Thursday, August 25, 2011

Kereta oh Kereta

N3 ni crita pasal petang kelmarin (rabu), akibat kesesakan kereta aku dah pi kiss 'pagaq besi' di selekoh nak keluaq dari office aku ni. Adoi!!! habis mood raya aku.  Al maklumlah skrang ni org sedang pulun membuat persiapan hari raya & office aku ni duk dekat dgn shopping kompleks terbesar di AStaq ni (ye ke!) yang juga menggunakan jalan susur keluar yg sama sebagai alternatif keluar ke jalan utama.

Bila nak balik tu sesak melampaulah di simpang nak keluar ke jln utama tu (depa yg bershopping ni pun baliklah sebelum time office tamat -before 5pm, xlah jem teruk). Jika hari biasa, kami keluar dlm 2 lane, ni dah jdi 3 lane bila sampai betul-betul kat simpang tu hanya muat 2 kreta je, aku geram kan kreta yg mai himpit aku kat tengah ni aku pun kepung kreta tu, tetiba aku pandang dlm kreta tu, aku nampaklah baby dia sedang meragam, tunjuk ape pun dah x mau, baby tu mengamuk sakan, mai pulak rasa kesian. Aku pun terdetik, 'padanlah dia menghimpit aku, baby dia buat hal rupanya'. Aku fahamlah bagaimana rimasnya bila memandu dalam keadaan begitu.

Aku pun tukaq niat jahat aku tadi (nak kepung kreta tu) kepada niat baik, nak bagi dia pi dulu 'impact dari scene' baby tu mengamuk. Aku pun putaq stering ke kiri, lepaih kreta tu pi, aku pun ke depan, tetiba bunyi 'sreeek'  belah kiri kreta, alah senerehlah pulak kreta aku ni - dah terlebih lipatlah pulak. Undur balik belakang, seb baik belakang member office aku, dia dah tengok aku cam tak lepas je dia taklah membontoti aku rapat sangat, jdi adalah ruang untuk aku undoq & ambik lajak, kalau tak aku kematulah kat situ ke depan makin teruklah kemek kreta aku nak unduq x boleh, teruk lah pulak kena sumpah seranah pemandu lain.

On the way balik, aku singgah kedai cat kreta & aku pun baru tengok 'kekemekkan' kreta tu, pada aku taklah teruk sangat, tapi plastik hitam yang jdi border tengah (ape nama saintifiknya tak taulah) tu dah tercabut, tu yang nampak 'cacat'. Cina cat tu tanya, mana plastik tu, aku kata jatuh masa tergesel tadilah kot. Katanya 'oyo itu kena oder o, mahai o, u pi cari dulu lah'. Sekarang masalahnya boleh ke kreta tu siap dlm tempoh 2 hari ni- sebelum Aidil Fitri? atau aku bawa balik kreta 'cacat' ni.

Minggu lepas kreta aku ni dah buat hal, masa aku parking pi bank, bila selesai urusan, mai masuk kreta start injin, diam tak bunyi pe pun. Aku dah agak dah umuq beteri tu dah nak luput sbab beteri kreta dulupun tahan 2 tahun je! Tapi sib baek kreta tu duk dekat kedai juai taya & bteri kereta, habislah duit baju raya aku jadi bateri kereta. hu..hu..hu

Minggu ni kena bayaq tuk badan kretalah pulak.   uwaaaa.....uwaaaaaa. Sebelum aku pi senerih besi tu aku dah hadiahkan 'duit raya' kat pusat servis kreta untuk check isiperut kreta aku supaya semuanya elok untuk berjalan jauh dari utara ke pantai timur selamat sejahtera.

Nampaknya bonus aku memang bukan rezeki aku tapi rezeki buat kedai bateri, pusat servis & kedai cat kretalah nampaknya. UHUK..HUK....HUK

Selain bukan rezeki aku, aku rasalah itu lebih kepada 'balasan' Allah Ta'ala atas niat jahat aku pada awal sebelum aku tukar kepada niat baik. Allah balas on the spot rupanya. Astagfirullah hulazim.

Aidil Fitri just around the corner, nasihat aku kepada diri aku dan kepada semua pemandu, bersabarlah dalam memandu, jangan nak memotong, mencuri laluan, semua pemandu nak sampai ke destinasi dgn cepat. Ikutlah peraturan dan sentiasa 'allert' dengan keadaan sekeliling, kadangkala kemalangan berlaku kepada kita bukan atas kesilapan kita tapi kecuaian pemandu lain.

SELAMAT MEMANDU DAN SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU.


Wasalam

 

Monday, August 22, 2011

Lailatul Qadr Malam Seribu Bulan

N3 ni aku cilok dari ruang siber ni jugak, sebagai peringatan untuk diri sendiri dan untuk dikongsi bersama.

Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLLAH Ta'ala , bermaksud :

 “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5).

Jika anda telah mengetahui keutamaan-keutamaan malam yang agung ini, dan ia terbatas pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan maka sewajarnya anda bersemangat dan bersungguh-sungguh pada setiap malam dari malam-malam tersebut, dengan solat, zikir, do'a, taubat dan istighfar. Mudah-mudahan dengan demikian anda mendapatkan Lailatul Qadar, sehingga anda berbahagia dengan kebahagiaan yang kekal yang tiada penderitaan lagi setelahnya.

Di malam-malam tersebut, hendaknya anda berdo'a dengan do'a-do'a bagi kebaikan dunia-akhirat, di antaranya:
 
  •  "Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku, dan perbaikilah untukku duniaku yang di dalamnya adalah kehidupanku, dan perbaikilah untukku akhiratku yang kepadanya aku kembali, dan jadikanlah kehidupan (ini) menambah untukku dalam setiap kebaikan, dan kematian menghentikanku dari setiap kejahatan. Ya Allah bebaskanlah aku dari (siksa) api Neraka, dan lapangkanlah untukku rezki yang halal, dan palingkanlah daripadaku kefasikan jin dan manusia, wahai Dzat Yang Hidup dan terus menerus mengurus (makhluk-Nya)" 
  •  "Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jagalah kami dari siksa Neraka. Wahai Dzat Yang Hidup lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), wahai Dzat Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan." 
  •  "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon hal-hal yang menyebabkan (turunnya) rahmat-Mu, ketetapan ampunan-Mu, keteguhan dalam kebenaran dan mendapatkan segala kebaikan, selamat dari segala dosa, kemenangan dengan (mendapat) Syurga serta selamat dari Neraka. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurusi makhluk-Nya, Wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan."
  •  "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pintu-pintu kebajikan, kesudahan (hidup) dengannya serta segala yang menghimpunnya, secara lahir-batin, di awal mahupun di akhirnya, secara terang-terangan mahupun rahasia. Ya Allah, kasihilah keterasinganku di dunia dan kasihilah kengerianku di dalam kubur serta kasihilah berdiriku di hadapanmu kelak di akhirat. Wahai Dzat Yang Maha hidup, yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan."
  •  
  •  "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, 'afaaf (pemeliharaan dari segala yang tidak baik) serta kecukupan."
  •  
  •  "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, mencintai pengampunan maka ampunilah aku."
  •  
  •  "Ya Allah, aku mengharap rahmat-Mu maka janganlah Engkau pikulkan (bebanku) kepada diriku sendiri meskipun hanya sekejap mata, dan perbaikilah keadaanku seluruhnya, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau."
  •  
  •  "Ya Allah, jadikanlah kebaikan sebagai akhir dari semua urusan kami, dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan siksa akhirat."
  • "Ya Tuhan kami, terimalah (permohonan) kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, wahai Dzat Yang Maha Hidup, yang memiliki keagungan dan kemuliaan." 
  • Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, segenap keluarga dan para sahabatnya.
  •  
    Amin
 
Tak tau lah pulak sama ada masih ade atau pun dah terlepas malam Lailatul Qadar tahun ni (sebab hari ni dah 22 Ramadhan). Lailatul Qadar berlaku di 10 malam terakhir. Waallahhualam.
 
Walau ape pun teruskan menjalankan ibadah di bulan Ramadhan ni kerana pahalanya yang berganda dan belum tentu kita sempat ke Ramadhan di tahun akan datang.
 
Akhir nukilan aku selitkan bingkisan ni.

 
 
 
Selamat beramal & mencari Lailatul Qadar
 
Wasalam

Sunday, August 21, 2011

Missed Sahur

N3 kali ni nak crita pasai tak makan sahur sebab 'chef' tak sedar (jam tak bunyi kot), sedaq2 bila azan subuh berkumandang dari surau. Terkejut si'chef' bangun tapi tak leh nak wat pe dah, solat subuh jelah!

Nasib bek hari tu Sabtu, semua cuti. Bukan ape, anak-anak aku ni  waktu berbuka posa, depa bukannya makan nasi tapi makan 'kanji' (bubur nasi), segala jenis 'soup' serta  kuih muih (tak kedap perut kata org kedah). Pada hari kejadian (macam crita jenayah lah pulak), depa semua memang tak makan nasi masa berbuka posa, tulah yang aku berharap mereka berjaya. Alhamdullilah dua anak aku tu posalah cuma adik tu aku xbagi posa sebab aku tau dia tak mampu nak posa kalau tak makan. Bila petang dia macam terkilan pulak ikut kata aku, kerana katanya dia boleh tahan.

Aku rasa yg buat aku tak terjaga tu, selain pasai jam tak bunyi, aku tidoq agak lewatlah (12 mlm gitu), masa dok hanyut tu anak aku kejut nak kencing pulak dah! (takut masuk tandas sorang). Time dlm pukui 3 pagi kot, jadinya bila pukui 4:30 tu jam tak bunyi (xset kot) & baru lena teruslah lena, sedaq-sedaq tok bilal dok azan dah!  Itulah critanya.

Last week dah nyaris xsahur, aku sedag je dah pukui 5:15 pg. (ini kes jam bunyi  tapi aku padamkan & tak terus bangun, gitulah jadinya). Nak buat ape lagi, nasib baik masa buka posa tu aku dah masak nasi (sikit je), depa semua bbuka posa dsurau. Goreng telor dadar & 'faraid' jelah nasi tu kat depa sikit sorang, aku tengok jelah depa makan (mak mithali lah katakan he..he).


Moral of the story, kalau jam berbunyi terus bangun & jangan lupa set jam.

Selamat berposa & mencari malam Lailatul Qadar

Wasalam.


Thursday, August 18, 2011

Nuzul Al-Quran - untuk apa Al-Quran

Tanggal 17 Ramadhan adalah tarikh yg selalu diingati oleh umat Islam & memang sepatutnya tarikh itu diperingati kerana turunnya Al-Quran oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad saw untuk disampaikan kepada umat manusia, sebagaimana maksud sebahagian dari ayat 185  surah Al-Baqarah

 .... " Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan(permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia & penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yg haq & yg batil)" ....


Kita sanjung Al-Quran

Kita simpan baik-baik dlm almari & di tempat tinggi (sama sekali kita 'mengharamkan'  Al-Quran diletak atas lantai). Kita marah jika diberitakan Al-Quran dpijak, dbakar, dletak dlm tandas dll pelakuan yang mengaibkan Al-Quran. Memang menjadi kewajipan setiap umat Islam utk memuliakan & mempertahan Kalamuallah ni. Kita marah jika Al-Quran dhina.

Tapi apa yang kita telah buat pada Al-Quran

Kita baca Al-Quran - tapi tak faham & tidak mengkaji (mentadabbur) malah tak amalpun ape yang dsuruh, dlarang & segala panduan dalam menjalani kehidupan. Tidak menjadikannya sebagai 'way of life' kita.

Al-Quran bukan hanya dibaca dalam sesuatu majlis berbentuk keagamaan sahaja ia adalah suatu 'manual' yang menjadi rujukan (bukan perhiasan utk disimpan dlm almari) dalam menjalani kehidupan di dunia 'syahadah' ni.

Al-Quran diturunkan antaranya untuk:-
  • Menjadi petunjuk dan penjelasan kepada manusia;
  • Menjelaskan yang halal & haram;
  • Memberi pelbagai peringatan dan hukum hakam;
  • Membezakan antara yang haq & batil;

Yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita. Wajib bagi umat Islam mengambil Al-Quran sebagaimana Allah perintahkan & berpegang teguh kepada Al-Quran.

JANGAN!!
  •  Jadikan Al-Quran sebagai kitab 'mistik' spt mengambil sebahagian dpd ayat-ayatnya untuk dijadikan azimat, takal, pelaris, penolak bala, ayat pengasih dan seumpamanya yang karut marut.
  •  
  • Mengambil sebahagian kecil hukum dan meninggalkan sebahagian besar hukum dalam Al-Quran. (spt. mengambil ayat-ayat wudhu & solat tapi meninggalkan  ayat-ayat tentang hudud & mua'malat dsb)
Jadi sempena menyambut Nuzul Quran ni, mailah kita dgn penuh iman & takwa muhasabah diri, apakah selama ini telah mengambil Al-Quran sebagaimana diperintahkan oleh NYA @ mengambil sebahagian @ mengabaikan terus.

Apakah selama ini Al-Quran telah benar-benar kita jadikan petunjuk, sumber hukum & sekaligus sebagai penyelesai segala masalah kehidupan kita.

Kembalilah kepada Al-Quran semoga umat Islam  tidak terus dipandang hina akibat dari umatnya yang telah hilang penghayatan terhadap Al-Quran.

"Selamat menyambut Nuzul Quran"

Wasalam.


Thursday, August 11, 2011

Nostagia Solat Taraweh

Bulan Ramadhan akan seiring dengan solat taraweh kemudiannya ia akan seiring dengan 'more' (juadah yg disediakan selepas selesai solat taraweh)

Nostagia aku ni aku bahagi kpd beberapa segmen (macam rancangan tv lah pulak)

Segmen pertama.

Semasa aku kecik dulu, bulan ramadhan bulan dinanti (bukan sebab suka posa tapi aktiviti disebaliknya). Pertamanya ada makanan yg macam-macam, lepaih tu pi solat tarawih (bukan nak solat sangat tapi nak main). Solat 8 rokaat je lepaih tu keluar surau pi main mercun, main sorok-sorok dll (masa ni tak takutlah kononya 'hantu' dah kena ikat). Masa aku kecik dulu, tiap-tiap malam ade 'more'. AJK masjid akan membentuk beberapa kumpulan untuk menyediakan sajian 'more' ni untuk sepanjang bulan Ramadhan. Kami, kanak-kanak ni usya lah jenis juadah yang disediakan, kalau sedap pada kami, surau akan penuh balik bila solat witir bermula tapi kalau biasa-biasa je kami teruslah bermain. Ini jelah peluang boleh bermain waktu malam. Itu yang seronoknya.

Segmen kedua

Masa remaja/dewasa, solat tarawih adalah ibadat yang dituntut dah dilaksanakan dengan lebih serious lagi. xde nak main-main tapi aku selalu buat 8 aje- nak kejor rancangan TV.

Segmen ketiga

Bila aku dah mempunyai anak, aku tetap melaksanakan solat tarawih di surau, aku tidak menjadikan anak kecil aku untuk tidak hadir ke surau bersolat tarawih dan aku tidak meninggalkan anak-anak kecil aku di rumah (aku memang tiada pengasuhpun untuk menjaga mereka). Kerana pada aku, kalau aku tidak hadir masa itu, aku mungkin akan terus tidak ke surau di kemudian hari.

Kanak-kanak tentu bosan & letih menunggu ibunya menghabis 20 rokaat solat taraweh. Apa yang aku buat ialah semasa  ke surau aku siapkan susu botol, air, makanan & mainan (lego, mainan power ranggers juga 'colouring book') serta tilam kecil untuk mereka tidur (macam pi picniclah pulak). Pada waktu itu, surau di taman aku ni macam rumah kampung, ade 'varanda', so aku letak depa di 'varanda' & aku solatlah (tiap selesai solat aku tengoklah depa). Kadang-kadang aku fotostad gambar untuk diwarnakan beberapa salinan untuk kanak-kanak lain juga bagi mengelakkan mereka membuat bising.(jadi macam pertandingan mewarnalah pulak).

Bila mereka diperingkat tadika dan dah boleh ikut orang dewasa solat, mereka akan solat. Peringkat nilah paling mencabar aku, surau lantai papan, bayang kan semasa kami solat (terutama masa sujud) kanak-kanak ni berlari, naik pening kepala dibuatnya, tapi bagi aku kena sabar supaya mereka menjadi 'rakan surau'. Nasib baik tok imam surau aku ni pun oklah, (dia pun ade anak sebaya anak aku) katanya biarlah mereka, jangan pulak ibubapa melarang anak mereka ke surau sebab mereka membuat bising kerana ditakuti mereka tidak akan mendekati surau/masjid bila dewasa nanti. So aku dah jemaah lain ni sembahyanglah dalam 'kegeraman' dengan telatah kanak-kanak ni. Mereka ni pun pandai, bila tok imam mula baca fatihah depa pun mulalah bermain (berlari, menjerit dll) tapi bila kami dah di tahayat akhir, pandai pulak depa duduk diam. Itulah kanak-kanak! 

Segmen keempat

Kini anak-anak aku dah remaja & Alhamdulillah depa semua dah jadi 'rakan surau'. Surau di taman aku pun dan didirikan bangunan konkrit.

Generasi berikutnya pulak 'buat hal', anak aku balik surau merungut 'depa tu bising, kacau orang nak solat', Aku pun kata 'depa tu macam hang dululah, lagi teruk dulu surau kayu, hangpa lari bergegar satu surau'.

Semalam sekeping dinding kaca telah pecah akibat 'lagak ngeri' kanak-kanak tersebut, lepas pecah tu baru semua duduk diam. Pada aku tak perlu nak marah, biarlah, kerana ini akan mendekatkan mereka kepada 'rumah Allah'.

Kini, bulan Ramadhan lebih kepada pengisiannya untuk mendekatkan diri kepada Pencipta, menjalan segala suruhan dengan sesempurna mungkin sebagai bekalan untuk mengadap Pencipta di akhirat kelak.

Beberapa hari lagi akan tiba pertengahan ramadhan dan dipenghujungnya akan ada malam 'Laitatul Qadar', malam yang lebih baik dari seribu malam. Semuga kita menjadi salah seorang yang bersua malam tersebut.

Sekian,

Wasalam.


Thursday, August 4, 2011

Waktu Kerja di Bulan Ramadhan

Nak gelak pun ade, geram pun ade .........melepas. hu..hu..

Tak faham! Macam ni, crite pasal bulan Ramadhanlah, di negeri di mana aku pijak la ni, di bulan Ramadhan, kerajaan negeri telah ubahsuai waktu kerja di mana dapat balik 30 min awal (besa 5:00,  bulan posa 4:30-macamtulah).

Kami dibawah 'federal'  ni pun dapatlah surat arahan ni, selalunya surat ni tak diedarkan kepada kakitangan kerana tak berkaitan (tahun sebelumnyalah), tapi kali ni entah macam mana, bos aku letih posa kot dia suruh bhg admin aku edarkan. Dalam surat tu dia arahkan 'sila maklum kepada semua'. Bila sampai kat kami ni, macam-macam fahaman pulak tentang arahan itu, ada yg kata 'ambik maklum je, jgn berurusan dgn jab under negeri lepas  4:30, sebab depa dah balik'. satu lagi fahaman pulak kata  'bos suruh ikut jadual ubahsuai tu'. Havoc jugalah kami mempertahankan hujah memasing tentang maksud yang tersirat tu.

Untuk selesaikan masalah, tanya balik admin & admin kata bos suruh ikut jadual ubahsuai tersebut, kamipun menyambutnya dengan kegirangan. Itu hari pertama punya crita.

Mai hari kedua, ketua unit aku pulak pening (masa hari pertama pun dia xstuju) dia kata 'mana boleh ikut kerajaan negeri ni, kan ada arahan kabinet, pegawai persekutuan di negeri yg  diperintah pakatan rakyat tak boleh mengunapakai arahan kerajaan negeri. Jadual ni terpakai kepada pegawai kerajaan negeri sahaja' (memang aku pun faham macam tulah). Lepas itu, tup-tup tengahari tu datang arahan baru dari admin, waktu tamat bekerja kekal seperti hari biasa! Havoc balik satu pejabat.

Yang kelakarnya, masa 4:30 ptg tu, pegawai aku yang sorang ni pun pilah nak 'punch card' nak balik. dia pun heran, hangwat tak dak orang Q nak balik, tetiba CC aku nampak dia nak punch, 'encik, balik macam biasa-katanya'. Dia pun masuk balik  & kamipun gelakkan dia (rupanya masa dimaklumkan secara lisan tu, dia tiada so dia tak taulah), kesian pulak! Dia pun gelak juga & katanya dia siap habaq kat is3 dia, hari ni balik awal, kena habaq lainlah nampaknya!

Alkisahnya, kami cuma merasa 1 hari sajalah balik 30 min awal tu.

Hu..hu..hu... nak balik awal jugakkkkkkkkkkkkk....

nak balik awal ye..ambik waktu anjal satu   HUH..

Selamat berpuasa & berbuka, jgn lupa tarawih.

Wasalam.