Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Hari ni (19 Jun 2011), diwar-warkan sebagai hari bapa, yang ni ikut budaya mana aku tak tau, macam hari ibu juga, bukan hanya pada hari tersebut je nak manja-manjakan bapa, tiap-tiap hari kena amik tau pasal mereka.

Ayah-ayah sekarang dah amat berbeza dgn ayah dolu-dolu, ayah kini telah pandai mandi, pakaikan deapers, semualah macam ibu juga. Peranan ibu bapa kini telah seiring, bapa telah boleh menguruskan anak-anak dan ibu pula telah sama mencari rezeki untuk keluarga.

Cerita pasal abah (ni panggilan aku)  ni, seingat akulah, aku adalah anak yang paling rapat dgn abah, hanya aku yang berani nak tidur tepi ketiak dia, kadang-kadang aku mengorek idungnya dgn rumput ketika dia sedang lena di ptg hari, tukang pijak belakangnya dan tidak ketinggalan selalu mengutuknya juga teman untuk ber-'argue' sebarang masalah donia (ni bila dah besarlah). Walaupun begitu, aku sebenarnya amat takut kepadanya. Bab minta duit & tunjuk 'report card' aku akan serah kepada abah  melalui orang tengah (mak aku lah).

Semasa zaman remaja, tahap mengatal paling tinggi.. ha..ha.. Berkawan dengan semua tak kira lelaki ke perempuan (terlebih peramah & pak lawak & gila-gila punya perangai). Abah cuma pesan berkawanlah dengan sesiapa saja, nak buat apa cakap padanya, dia tak mau dengar dari orang lain. Aku masih ingat satu hari tu kakak aku (depa 2 orang) telah menonton wayang tanpa bagaitau kat abah dan abah tau dari kawannya apalagi mengamuk lah abah aku, balik je depa, kena rotan lah. Itulah pertama & terakhir aku tengok abah merotan anaknya & sejak itu kami akur dengan arahannya.

Aku pulak dulu suka tengok wayang 'cheep mate' (betul ke ejaan ni-maksudnya wayang yang harga murah 20 sen  ditayang setiap hari sabtu & ahad, crita nya pun taraf budak-budaklah cam kartun, 'crazy boy' dll, tak taulah la ni ade ke dak lagi crita lagu ni). Setiap kali aku nak dating dgn kawan-kawan aku akan habaq kat abah aku, aku nak pi sinisinun dgn berpolan-polan (ramailah tu) & aku tak penah pi dua-duaan tau. jadi bila ada mata nampak kami di kedai makan ke, panggung wayang ke & habaq kat abah aku, abah aku dgn senang hati jawab 'aku tau dah'.

Aku tau abah bimbang kerana dia ada lima anak perempuan yang  mengancam jiwa lelaki he..he..he

Suatu yang kadang buat aku 'hangin' dgn abah ni dia telah melepaskan semua beban mendidik/menjaga  anak-anak kpd mak aku. Dia cuma bagi belanja bulanan & pandai-pandailah mak aku buat agihan antara belanja dapur & duit sekolah kami & 'no extra fund'. Dan satu lagi, bab nak dapatkan tandatangan penghulu atau sapa-sapa yg layak bagi tujuan dapat pinjaman buku ke, mohon biasiswa ke, tu kami kena buat sendiri, abah tak akan buat. Sampai tonggek punggung aku naik bukit residen dulu & tok penghulu adalah orang yang paling sukar nak jumpa, 4 kali pi belum tentu jumpa. (sebab tu kot abah tolak tugas ni pada anak-anak nye-bijak betul daddy i ne).

Masa berlalu, kini aku berterima kasih pada abah kerana sikap 'tak ambik' tau nye tu telah menyebabkan anak-anak perempuannya kuat dan mampu berdikari serta matang dalam membuat keputusan.

TERIMA KASIH ABAH

Kini, abah tiada lagi disisi, telah dijemput ilahi pada Januari lalu.
Alfatihah buat gemulah abah.

Abah/ayah/walid/daddy/papa dan seangkatannya selamat hari bapa buat kalian. Jangan jadi bapa seperti 'Ayah kepada anakku Sazali'

Buat  anak-anak & bapa-bapa sekelian, terimalah selingan ini


Wasalam


Tuesday, June 7, 2011

Rejab Bulan Allah & Israk Mikraj

Asyik melayan jemputan walimatul urus, sedar-sedar bulan Rejab dah pun 4 hari berlalu. Selalunya bulan Rejab ni aku buatlah puasa sunat sambut bulan Rejab (1 Rejab lah - dah terlepas lah pulak). Kemudian nak ambil khamis pertama, ada jemputan walimatul urus 'office mate' lah pulak. Tak dapat nak jelaskan mengapa bulan Rejab menjadi bulan yang sinonim untuk berpuasa dan memperbanyakkan membuat solat sunat (orang tua-tua dolu-dolu, mereka akan berpuasa 3 bulan berturut-Rejab, Sya'aban & Ramadhan).

Bila tiba bulan Rejab (& Sya'aban) ni semangat lain sikit. Akan ramailah yang berpuasa, sebahagiannya tu bukan sekadar berpuasa sunat tapi mulalah kelam kabut nak ganti posa yang masih tak abis bayaq tu (tulah bulan Syawal dulu layan rumah terbuka sangat). Emak aku dulu selalu ajak aku posa, bukan ape katanya buat 'rehearsal' lah bila tiba Ramadhan nanti tak rasa penat dah!. Entahlah, mungkin mak aku nak aku teman dia posa kot.

Suatu 'event' yang aku ingat dalam bulan Rejab ni ialah Peristiwa Israk Mikraj pada 27 Rejab, di mana Nabi Muhammad saw,  sebagaimana diceritakan sepanjang perjalanan (israk) nabi Muhammad saw. menyaksikan pelbagai  peristiwa antaranya Rasulullah saw. melihat kaum yang menuai hasil tanaman, apabila selesai dituai, tumbuh  buah yang baru, Malaikat Jibrail memberitahu itulah kaum yang berjihad 'fisabilillah', Baginda melalui tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak  firaun), Baginda juga melihat sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala sendiri, kumpulan yang memakan daging sendiri (lain-lain tu tau kan!). Setiap peristiwa mempunyai iktibar dan motivasi yang tersendiri.

Semasa Mikraj (naik ke  Hadratul-Qudus menemui Allah swt.), Baginda diangkat ke langit pertama hingga ke sepuluh dan berjumpa dengan nabi-nabi  sehingga Baginda berjumpa Allah di mana diperintahkan umat Baginda untuk menunaikan solat, setelah Baginda merayu, maka Allah perkenankan memfardukan solat 5 kali sehari semalam (dari 50 waktu).

Peristiwa Israk Mikraj bukan sekadar kisah sejarah yang diulang setiap kali tiba 27 Rejab, tapi untuk kita hayati pengajaran disebalik peristiwa tersebut dan mengikut perkara yang baik dan menjauhi yang tidak baik.

Peristiwa Israk & Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian yang penuh pengajaran dan  menginsafkan kita tentang KEESAAN Allah dan agar kita sentiasa mengingati dan takut kepada kuasaNya. Peristiwa Israk Mikraj  membuktikan kekuasaan Allah dan telah ditunjukkan kepada Rasulullah saw.

Mafhum firman Allah SWT
"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekililingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (surah Al-asraa:ayat 1)

Ini adalah nota ringkas dari aku saja, perlu penjelasan dari orang yang berilmu, cuma pada aku ambil iktibar dari peritiwa Israk Mikraj ini tanpa perlu kita pertikaikan kesahihan peristiwa tersebut.

Antara perkara yang selalu diamalkan dalam bulan Rejab ni selain dari posa (terutama pada 27 Rejab) ialah solat sunat rejab, beristifar, berzikir dan lain-lain. Bagi aku amalan ni tak sepatutnya dijalan pada bulan Rejab saja tapi ia wajib menjadi amalan harian kita.

'Renung-renungkan & Selamat beramal' -hot fm.

Sekian, Wasalam.


Pasca Walimatul urus

N3 ni macam sambungan N3 Walimatul Urus aritulah. N3 ni aku nak buat 'post mortem' (macam doktor bedah @ ketua kontigen sukan lah pulak) selepas aku hadiri majlis pernikahan suku sakat somi, rakan tolan aku sepanjang minggu lalu.

Pertamanya aku nak buat analisis tentang pasangan pengantin 'itself', iaitu persediaan menjadi pasangan somu-istri. Pada akulah, setiap individu yang nak melalui alam perkahwinan perlu membuat sedikit 'research' & pembacaan @ tanyalah yang telah melaluinya apa kah perkara-perkara yang digalak/sunat dilakukan sepanjang majlis tersebut (mengikut islamlah). Bukan apa semasa aku menghadiri majlis akad nikah dan selesai majlis tersebut biras aku telah meminta  'couple' tu  melaksanakan solat sunat nikah,  mempelai lelaki menjawab dia tak mau buat perkara-perkara yang bida'ah. Terkedu juga aku mendengarnya, pada aku, itu antara amalan sunat yang pernah dibuat sahabat nabi. Aku diam ajelah. Bila mai majlis persandingan, mempelai lelaki siap pakai kot &  bow-tie lagi (bow-tie ni boleh ke!)
 
Nasihat aku pada semua yang akan melangsungkan perkahwinan, buatlah persediaan melalui pembacaan tentang adab-adab dalam perkahwinan bukan setakat hadir kursus perkahwinan yang hanya beberapa kali tu (aku dulu tak payah pi kursus kawin ni tak taulah ape silibus yg diajaq). Bukan ape supaya tidak dimalukan/termalu atas kejahilan kita.
 
Majlis kenduri pulak. Mengadakan majlis kenduri kawin ni memang dianjurkan oleh islam tapi kini banyak yang dah tersasar dari hukum agama. Pengantin yang siap berdandan duduk disinggahsana menjadi tatapan sekelian hadirin, siap ade DJ lagi, setakat bunyi gendang/kompang dan selawat tu pada aku ok jugalah tapi dipasang lagu-lagu yang melalaikan/lagha tu yang dah x betul. Makanan & buah tangan yang bermacam dah jadi trend pulak. Siap dengan ada tema lagi-pink lah, grey lah, semua persiapan perlu warna tu lah. Satu lagi ada sesi fotografi sampai sanak saudara datang nak jumpa mempelai pun x boleh kerana depa ada sesi fotografi, adoi tujuan nak kenal ahli keluarga baru xkesampaian.

Nak buat camne dah itu kehendak masyarakat, kata depa, tapi pada aku kita boleh 'say no' kan cos itu majlis kita, buat ikut selera kitalah. How perfect pun majlis kita still ada yang mengata. Nak ikut orang nilah buat kita terpaksa buat loan/berhutang, ni lagi satu hal. Kalau ikut sunnah nabi, buat setakat mampu saja (nabi dulu sembelih sekoq kambing je) sebagai meraikan dan memaklumkan kepada masyarakat akan perkahwinan pasangan supaya terhindar dari fitnah di kemudian hari.
 
Yang hadir majlis pulak, hai macam-macam fesyen pakaian & solekan dah tu bercampur antara lelaki/perempuan. Tapi sib baik kat utara ni khemah lelaki dan perempuan diasingkan (adalah islamic sikit), kuranglah nak belaga tangan ambik makanan. Hadir dalam majlis kahwin ni sebenarnya jadi wajib sekiranya tuan rumah sendiri jemput, tapi untuk hadir ni kalau majlis tu dah ada perkara-perkara lagha tu tak pi pun tak pa kut.

Walaimatul urus sekarang ni aku tengok dah makin mengarut, bercampur baur antara adat & hukum, semoga aku tidak terikut dengan kerja-kerja mengarut dan lahga ni.

Sebagai pelipur lara, aku cilok dari you-tube majlis akad nikah lawak ni.



Kah..kah..kah

Wasalam.