Sunday, April 15, 2012

Janji Manismu

Lama dah tak 'up date' blog aku ni ye!, sibuk ngan urusan rasmi & urusan family.  Singgah jugak sat kat blog aku ni- mop lantai & sapu sawang, lepaih tu aku biaq je... buat keje..nak wat cam ne, kerja diutamakan he..he..

Banyak yang ingin aku luahkan & rindu membuak nak masuk blog rakan maya sekelian tapi apa kan daya, masa mencemburui kita.. hu..hu..hu.

Ni N3 pasai SBPA- Saraan Baru Perkhidmatan Awam (the conclusion). Hikayat bermula bila PM umum dalam bajet tahun 2012 - Fokus ke 4: Memperkejapkan Perkhidmatan Awam. Antara elemen nya ialah menambahbaik struktur gaji melalui gaji sebaris dgn lebih banyak mata gaji (lambat lah gaji jadi 'statik' kan!) dgn kata lain gaji maksimum lebih tinggi. Kenaikan dijanjikan antara  7%-13%.

Si penjawat awam sibuk buat matematik... (gaji sekian.... naik sekian....).. beranganlah +-/x= RM, menkala peniaga pulak kelam kabut penaik harga barang. tu baru umum

...Tindakan segera diambik, semua penjawat awam dikerah ttangan setuju SBPA (PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011), masa tu aku dok cuti ujung to'un,  depa tepon suruh mai pejabat sebab HQ nak cepat, kata depa (standard lah alasan ni). Aku kata tak baca lagi pekeliling nak pakai sain je ke! Depa kata sain dulu, yang lelain kendian......huh gelojoh sungguh depa ni.
Itu crita akhir tahun 2011.

Lepaih tu Cuepac mengamuk sebab x ajak bincang ngan depa - cuepac mintak lain depa bagi lain mau tak marah!  PR dah komen awai lagi. Ting ... tong ... ting ... tong  KERAjaan mintak kaji balik kenaikan gaji SBPA & janji  Memanda Menteri ia akan selesai Mac 2012 & jgn risau gaji baru akan diberi bermula Januari (dapat back-date lah). Pakat syoklah... dapat durian runtuh tak perasan nak kena timpa durian- yg nak mai tu....GST, barang naik & lain-lain benda depa nak charge tu!

Saat yang bahagia pun tiba, bila di war-warkan bahawa pada tanggal  08 Mac 2012, Memanda  Menteri akan membuat ...... ????  RM..Rosmah Mansor oop...tersasul ..!!!!

Pengumuman YAB PM
Sempena
Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam
pada
08 Mac 2012 (Khamis) 9.30 Pagi Bertempat Di PICC, Putrajaya

SBPA di BATAL KAN & SSM DITAMBAH BAIK

...nak sedih ke... nak gelak ... ye.!!!!!

Janji Memanda Menteri lagi!,  tunggakan & gaji baru akan dibayar pada Mac 2012 - mau gila pegawai di bahagian gaji  nak proses  2.4 juta  Penjawat Awam dlm masa xsampai sebulan, biaq betul Memanda Menteri. Sampai la ni lah durian runtuh belum runtuh .. he..he

 Lepaih dengaq pengumuman tu ..... pakat nyanyi lagu ni



dan lagu ni


he..he... terkono den....
 hu..hu..tipah d tipu oleh  Ah Jib Bo wa..waaaaaa...

April Fool penjawat awam terima PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012, kenaikan gaji di bawah SSM yang ditambahbaik, sekali lagi penjawat awam dijanjikan bayaran gaji baru pada bulan April pulak!

Penjawat awam diminta membuat semakan & pengiraan sendiri saperti yang dipaparkan di laman sesawang JPA. Masukan Grade Jawatan & gaji semasa Disember 2011, x payah nak cari calculator, tudia dah mai RM yang dapat pada Jan 2012 -depa tolong kira durian runtuh tu, (darablah dgn brapa bulan yang akan tertunggak tu) amacam lumayan ke! TUNGGU akhir April..kot--kot dapat.

Maka dengan itu muktamad sudah 'spekulasi'  dan janji manis dari hikayat  SPBA,


Sekian adanya....TAMAT.


Jangan LUPA hikayat terbaru akan menyusul....... coming soon!

Wasalam




2 comments:

  1. Patutlah harga barang naik melambung-lambung,
    nampak gaya kena tunggu tukar ahjibkor ni
    baru boleh dapat kenaikan yg di persetujui semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih suka dikawal harga barang dari dinaikkan gaji org gemen. Gaji naik barang naik,kesian kat org kerja sendiri yg makin terhimpit. Ahjibkor wajib ditukar..bagi kat.... he..he..he

      Delete