Thursday, May 3, 2012

Kene Lagi....

Sempena hari pekerja, Memanda Menteri telah umumkan gaji minima RM900 di Semenanjung Malaysia & RM800 di Sabah/Sarawak/WP Labuan. Aku ingatkan dia nak habaq pada 12 Mei 2012 rupanya on the dot 1 Mei 2012!

Aku tak tau nak ucap tahniah ke tak ye!!!. Garis kemiskinan pun tak lepas dengan gaji minimum ni. Aduhai Malaysia KU.

Perbezaaan gaji ni dah menjadikan kita 2Malaysia .....lah pulak..... Pada aku cost of living di sinun lagi tinggi berbanding sinin ; Contohlah kan  kalau kita beli barang, kekadang kat barang tu, tang harga tu tertulis cam ni:
harga Semenanjung-RM20.00
harga  Sabah/Sarawak- RM20.50  (ni sekadar contoh akulah)

Harga depa lagi mahailah, tapi tang gaji minima ni .... ini tidak a'dil kata Abdul Wahab..he..he..

Bila dah dicanangkan gaji minimum utk swasta, aku rasa yang staf gov. boleh 'terpukul/terkedu' gak ni. Gaji permulaan beberapa jawatan pun dibawah paras RM900 (ikut gaji baru-Jan 2012,SSM ditambah baik ), macam mana ni? Memanda Menteri, baby sendiri bagi susu pekat manis kalut habaq kat ayah orang lain suruh bagi baby depa susu formula...ayah ketam ajar anak ketam berjalan lurus...ghopenye....


Cu pakat-pakat ghenung kat jadual gaji SSM yang ditambahbaik kat ataih tu (yang teman letak arrow merah -P1 bagi yang baru masuk kerja) tak ke bawah RM900 tu? 

Tersirat disebalik tersurat, dulu pakat kata SBPA tidak adil menjauhkan jurang antara Pengurusan Tertinggi dengan lain-lain kumpulan (Pengurusan & Profesional : Kumpulan Pelaksana- dulu depa panggil Kumpulan Sokongan 1&2),

Dalam teman dok ushya Pekeliling Perkhidmatan Bil1/2012 teman ternampak plak yang ni (tetiba aku rasa rajin nak tengok). Yang ditambah baik ni pun lebih kurang gak -keluaq mulut rimau masuk mulut boya (betul ke pepatah ni @ terbalik, ape-ape je lah). 

Renung kat teman buat kotak merah tu, pergerakkan gaji depa pakai peratuih (%). Bayangkan  RM11971.16x7%=RM12809.14x7%=RM13705.78x7% .....makin banyak gaji, 7% tu makin tinggilah ..kan...kan..kan... (yang ni  digreykan  & tidak dinyatakan -sendiri taulah), depa tak war-warkan d simpan rapi!. SBPA dulu langsung x tunjuk!?

Bagi lain-lain kumpulan kenaikan dalam bentuk RM (serendah RM80.00 setinggi RM320)

Gred 54 bergeraklah dari RM5831.57+320=RM6151.57+320  etc..etc


Gred 17 bergeraklah dari RM927.03+95=RM1022.03+95 ...etc..etc

Gred N1 bergeraklah dari RM733.54+80=RM813.54+80 ...etc..etc

Ni ikut apa yang aku fahamlah, kalu silap tolong bagi pencerahan (bukan cream pencerah tau! sebab aku dah cukup cerah ...kah..kah..kah) kat comments tu ye!

Apakata Anda???


ANDA MAMPU MENGUBAHNYA....


Wasalam.



2 comments:

  1. Harga barangan dari semenanjung memang lebih mahal tapi kalau ke pasar harga sayur dan ikan,eg tenggiri rm15 sekilo.Tapi sepatutnya gaji minima kenalah sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? Macam mana plak dgn sewa rumah dll ye! Saya pi melancong je semua masuk pakej he..he..

      Delete