lang Syne

7.7.2013....kami meraikan (sesuai ke gunakan meraikan-macam suke je?) persaraan 2 pegawai yang bersara secara pilihan.

Lebih 20yrs kami bersama (sama dgn umoq tertubuhnya jabatan mengikut wilayah/zon). Pada aku, suatu jangkamasa yang cukup lama.(kalau di+- lebih lama berbanding aku bersama ibubapa aku sendiri).  

Antara keduanya, aku lebih banyak bersama kak S, kerana banyak projek aku terlibat bersama beliau, seorang yang sangatlah komited dengan tugasnya, patuh kepada arahan, sehinggakan kadangkala aku pulak yang jadi 'rimas' kerana sikap beliau yg  'never say no to the bos'. Terkadang aku pulak yang menyebuk pi tanya bos 'which one the priority' supaya kak S boleh selesaikan tanpa perlu dibawa pulang kerja tersebut. 

Sahabat yang tiada galang gantinya, tersangat banyak kak S membantu aku. Seorang yang tidak pernah memandang -ve kepada sesiapa pun, sentiasa bersedia membantu. Adakalanya aku pula menjadi penghasut supaya jangan terlalu bersifat 'malaikat' dalam dunia yang penuhi 'syaitan', bila dia kesedihan atas sikap salah anggap kekawan. Mungkin kerana sifar Mahmudah (terpuji) yang ada dalam dirinya, dia dah keluarganya sentiasa dilindungi Allah dari hasad dengki manusia!

Diringkaskan, beliau memiliki ciri-ciri sahabat yang disarankan oleh Imam al Ghazali ...
  1. Kawan yang berakal, kerana kawan yang bodoh akan menjadi musuh & menyakitkan hati.
  2. Kawan yang berakhlak, kerana kawan yang jahat akan merangsang nafsu jahat.
  3. Kawan yang soleh, kerana kawan yang fasik akan membawa kita kepada dosa & maksiat.
  4. Kawan yang sederhana, kerana kawan yang tamak menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
  5. Kawan yang bercakap benar, kerana kawan yang berbohong akan memusnahkan jiwa.
Dipertemuan terakhir (secara rasmi jelah, mungkin akan bersua kat memana!) Aku hadiahkan mereka dengan sebuah buku dengan doa ini....



Moga aku dipanjangkan usia dan sempat merai & dirai dalam satu  majlis pesaraan!

 
Menutup N3, semoga mereka ceria bersama keluarga & melaksana segala perkara yang diidamkan selama ini! 
Sebagai manusia, tiada istilah bersara selagi hayat dikandung badan, sehinggalah  kita 'direhatkan'!. 

Auld Lang Syne-  lagu yg sering dinyanyikan masa sekolah dolu-dolu bila nak bye-bye!

Wasalam.

Selamat Menyambut Ramadhan 1434 H....Rebutlah ganjaran berganda sbgai bekalan disana!

3 comments:

  1. Assalamualaikum Cheqno,

    Semoga kita dapat menjadi rakan yang baik utk teman kita juga..tq for sharing the reminder...amiin to your du'a.

    Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan semoga kita peroleh rahmat Allah SWT untuk terus beribadah dengan lebih baik dan sempurna di masa2 akan datang...amiin.

    :-)

    ReplyDelete
  2. Nice farewell for your retiring friends dan selamat Berpuasa.

    ReplyDelete
  3. Hanya bersara. Perhubungan tetap masih ada...jangan lupa perpanjangkan silaturahim. Selamat berpuasa enam.

    ReplyDelete