Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Selamat datang Ramadhan. N3 kali ni aku nak ucap selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat. Selamat berposa dan bertarawih buat semua muslimin muslimat sekelian.  Saya maafkan kepada semua dan mohon maaf juga daripada semua.

Buat yang baru pertama kali berpuasa tanpa orang tersayang (terutama buat emak aku yang telah kehilangan abah pada Januari lalu), tabahkan hati dan moga dapat melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadhan ini dengan lebih baik lagi kerana tidak lagi perlu berbakti kepada somi/isteri yang telah pergi mengadap Ilahi.




Kepada anak-anak sekelian, posa semua tau! jangan posa makan je - mata, telinga, molot dll pun posa gak (terutama kepada anak-anak remaja ku, pakaian jaga no supaya org yang memandang xkurang markah posa depa). Maaf sekali lagi no!.

...merayau-rayau jumpa yg ni pulak, elok jika jadi iklan di TV..... jom tonton...

 


Wasalam.


Tuesday, July 19, 2011

Yusuf Taiyoob dah mai dah

N3 ni bukan ape , nak habaq iklan yusuf taiyoob dan keluaq dlm TV & radio, tu maknanya posa dah nak mai dah la. Diam tak diam nisfu syaaban dah berlalu dah masuk 17 Syaaban, tak sampai 2 weeks lagi Ramadhan 1432-pada 1 Ogos 2011.

Kurma yang merupakan juadah 'wajib' berbuka puasa, amalan Rasullah saw.

Ramadhan....bulan yang terlalu banyak manfaat, faedah, kelebihan, kemuliaan dan penuh keberkatan yang dinantikan oleh setiap umat islam yang menjunjung perintah Allah swt.

Bulan yang  diriwayatkan pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka dan diikat semua Syaitan. Menurut riwayat juga ribuan ahli neraka dibebaskan  pada tiap-tiap malam  bulan Ramadhan. Wallahhualam.

Ramadhan  ... mempunyai keistimewaan tersendiri,

adanya  ....puasa untuk umat islam yang beriman merasai kesusahan orang lain, mengajar untuk bersabar, di samping diiktiraf oleh doktor akan kebaikan berpuasa ini untuk mencuci usus yang telah berkerja 11 bulan tanpa rehat.

adanya....solat sunat tarawih memberi ruang kita mengumpul pahala kerana ganjaran berlipat ganda di samping dapat merapatkan hubungan silatulrahim. 

adanya...lailatul-Qadr, malam yang dinantikan setiap umat islam. Malam di mana menjanjikan ganjaran pahala saperti beribadat  1,000 bulan (83 tahun). Rugilah bagi yang mengabaikannya begitu saja. Di riwayatkan lailatul-Qadr ini berlaku pada 10 hari terakhir Ramadhan

adanya....para dermawan, meriah dengan rumah berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan kurang bernasib baik di samping persediaan aidul fitri & lain-lain bentuk bantuan lagi. Bagi yang ikhlas ganjarannya amatlah besar.

adanya...pasar-pasar ramadhan dgn pelbagai juadah tumbuh merata, seolah-olah bulan Ramadhan itu pesta makanan, ini dah bertentangan dengan ajaran Islam yang mulia.

Anak-anak aku paling suka bulan Ramadhan, mereka suka ke surau (solat ke tak-itu hal lain) dan juga 'more' yang ada selepas tarawih menjadi tarikan. Lawatan ke pasar ramadhan suatu kemestian. Bagi aku bulan ramadhan banyaklah 'resepi tunjuk' aku keluarkan hingga membawa kepada pembaziran.

Akhir N3, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat beramal dgn penuh  ikhlas kepada Allah semoga amalan diterima oleh Allah Taala dengan ganjaran berganda.


"SELAMAT BERAMAL"

Wasalam.


Sunday, July 17, 2011

Hijau kuning!

N3 aku kali ni nak habaq mai pasai warna hijau kuning ni. Bukan apa aku kesian sangat ngan negeri di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung (amaran  MB dulu, masa baru dilantik jdi MB-kata beliau masa taklimat pada staf federal suruh kami sedaq diri), tanah tumpah darah dan tempat bermain anak-anak aku ni (3 dari 4 anak aku lahir kat negeri yang telah di 'haram' kan warnanya ni).

Dulu depa pantang tengok warna hijau semua 'haram', habis semua pokok nyok warna kuning (pokok plastiklah). Petronas pun kena tukaq logo jangan dok tunjuk warna hijau tu. Kami kat  office pun dapat arahan cover laporan jgn dok guna warna hijau, sampai tali fail hijau tu pun depa nak tukaq. Itu dulu.


La ni depa tak boleh tengok warna kuning (tak tau lah pokok nyok plastik kuning ada lagi ke dak, tak perasan pulak bila dok lalu lalang tang tu)- 'haram' warna kuning sampai tahap kena tangkap sapa yg pakai baju warna tu. Kesian kat negeri di mana aku dok cari rezeki ni nak pakai warna apa lah pulak.

Hijau kuning tu kan beras - tak makan nasi pulak dibuatnya !!


Pepun aku seronok dok kat negeri yang telah di'haram'kan warna nya ni, jangan hangpa dok pelekeh no!. Sejahtera sungguh disini.


Bila lawan bola depa  ada lagu ni


HIJAU  KUNING   dah jadi rock gitu..

Ni pulak lagu semangat depa!

HIJAU KUNING....lagi

Jangan segan mai lah!   sila...sila


I LOVE KEDAH  he..he..he  nyaman sekali.

Wasalam

Wednesday, July 13, 2011

Dalam Kenangan

N3 kali ni aku didikasikan buat sahabat yang telah pergi mengadap Penciptanya pada tanggal 12 Julai 2011 (10 Syaaban 1432) 11:15 waktu malaysia. Gemulah (Allayaraham), aku kenali dari mula aku bekerja, kami menjadi satu 'team'. Gemulah banyak membantu disamping selalu juga mempermainkan aku, maklumlah aku ahli baru.

Masa tu di K.L, bila dibuat re-org jabatan, kami dipindahkan ke utara tanahair, suatu  'dunia'  asing bagi aku-terpelanting jauh dari keluarga, gemulah banyak membantu aku, masalah tandas tersumbat, sink bocor, plug rosak, kereta rosak, semuanya aku cari gemulah. Malah pernah gemulah cakap "hang kawin ngan akulah, senang". masa tu gemulah dah kawin pun.

Paling aku ingat bila gemulah suruh aku kawin  dan aku akan jawab  "Orang Kedah tak mainlah". Masa berlalu akhirnya aku kawin juga dgn orang kedah. Masa hari aku kawin gemulah ucapkan "he..hee ..tak mainlah orang kedah tapi kawin jugak dgn org kedah".

Ringan tulangnya untuk membantu siapa saja, pernah satu ketika, PA bos aku nak bersalin (masa waktu pejabat), PA ni panggil aku, dia cakap pelahan dgn aku, "zah! air ketuban kak arah dah pecahlah, boleh tolong suruh sapa-sapa tak anta kak arah ke hospital", gemulahlah orang yg aku cari.

Di lain masa, kalau kami 'overtime', sapa-sapa yang anak kat 'nursery' & minta tolong pi ambik gemulah dengan rela hati mengofferkan dirinya untuk membantu.

Gemulah juga seorang yang pandai memasak apa petua dan jenis masakan beliau sedia beri resepi, malah bawa ke office utk kami makan, harapkan kami yang perempuan ni..hampeh, mengabihkan boreh je!.  

Gemulah juga seorang yang boleh di bawa bergurau dan sedia berkongsi masalah juga senangi oleh rakan tolan.

Selepas aku kawin, aku masih selalu meminta bantuan gemulah, sehingga satu hari suami aku kecil hati sampai terkeluar perkataan "kalau semua nye Jo...Jo.., kenapa tak kawin dgn Jo tu?". Aku jelaskan kepada suami aku, memang gemulah selalu membantu aku selama ini dan aku kenal gemulah pada hari pertama aku masuk kerja. Bila aku cerita pada gemulah dia gelak besar kat aku, akhirnya suami akupun menjadi kawan baiknya, satu kelas dalam mendalami Alquran dll.

Masa berlalu, gemulah mengambil keputusan keluar untuk berkhidmat di tempat lain, hubungan sekadar hai..hai...bye..bye saje, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.

Aku sedikit terkilan kerana di saat gemulah sakit, aku sibuk dengan urusan aku, bila gemulah dirawat di hospital, ada saja halangan untuk aku menziarahinya.

Kali terakhir aku menatap gemulah, tanpa sengaja aku menangis sehingga mengeluarkan suara & aku ditegur oleh 'officemate' aku. Bukan apa, bila melihatnya aku menjadi begitu sayu & pelbagai peristiwa bersama gemulah bermain di fikiran & kini gemulah telah berada di alam lain.

Kepada keluarganya, tabahkan hati menghadapi dugaan dan terimalah dengan redha. Semuga Allah menerima segala amalan dan diampunkan dosa-dosa dan tempatkan gemulah di tempat orang-orang yang solih dan diberikan tempat di Syurga . AMIN.

AL-FATIHAH.

Dalam kenangan - Gemulah Johari Ali.

Wasalam.

Monday, July 4, 2011

Syaaban & Nisfu Syaaban

Diriwayatkan nabi Muhammad s.a.w bersabda:

'Syaaban adalah bulan ku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban menghapuskan dosa dan Ramadhan menyucikan dosa' .

 'Di namakan Syaaban kerana dalam bulan itu ada banyak kebajikan dan puasa yang afdal ialah puasa dalam bulan Syaaban'.

'Kelebihan Syaaban keatas bulan-bulan lain seperti kelebihan atas sekelian nabi-nabi'

Itu adalah sebahagian dari sabda Nabi Muhammad s.a.w yang telah diriwayatkan berkaitan dengan keistimewaan bulan Syaaban.

Event yang menjadi amalan pada bulan ni selain dari puasa ialah majlis membaca yasin sebanyak 3 kali pada malam 15 Syaaban (pada 16 Julai-sabtu malam ahad) yang juga dikenali juga 'Nisfu Syaaban', di mana bacaan pertama diniatkan panjangkan umur untuk mentaati perintah Allah, bacaan kedua pula diniatkan untuk dimurahkan rezeki dan bacaan ketiga diniatkan memohon ditetapkan iman sehingga akhir hayat. Walaupun tiada diriwayatkan (maaf kalau silap) tentang bacaan yasin ni, tetapi bagi aku kalau perkara baik dan tidak bercanggah dengan agama, tak perlulah dipertikaikan.

Untuk lebih info, bertanyalah kepada yang layak.

ok.......Renung-renungkan dan Selamat Beramal-Hot FM

Wasalam.