Wednesday, December 28, 2011

Perbuatan Kurafat di Bulan Safar

Tat sat  tengok kalendar, kalau tengok kalendar tu nak cuti lagi lah!  Anak aku sms 'mak jgn lupa cuti  29 hb nak pi beli buku kat sekolah' . Tenong kalendar..... hai dah 2 Safar 1433 (27 Dis 2011) -masa berlalu pantas. Safar mengingatkan aku amalan kurafat dolu-dolu.


Bulan kedua dalam kalendar islam, Safar ertinya sifar/kosong. Dinamakan Safar kerana bulan ini orang arab jahiliah dahulu meninggalkan rumah mereka untuk berperang dan menuntut pembalasan keatas musuh-musuh mereka setelah bebas dari bulan-bulan diharamkan berperang.


N3 ni aku saja nak imbas kenangan masa kecik dolu-dolu dmana bulan ini umat islam banyak melakukan perkara bida'ah & kurafat akibat dari kejahilan masyarakat islam terdahulu. Amalan & kepercayaan turun temurun bahawa bulan Safar adalah bulan turunnya bencana & malapetaka. Paling aku ingat ialah pesta Mandi Safar beramai-ramai d sungai/laut. Masa tu aku masih kecik lagi, bab mandi sungai/laut ni sungguh menyeronokkan, xde lah aku niat nak tolak bala ke hape. Kepercayaan bahawa mandi beramai-ramai ni akan menghapuskan dosa & menolak bala kerana kepercayaan bahawa bulan Safar, Allah menurunkan kemarahan dan hukuman kepada dunia khusus pada hari rabu terakhir bulan Safar.

Bulan ini juga tidak dibenarkan diadakan kenduri kahwin kerana dikhuatiri jodoh xpanjang & xde zuriat, manakala bayi yang lahir dibulan Safar dikatakan bernasib malang & perlu dibuang dengan upacara tertentu, mengadakan kenduri tolak bala dan korban pada 27 Safar dan pelbagai lagi perbuatan kurafat.

 Amalan kurafat/karut ditegah oleh syarak & tiada manafaat malah boleh merosakkan akidah/iman. Kerosakan imam akan menyebabkan amalan kita tidak akan diterima oleh Allah swt.

Daripada Abdulah ibnu Umar ra-sabda Rasulullah saw. "Barangsiapa yang menanguhkan hajat kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka ia telah berbuat syirik"

Bencana, kerosakan dan kemalangan tidak berlaku dalam bulan Safar saja dan kepercayaan ini bertentangan dengan firman Alllah swt:-

surah Al-taubah ayat 51 bermaksud :
katakan (wahai Muhammad) : "sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada (dengan kepercayaan itu)  Allah  orang-orang yang beriman bertawakal"

surah At Taghaabun ayat 11 bermaksud :
"Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah: Barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

juga sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Bukhari, bermaksud :
" Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa". 

Alhamdullilah, selari dengan kemajuan mungkin, dan pengetahuan mengenai  agama islam telah meningkat, perkara-perkara kurafat bulan Safar ni dah xde. Bagi generasi yang dilahirkan pada 80-an mungkin tidak langsung mengetahui akan perbuatan kurafat ini.

Sebagai umat islam jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan bagi menentukan setiap perbuatan mengikut syarak atau sebaliknya.

 
Wasalam

lani aku tengok trend depa dok tunggu 25 & 26 Dis nak jdi bencana apa, ni kurafat zaman ICT pulak kot! Astagfirullah - Istighfar banyak-banyak,

 

Tuesday, December 27, 2011

Hari Keluarga - Air Panas Ulu Legong, Baling

Dah lama tak masuk rumah ni, sawang & habuk berkilo dah. Hilang di alam siber ni bukan ape, pi singgah kat tanah pusaka bonda tinggalan turun temurun.

Ingatkan bersahabat di alam maya ni xberi kesan apepun tapi tidak ye! aku merindui teman-teman maya sekelian.
 
Sepeninggalan aku dari alam maya, aku singgah ke alam nyata, menziarahi tanah pusaka bonda di Ulu Legong, Baling. Badan Kebajikan taman perumahan aku telah mengadakan hari keluarga 2hari 1malam ke Air Panas Ulu Legong, Daerah Baling, Kedah. 

Aku pun x ingat ni siri ke brapa dah hari keluarga anjuran Badan Kebajikan taman aku ni, dua tahun lepas kami ke Taiping (night safarilah kan), before that ke Rekreasi Rimba d Bendang Man (nama tempat) di Sik. Pernah juga ke Pusat Rekreasi Rimba (xingat nama ape tah) d Hosba Daerah Kubang Pasu dan beberapa tempat lagi lah. Boleh dkatakan aktif jugalah Badan Kebajikan taman aku ni. Sekalung Tahniah buat ahli jawatan kuasa semua ye!

Hari keluarga ni berlangsung pada 16-17 Dis 2011 (lupa nak ambik gambaq 'banner' Hari Keluarga tu besaq sungguh depa buat). Pukul 9:00 pagi semua keluarga yang bersetuju untuk menyertai d minta berhimpun depan surau. Biasalah kata 9:00 pagi tapi 9:30 pagi masih xcukup 'corum', jenuh ketua rombongan membuat panggilan & melaung kat 'hele' suruh perhimpun (bukan ape ketua rombongan kami ustaz, beliau  takut xdan nak solat jumaat la tu!..he..he.. lantik lagi ustaz jdi ketua rombongan!). Pukui +-10:00 am berkonvoilah kami ke destinasi. Sekilas perkiraan sekitar 40 buah kenderaan terlibat  dalam program ni.

Perjalanan mengambil masa  2 jam kot, kami menginap d homestay penduduk KEDA (kira cam dok sebumbung ngan tuan rumahlah)  dekat dengan pintu masuk air panas tu. Dsebabkan sampai awal, ade beberapa keluarga xdapat masuk bilik lagi kerana ade yang belum c-out lagi.  

Program berikutnya adalah aktiviti bebas, budak-budak ape lagi terus menuruni bukit ke Hot Spring. Dsebabkan kami menginap dsitu masuk adalah percuma & boleh keluar masuk ikut suka.

Lepas solat zohor, akupun menyusuri ke sekitar kawasan tersebut. Banyak perubahan yang telah dibuat oleh Majlis Daerah Baling terhadap kawasan tersebut (sayu terasa bila aku teringat seorang sahabat yang terlibat secara langsung dalam pembangunan kolam air panas ni telah kembali mengadap Ilahi. Alfatihah buat beliau).

Aku pernah berada d sini suatu ketika dulu, tercari-cari akan tempat-tempat yang pernah aku bercanda dulu he..he..he.. tak ketemu... dah d telan dek bangunan kot.

Aku snap beberapa foto untuk tatapan dari kamera auto ku (pemberian seseorang, masa d beri aku menolak kerana xtau nak guna kamera kataku, tapi dia kata kamera ni orang buta pun boleh ambik gambar..tergelak gila aku masa tu). So foto-foto ni dari seorang yang 'buta' guna kameralah ye! Thomas & Chegna jangan gelak tau!

Anak sungai  didalam kawasan air panas Ulu Legong

kolam utama - sumber asal 'air panas'
d pagar supaya tidak dicemari
kolam-kolam kecil untuk kegunaan
pengunjung-tenang & damai di waktu petang
Waktu malam rupanya ramai pengunjung memenuhi kolam
hingga aku pun dah xboleh nak lunjuq kaki lagi dah.
















 dkhaskan untuk wanita sahaja,
bahagian dalam kolam untuk wanita shj

Petang & malam hari pertama dipenuhi dengan bermandi manda di air panas tulah. Bagi remaja lelaki depa ade perlawanan bola & futsal dgn staff MDBaling.

Aku bekira-kira nak mandi malam kerana siang agak panas tapi rupanya malam terlalu ramai orang. 1Malaysia-pelbagai bangsa, pelbagai usia, pelbagai keadaan yg bertongkat-yg kerusi roda-yg didukung-macam-macam ade. Program 1Malaysia (mandi air panas tulah) rupanya berlarutan sehingga pukul 4-5 pagi.

Maka dengan itu, aku delaykan hajat aku nak mandi kepada esok sesudah subuh. Esok sesudah subuh kami (ibu-ibu) pilah kolam tu,  ditutup pulak untuk pembersihan selepas aktiviti 1Malaysia selesai-pukui 7:00 kami pun turun. Alangkah seronoknya ibu-ibu dapat mandi air yang bersih penuh 'sulfur' tu (lepas dbersihkan). Fresh dari ladang gitu!

Hari kedua lepas makan pagi- ada program sukanika di sungai luar kawasan air panas tersebut (lupa pulak nama kawasan rekreasi sungai .... ape tah). Disebabkan buat sukaneka sambil mandi manda,  xlah diendah oleh anak-anak sekelian yg ada, maka pengurus sukanika ubah lokasi dari atas tanah lapang-sukanika dbuat dalam sungai-baru jalan. Selain dari itu, ade beberapa cabutan bertuah diadakan serta hadiah kepada beberapa soalan yang dkemukan  urusetia. Hadiah tidaklah menarik sekadar memeriahkan suasana.

Selepas makan tengahari & solat zohor, konvoi kami bergerak ke kawasan penempatan orang asli (satu-satunya penempatan orang asli di Kedah). Ketua rombongan memberi sedikit bantuan berupa pakaian terpakai dan sedikit bantuan kewangan kepada mereka. Dari maklumat dterima orang asli dsini kebanyakan menganut agama islam tapi agak sedih juga bila dmaklumkan mereka ni kaki judi & minum arak (info ni dari penduduk dsitulah). Bantuan kewangan @ upah/gaji akan dhabiskan dmeja judi & minum arak, bila dberita sedemikian semasa round table minta derma, aku pun jadi tawar hati nak derma takut duit aku dsalahguna pulak-nak dapat pahala takut jadi subahat pulak!
  
Program sebenar  hari keluarga tamat di perkampungan orang asli tersebut. Aktiviti berikutnya  (optional), bagi yang berminat ialah lawatan ke ladang anggur di Tasik Beris, Daerah Sik (sebelah Daerah Baling). Ladang ni, on the way baliklah, so alang-alang dah dekat kami pun ambik keputusan 'follow' jelah.


Pintu masuk utama ladang
 Untuk masuk tengok pokok anggor ni kena ambik tiket (lupa lak brapa hinggit - RM2-RM4 kot)

entrance masuk ke kawasan ladang

 Laluan dalam ladang tersebut, anda dilarang memetik buah anggor yang bergayut tu. Anak aku buat joke katanya "tak boleh petik je kan, kalau nak gigit terus makan boleh lah kan".



Dalam kawasan ladang
 'DILARANG MEMETIK BUAH ANGGOR'
Keluar dari lawatan ladang, sebagai menghargai pengusaha ladang kami pun minumlah jus anggor sambil melihat keindahan Tasik Beris. Sambil menikmati keindahan alam ciptaan yang Maha Esa aku tertanya-tanya, berapa ramai kah penduduk yang menangisi kehilangan tanah milik turun temurun mereka demi membina empangan Tasik Beris ni. Waallahualam!

Sebelum keluar belilah sekilo anggor hijau & merah/ungu sebagai menghargai titik peluh petani. Anak aku kata "kat Pasific (Gedung beli belah kegemaranya) lagi murah". Beli jelah, nak rasa anggor buatan malaysia.

Bergerak pulang ke rumah untuk menyambut ketibaan anak saudara & adik aku dari KL, nak ajak ke Langkawi pulak. C U then.

Wasalam.


Wednesday, December 14, 2011

Sembah Tahniah

N3 ni  nak ucap tahniah atas perlantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sebagai Yang DiPertuan Agong ke XIV, selama 5 tahun bermula 13 Disember 2011- 2016.


Aku bukan anak negeri baginda sultan tapi aku berpegang pada pepatah "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung", maka aku menjunjung kasih dan mengucapkan tahniah kepada baginda. Semoga baginda sentiasa di dalam lindungan Allah SWT. dan dapat memerintah dengan penuh bijaksana,  berdaulat dan aman.
 


Ini merupakan kali kedua baginda dilantik menjadi YDP Agong, kali pertama pada tahun 1970-1975 (YDP Agong V), masa tu permaisuri  tuanku ialah Sultanah Bahiyyah.

Aku kecik lagi, tapi aku rasa dalam banyak-banyak sultanah/raja perempuan yang jadi permaisuri pada masa tu, Sultanah Kedah nilah paling 'cun' dan berpendidikan tinggi (kalau tak silaplah). Alfatihah... buat Almarhummah baginda Sultanah Bahiyyah.


Terima kasih, Tuanku.
 
Kepada baginda sultan  Tuanku Mizan Zainal Abidin, sekelian rakyat mengucapkan terima kasih atas keperhatinan dan kebijaksanaan tuanku  menangani pelbagai masalah  rakyat & pemimpin sepanjang pemerintahan tuanku.
 
Paling aku ingat (juga seluruh rakyat)  ialah titah pekenan  tuanku kepada perhimpunan Bersih 2.

Seluruh rakyat mendoakan agar baginda berdua dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera kembali ke singgahsana tuanku, Amin.
  
Menjunjung Kasih Tuanku!
 
DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU... DAULAT TUANKU.. 

Wasallam
  

Sunday, December 4, 2011

Hari Asyura

N3 ni macam part 2-salam maal hijrahlah, sebab dalam N3 tu aku habaq nak sambung amalan sempena 10 Muharram juga dikenali 'Hari Asyura', sebagai berkongsi ilmu dan peringatan diri.

Sejarah Hari Asyura

Berasal dari perkataan arab 'asyara' bermaksud sepuluh dalam bulan Muharram juga bermaksud hari kemenangan/kegembiraan berdasarkan kejayaan menegakkan keadilan & kebenaran.
  
Hari Asyura (10 Muharram) menyaksikan banyak sejarah & keajaiban (kemuliaan) berlaku keatas para nabi dan menyebabkan kita menghormati hari tersebut. Antara kejadian besar yang berlaku pada 10 Muharram antaranya :
  • Allah menerima taubat nabi Adam a.s
  • Allah menaikkan darjat nabi Idris a.s
  • Hari berlabuhnya kapal nabi Nuh a.s
  • Hari kelahiran nabi Ibrahim a.s & diangkat sebagai 'kholillah' juga selamat dari api
  • Allah menerima taubat nabi Daud a.s
  • Allah mengangkat nabi Isa a.s ke langit
  • Allah menyelamatkan nabi Musa a.s
  • Allah menenggelamkan Firaun.
  • Allah mengeluarkan nabi Yunus a.s dari perut ikan
  • Allah mengembalikan kerajaan nabi Sulaiman a.s
ada banyak lagi diriwayatkan  peristiwa yang berlaku sempena  hari Asyura ni.

Hari Asyura juga bermaksud sepuluh kemuliaan yang diberikan kepada umat Islam iaitu :-
  1. Bulan Rejab - kemuliaan kepada hambanya melebihi bulan lain
  2. Bulan Syaaban-kelebihan nabi Muhammad s.a.w atas semua nabi
  3. Bulan Ramadhan-kelebihan Allah keatas semua makhluk
  4. Lailatul Qadr -lebih baik dari seribu bulan
  5. Eidul Fitri-hari menerima ganjaran
  6. Hari sepuluh (1-10 Zulhijjah)-hari berzikir pada Allah
  7. Hari Arafah-yang berpuasa dapat menebus dosa 2 tahun
  8. Eidul Adha-hari korban
  9. Hari Jumaat-hari paling mulia antara hari-hari
  10. Hari Asyura - puasanya dapat menebus satu tahun dosa.
Setiap waktu adalah kemuliaan yang Allah taala berikan kepada hambanya untuk membersih & menebus dosa-dosa.

Amalan Hari Asyura (10 Muharram 1433 = 6 Dis 2011)

Doa hari Asyura

  1. Mandi sunat  Asyura ("sahaja aku mandi sunat hari asyura kerana Allah taala")-Allah menjaga/menjauhi penyakit.
  2. Puasa sunat Asyura ("sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari asyura kerana Allah taala")
  3. Mengembirakan ahli keluarga- masa/belanja lebih dari biasa, Allah akan meluaskan rezeki sepanjang tahun.
  4. Saling mendoakan  orang lain (hari Asyura hari yang mustajab berdoa)
  5. Memuliakan fakir miskin-memberi makan/pakaian (Allah menganda 70x disyurga)
  6. Menyapu & mengusap kepala anak yatim (mengembira & menziarahi mereka)-usapan dari belakang ke depan.
  7. Bersedekah- didahului kaum keluarga & orang islam, pahala diganda kepada 700
  8. Memelihara kehormatan/kebersihan diri-memakai bau2a,memotong kuku, memakai celak, menahan marah.
  9. Membersih/menghias rumah
  10. Membaca surah Al Ikhlas 1,000 kali (selepas solat subuh hingga terbenam matahari )-Allah akan memandang dgn belas kasihan
  11. Solat sunat 4 rokaat (sahaja aku sembahyang sunat hari asyura 4 rokaat kerana Allah taala). nota : rokaat 1&2, selepas Al-fatihah baca Al-ikhlas 11x.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Menyambung silatulrahim -ziarahi ibubapa, kaum keluarga, orang alim, orang sakit & mengiringi jenazah ke kubur.
  14. Berzikir & solat-solat sunat-bermula malam Asyura  (malam 5 Dis-6 Dis 2011)
Untuk lebih lanjut/sahih rujuklah mereka-mereka yang lebih berpengetahuan, ni hanya pengetahuan cetek saya.

SELAMAT BERAMAL

Wasalam

ps : masa zaman kanak-kanak dulu, paling seronok pi masjid/surau kacau 'bubur asura' (bukan kacau tapi mengacau/menganggu), kikis tempurung kelapa sampai botak utk isi bubur asura. Itu masa kanak-kanak, dah jdi mak budak ni lainlah pulak pengisiannya  huk..huk..huk