Monday, April 30, 2012

Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi


SELAMAT HARI PEKERJA BUAT SEMUA 

Ape brita baik buat pekerja malaysia sempena hari pekerja tahun 2012 ni ye ...jeng..jeng.... tungguuuuuuu.. 12 Mei 2012 (sib baik x 13 Mei...bukan ape, birthday anak aku he..he jgn salah faham tapi faham kan!)

selamat berhimpun



 Lagu wajib
Staff gov. kalau xtau lagu ni, patut kene pancung...



 ye..ye.. esok cuti (kerja je cuti ...kat rumah keje xhabis2 hu..hu..hu)


Wasalam




Monday, April 23, 2012

Itu ketentuanNYA

N3 ni crita lama gak! sequel N3 pi menanam & nilah hasil tuaian, dengan kata lain keputusan lah. 

Dalam perjalanan pi ambik result SPM, aku tanya anak aku 'based on exam ari tu, rasanya berapa 'A' boleh dapat'. Jawab anak aku, 6A kot!. Otak aku berkata-kata 'masa aku ambik lepas jawab exam  aritu...memanjang  semua 'A' - ni tinggai 6 pulak!'.

Pencapaian keseluruhan GPN sekolah anak aku meningkat  berbanding tahun sebelumnya (kenaikannya begitu memberangsangkan tapi lupa pulak dari brapa ..  ke.. brapa, dengar sambil lalu je!). Pelajar dpt  all-A's seramai 19 org ( tahun sebelumnya kuranglah).

Terima kasih xterhingga  buat semua guru-guru, persatuan PIBG yang bertungkus lumus mengadakan kelas tambahan di samping tuisyen tambahan di pusat tuisyen. Segala penat lelah guru-guru sekelian moga diberi ganjaran dunia & akhirat oleh ALLAH YANG  ESA. Bagi aku, hilang segala keletihan tenaga dan wang apabila menerima keputusan.  Alhamdullilah! walaupun xsemua 'A' - 9A,2B tapi ia melepasi target  anak aku. Syukur kehadratMU ya ALLAH, Amin.

Walaupun 9A's, nak kan biasiswa bursary @ tajaan kerajaan keputusan must  A+, takat 2..3 ketul je A+, kena bersainglah nampaknya.

Bila dah sampai tahap ke IPT ni, aku beri kebebasan kepada anak-anak aku. Masa depa sekolah, aku tentukan sekolah mana depa perlu pergi. Peringkat ni aku guide je kursus-kursus yang sesuai  dengan kelulusan diperolehi. Berbanding dengan anak aku yang sulung (tahap kepatuhan tinggi), yang 2nd ni banyak sikit songgehnya, aku cakap macam ni ..dia kata lagu tu...lama-lama, aku kata 'ikut hang lah syam'. Aku nak terima kasih gaklah kat laman sosial-FB, ade jugaklah positive sidenya kerana depa boleh 'communicate' & bertukar info tentang pelbagai hal pasai further study ni!. Walaupun dikatakan kita 'makan garam' dulu, depa lagi advance. hu..hu.. xlaku cakap aku!

Dalam kekeliruan anak aku memilih kursus (bila kekawan FB pun ade macam-macam pendapat) & meminta  my 2 cents tentang kursus yang sesuai. Tetiba aku teringat lagu yang sering aku nyanyikan masa sekolah dolu-dolu ...


Dalam menentukan masa depan, semua ditangan ALLAH. Kita tak tau apa Qada & Qadar yang Allah tetapkan buat kita semasa ruh dimasukkan dalam jasad kita, kalau dah tau rasanya semua orang akan tunggu jelah.

Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu berusaha merubahnya. Islam menganjurkan kita berusaha/ikhtiar barulah bertawakal & berdoa kepada Allah mohon pekenan/kejayaan.


Sebagai mak, aku mendoakan segala yang terbaik buat anak aku.

Yaa ALLAH, yang maha pemurah & pengasih,
Engkau berilah kejayaan & berkatilah anakku didunia & akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.
Amin!

Kepada follower aku arvin  yang bakal menduduki SPM end of this year , zaman ini kena  'be the best of the best'. Masih belum terlambat untuk menjadi yang terbaik/the best. GOOD LUCK.


Wasalam

p/s: N3 ni aku coret masa lepas ambil result, buat 2 para -aku peram bagi ranum he..he..  publish je lah for my record purposes.



Sunday, April 22, 2012

Kami Bukan ALONG...Kami Cuma Mau TOLONG

Aku ni macam sabut & batu, bila jadi sabut aku timbul sat, bila jadi batu lamaaaa...tenggelam. N3 ni prepared last week, publish je lah.

N3 ni pasai PTPTN, macam-macam tajuk & hujah, pro&conts tertulis di segala jenis siar raya termasuk d alam maya ni. Desakan demi desakan hinggalah dibuat perhimpunan (haram..ke halal...?). Geng pemerintah kata ni agenda politik pembangkang dan macam-macam lagi lah.  

Aku pun heran bila dikatakan jika memberi pendidikan percuma sehingga ke IPT negara akan muflis? Mana punya formula aku pun x tau. Seingat akulah, masa aku masuk 'u' dulu free je, dulu dipanggil DERMASISWA, antara syarat utama yang masih aku ingat  ialah sekiranya pelajar 'lari' & xtamatkan kursus (bukan sebab gagal) perlu bayar RM50-70K kat gov, pelajar juga diwajibkan bekerja dengan kerajaan antara 7-10 tahun (sekiranya dalam tempoh setahun kerajaan tidak memberi tawaran kerja syarat ni x terpakai) & kalau nak keje kat swasta mohon pelepasan dari gov. Itulah antara yang aku ingat sebab mak aku selalu pesan 'Jangan buat hal, belajar betul-betul, nanti kesian kat penjamin kena bayar", katanya.

Aku tak nampak tang mana depa kata, kalau free pelajar tidak bersungguh & cemerlang. Pada aku, kita akan berusaha lebih kerana TQ kita kpd penjamin kerana sudi jadi penjamin (bukan senang nak cari penjamin, xramai yg berani tau, depa takut kena tanggung hutang-itu masa aku dululah) & mereka adalah orang yang kita kenal, xkan nak bagi depa tengok result yg teruk kot!. Masa aku dulu, pelajar yg xditaja/kaya-rayalah yg selalu buat hal, kami yg ditaja ni selalu hidup dalam kesedaran (sedar kami pelajar subsidi ..he..he..)

Lepaih tu aku kejelah dengan kerajaan & xpenah pulak aku terima jadual bayaran ... semua percuma...aku ulang PERCUMA. Masa negara xmaju dulu boleh pree, bila maju dah xcukup duit pulak hingga dikatakan negara akan muflis!. Oh Malaysiaku.

Sebelum aku terus melalut, mai aku crita sikit macam mana terbersalinnya PTPTN ni, sapa ibubapanya. Sayugia bagi memaju & menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan (kat malaysia ni macam-macam hub & pusat ada), maka dengan itu Menteri Pendidikan pada masa itu yang kini menjadi Memanda Menteri telah memperkenalkan beberapa akta baru seperti Akta Pendidikan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, (Akta 555). Masa era tu berapa keratlah suara pembangkang & without doubt parlimen lulus punyalah.  Prasangka aku - ni tak lain tak bukan nak bagi kat kronilah, depa dok nganga tunggu duit dari langit xdak.

Pengenalan akta-akta nilah yang mula mencekik darah & keringat rakyat. Bilamana peranan menyediakan tempat & peluang pendidikan tinggi bagi kat swasta. Memang ada kebimbangan/ bantahan wakil siswa/wi  akan terjadi perniagaan dalam pendidikan tinggi swasta ni ...tapi.. 
 'ade sapa kesah...man tak kisah'.

Bagi menampung kos pengajian (nak bagi kat geng yg buka IPTS). Dengan itu, tertubuhlah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 & mula beroperasi pada 1 Nov. 1997.

Kerjanya urus pembiayaan pada sapa yang nak pi IPTA/S dan kutip bayaran balik pinjaman (kos pengajian + % nak bagi kat dot..dot..), disamping menyediakan skim  simpanan (SSPN tulah) &  apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis. Lain-lain hal macam objektif, visi, misi (bla..bla..sesedap rasa), sila layari web PTPTN tu ...K..

Semasa menerawang disesawang,
aku jumpa ni
Fakta nipun telah diputarbelit oleh ex-memanda  menteri dalam media beberapa hari lepas katanya Anwar lah yang buat & lulus PTPTN ni, apa punya ex lah..dah lupa rupenye. Xkiralah sapa yang buat & lulus, bila ada pandangan/bantahan apa salahnya dikaji balik bukan berdosa pun, yang langgar hukum Allah tu buat-buat xtau. HUH.

Penyediaan tempat IPTA yang terhad berbanding lepasan sekolah yang layak memasuki IPT yang ramai (yang ni pun pernah dipertikaikan adakah betul anak-anak ni layak @ dilayakkan dgn merendahkan gred kelulusan-wallahualam) maka, ribu-riban rakyat 1Malaysia pelbagai kaum terpaksa mendaftar ke IPTS. Akibat terlalu bergantung kepada IPTS yg tentunya kos pengajian lebih mahal & membebankan (bila dah meniaga mestilah nak untungkan!), tak pe belajar dulu...hutang.

Pada aku, kita kena kembali sebelum 1996, dimana tempat dan peluang untuk ke IPT disediakan oleh kerajaan. Kos dan yurannya lebih rendah kerana tiada unsur “niaga” berbanding IPTS. IPTS hanya sebagai pelengkap kepada IPTA bagi menyediakan peluang khas yang tidak dapat disediakan oleh IPTA seperti kepakaran/kursus-kursus khas, pengajian baru dan seumpamanya.

Bila ada suara-suara suruh mansuh, mailah kata-kata dari akai yg cetek & berbentuk ugutan.. antara tajuk-tajuk yg terbit kat akhbar UM...

'Jika mereka anak jantan pulangkan PTPTN' kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi-mencabar pelajar & sapa-sapa yang mintak PTPTN mansuh

'Mansuhkan PTPTN cicirkan anak bangsa' kata Datuk Abd. Talib Bachek, Naib pengerusi Mimbar Pemaufakatan Ibu Bapa Nasional(MAPIN), negeri Melaka

'Rakyat sengsara jika PTPTN dimansuhkan' kata Dr. Zulkarnain Muhammad Sori, Pensyarah Perniagaan Uni. Malaysia Kelantan.

Apa hal ni,  yang aku faham depa mintak mansuh PTPTN & diganti dengan satu kaedah lain (pinjaman/biasiswa) yang lebih adil & tidak memberi beban hutang kepada para lepasan graduan di kemudian hari.

Aku yang bakal termasuk dalam group  ni, apa yang ku pinta.
  • Bayar apa yang dipinjam je, xpayahlah ada flower2. Kami pun xmau jadi masyarakat 'subsidi' (walaupun salah satu hak rakyat dinegara demokrasi ialah mendapat pendidikan percuma- kalau xsilap akulah, aku baca kat mana xtau dah lupa!
  • Bagi graduan yang mencapai CGPA tertentu eg: 3.5 dapat xx% diskaun, 3.0 dapat yy% diskaun, etc..etc. Gov mungkin boleh guna beberapa syarat kpd graduan dlm membuat pemohonan diskaun tu. (apa-apa mesti ada syaratkan!). Moga dgn diskaun ni jadi  semangat/motivasi kat depa belajar rajin & dapat keputusan cemerlang.
  • Bagi graduan yang sambung belajar tak payah susah-susah buat banyak akaun, satu je-kan senang tu. (ikut sumber kekawan pinjaman PTPTN di peringkat diploma dan ijazah, ada dua akaun..ye  ke!). Gov. jangan lupa bagi diskaun kalau mereka sambung belajar lagi...baru depa bersemangat nak sambung.. betul tak ---- betul..betul..betul, kata Upin&Ipin.
Aku menyokong penuh tuntutan depa (..GO DIEGO GO..), demi kepentingan aku (ha..ha..ha) kerana tahun ni mungkin sorang lagi anak aku akan menyambung pengajian ke IPT jika diizinkanNYA, Insyallah. Anak sulung aku takat ni masih belum berhutang, dapat  biasiswa FAMO (Father & Mother). 2nd year & my 2nd son ....belum tentu lagi...wait & see!.

Tak sanggup melihat anak aku terbeban hutang PTPTN bila tamat pengajian kelak. Kesian rasanya bila menyaksikan pegawai-pegawai baru kat pejabat aku ni bergelut bayar hutang. Rakyat 1malaysia akan hidup dalam hutang seumur hidup (silap-silap akan diwarisi hutang itu kepada waris yang masih hidup). Nauzubillah.

Luar tajuk sikit tapi berkaitan- IPTS ni telah mewujudnya aktiviti/industri  hiliran yang begitu BERJAYA iaitu GRO a.k.a Pelacuran (guna pas pelajar oleh warga asing), hai macam-macam ada kat 1Malaysia ni....                       SATU LAGI PROJEK ....... (sendiri tau)

Malaysia boleh!!!

Sekian cadangan/permintaan/harapan seorang mak terhadap pemimpin yang bijak lagi sana!

MENARUH HARAPAN-tiada kaitan sekadar hiburan


Wasalam.

Sunday, April 15, 2012

Janji Manismu

Lama dah tak 'up date' blog aku ni ye!, sibuk ngan urusan rasmi & urusan family.  Singgah jugak sat kat blog aku ni- mop lantai & sapu sawang, lepaih tu aku biaq je... buat keje..nak wat cam ne, kerja diutamakan he..he..

Banyak yang ingin aku luahkan & rindu membuak nak masuk blog rakan maya sekelian tapi apa kan daya, masa mencemburui kita.. hu..hu..hu.

Ni N3 pasai SBPA- Saraan Baru Perkhidmatan Awam (the conclusion). Hikayat bermula bila PM umum dalam bajet tahun 2012 - Fokus ke 4: Memperkejapkan Perkhidmatan Awam. Antara elemen nya ialah menambahbaik struktur gaji melalui gaji sebaris dgn lebih banyak mata gaji (lambat lah gaji jadi 'statik' kan!) dgn kata lain gaji maksimum lebih tinggi. Kenaikan dijanjikan antara  7%-13%.

Si penjawat awam sibuk buat matematik... (gaji sekian.... naik sekian....).. beranganlah +-/x= RM, menkala peniaga pulak kelam kabut penaik harga barang. tu baru umum

...Tindakan segera diambik, semua penjawat awam dikerah ttangan setuju SBPA (PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011), masa tu aku dok cuti ujung to'un,  depa tepon suruh mai pejabat sebab HQ nak cepat, kata depa (standard lah alasan ni). Aku kata tak baca lagi pekeliling nak pakai sain je ke! Depa kata sain dulu, yang lelain kendian......huh gelojoh sungguh depa ni.
Itu crita akhir tahun 2011.

Lepaih tu Cuepac mengamuk sebab x ajak bincang ngan depa - cuepac mintak lain depa bagi lain mau tak marah!  PR dah komen awai lagi. Ting ... tong ... ting ... tong  KERAjaan mintak kaji balik kenaikan gaji SBPA & janji  Memanda Menteri ia akan selesai Mac 2012 & jgn risau gaji baru akan diberi bermula Januari (dapat back-date lah). Pakat syoklah... dapat durian runtuh tak perasan nak kena timpa durian- yg nak mai tu....GST, barang naik & lain-lain benda depa nak charge tu!

Saat yang bahagia pun tiba, bila di war-warkan bahawa pada tanggal  08 Mac 2012, Memanda  Menteri akan membuat ...... ????  RM..Rosmah Mansor oop...tersasul ..!!!!

Pengumuman YAB PM
Sempena
Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam
pada
08 Mac 2012 (Khamis) 9.30 Pagi Bertempat Di PICC, Putrajaya

SBPA di BATAL KAN & SSM DITAMBAH BAIK

...nak sedih ke... nak gelak ... ye.!!!!!

Janji Memanda Menteri lagi!,  tunggakan & gaji baru akan dibayar pada Mac 2012 - mau gila pegawai di bahagian gaji  nak proses  2.4 juta  Penjawat Awam dlm masa xsampai sebulan, biaq betul Memanda Menteri. Sampai la ni lah durian runtuh belum runtuh .. he..he

 Lepaih dengaq pengumuman tu ..... pakat nyanyi lagu ni



dan lagu ni


he..he... terkono den....
 hu..hu..tipah d tipu oleh  Ah Jib Bo wa..waaaaaa...

April Fool penjawat awam terima PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012, kenaikan gaji di bawah SSM yang ditambahbaik, sekali lagi penjawat awam dijanjikan bayaran gaji baru pada bulan April pulak!

Penjawat awam diminta membuat semakan & pengiraan sendiri saperti yang dipaparkan di laman sesawang JPA. Masukan Grade Jawatan & gaji semasa Disember 2011, x payah nak cari calculator, tudia dah mai RM yang dapat pada Jan 2012 -depa tolong kira durian runtuh tu, (darablah dgn brapa bulan yang akan tertunggak tu) amacam lumayan ke! TUNGGU akhir April..kot--kot dapat.

Maka dengan itu muktamad sudah 'spekulasi'  dan janji manis dari hikayat  SPBA,


Sekian adanya....TAMAT.


Jangan LUPA hikayat terbaru akan menyusul....... coming soon!

Wasalam