Thursday, May 26, 2011

Walimatul urus

Next week, cuti sekolah kembali lagi, seiring dgn tu kita pun terima banyak jugaklah jemputan kahwin/ makan kenduri.

Bagi aku, penat kenduri dah terasa last week lagi, kenduri kawin anak perempuan sulung abang ipaq. This week end, kenduri kawin anak lelaki kakak ipaq pulak and next week, pi betandang ke rumah lelaki yang kenduri last week tu. Pening...ada fahamka!

Itu kenduri keluarga terdekatlah kan, anak sedara belah somi, belum ambik kira kenduri kendara pak penakan (bapa saudara lah tu), sepupu sepapat, orang sekampung sekapat , orang setaman & orang sepejabat. Adoi jenuh makan!

Kepada semua yang menjalankan walimatulurus, jalankan mengikut hukum jangan mengikut adat (pada aku banyak membazir & ada yang dah melanggar adab islam). Di tambah pulak dgn. trend sekarang yang macam-macam-sesi fotografi, goddies yg macam-macam hingga tahap perkhidmatan wedding planner pun ade & macam-macam pakej pulak tu, membazir sungguh (kadang-kadang terfikir pulak aku ni kedekut ke!).

Kalau aku (mengikut kepala otak aku sekarang lah) tak akan aku buat semua itu - buat yang wajib-wajib je. macam mas kawin, cincin tanda dan sedikit kenduri kesyukuran dah!. Itu,... kalau akulah ...tapi kot anak aku nak beradun tak taulah! hai nak ikut ke tak ye.

Ape pun aku ade sorang je anak pompuan yang tiga lagi tu kena jugak lah sedia hantaran kawin ikut kehendak pihak perempuan. Jangan sampai berhutang bergadai sudahlah.

Kepada teruna/dara yang akan melalui hidup baru, diharap telah menyediakan diri ke satu alam baru yang penuh tandatanya dan cabaran. Tahap kesabaran, toleransi dll kena pada tahap maksimum. Kalau dulu buat ape pun aku punya hal lah sekarang no..no..no.. u kena tanya yr other half!

Niatkan perkahwinan hanya kerana Allah swt. dan membanyakkan umat Nabi Muhammad saw. Layari perkahwinan mengikut landasan Islam dan mainkan peranan suami/isteri mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Alquran & Hadis.

Kepada semua yang melangsungkan pernikahan....... aku didikasi kan  lagu Maher Zain ni, hayati senikatanya.


........Selamat Pengantin Baru dan  kekal sehingga akhir hayat......

"Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan keatasmu dan menyatukan kalian berdua dalam kebaikan" Amin.


Wasalam

Sunday, May 22, 2011

Daftar masuk IPT

Kelmarin ( sabtu 21st Mei), pi antaq anak aku masuk IPT, first timelah dia duk d asrama. Konon-konon nak pi awailah, ngek ngot nget ngot lebih kurang pukui 9 gaklah baru pi tapi masih kira awailah jugak.

Sampai kat pintu masuk, depa dah asingkan lorong siswa & siswi, anak aku lelaki jadi siswalah, depa terus bagi kunci bilik. Sepanjang laluan ke tempat menginap di sambut dengan pegawai bertugas dan amat mudah dan selesa sekali. Terima kasih kepada semua.

Sebab mai awai dapatlah bilik d tingkat 1, taklah berpeluh nak naik tangga. 'Check in' pun sangat mudah. Terima kasih kepada anak-anak pelajar tahun 3 yang membantu.

Masuk bilik nak susun barang lah, depa maklumkan ada perhimpunan jam 3:00 ptg dengan pakaian kemas & kasut hitam, dan sepanjang minggu orientasi pelajar dikehendaki memakai baju kemeja btangan panjang, tie, kasut hitam. Alamak! tie aku tak beli, kemeja tangan panjang xbeli (beli tangan pendek saje) & kasut hitam tinggai pulak! (masa aku dulu, pelajar lelaki boleh pakai apa saja jangan 'jeans').

Sudahnya semua barang sumbat dalam almari, keluaq pi cari barang tersebut. Rupanya di shopping compleks (kat sini tu jelah pusat beli belah terbesar yg ada kot.. he..he..) ramailah ibubapa seangkatan dgn aku, berkumpullah kami ditempat pakaian lelaki tu-perempaun xde hal lah semua 'standard'.

Siap beli barang, pi makan tengahari dan antaq anak aku masuk kolej penginapan dan kami terus bertolak balik untuk menuju arah selatan ke rumah abang ipaq kerana kenduri anak perempuan sulungnya.

Sebelum chau, aku pesan kat anak aku, sekarang semua kena  sendiri & 'nobody around to remain- do & don't'  dah, pandai-pandailah.

Balik malam tu aku sms anak aku tanya roomates dia yang lagi dua tu dari mana & course ape. Masing-masing dari Shah Alam & Perak dan ambik course something about 'science', x sama course lah pulak.

Buat anak aku Semuga Allah sentiasa melindunginya dan ilmu agama yang dibekalkan dapat menjadi panduan dalam membuat tindakan dan pilihan.

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw.
 "Yaa Allah, lindungilah anak ku, kuat&teguhkan imannya, sentiasa melaksanakan suruhan & menjauhi laranganMu, permudahkannya dalam mencari ilmu dan jauhkan dari segala marabahaya.  selamatkan kami didunia & diakhirat. Ya Allah, Engkau tempat kami memohon perlindungan"
 Amin

Hari Sabtu yang memenatkan!

Wasalam







Terima Kasih Guru

Aku buat sempena hari guru hari tu, tapi rupanya x publish, hari ni baru N3kan. My didication to All my teachers i Love gitu. ok kan!

Aku didikasikan lagu ini kepada semua guru-guru sekolah, guru agama ku dan paling aku hargai ibubapaku-guru pertamaku.


dan kepada guru-guru kepada anak-anak aku

Nikmatilah (video ni aku ambil dari YouTube -xreti nak buat)

Kepada guru-guru sekelian, andalah pembentuk generasi akan datang. Jasa yang tidak ternilai.

SELAMAT HARI GURU -  "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Wasalam.

Monday, May 16, 2011

Welcome Friends

Kali ni aku nak welcome 3rd followers aku, macam kenal je! he..he..he
Ape pun semuga kita dapat berkongsi segalanya disini. sini saje tau!!

Sila-sila



Wasalam

Sunday, May 15, 2011

Amie Rakan Maya

Hari ni, bila masuk blog aku teruja & amat gumbira sekali kerana aku dah ada 2nd. followers siap beri  comment dan masuk ke kotak helomelo.

ni lah resepi tunjuk, lepas tu bungkus,
bawa balik - hidang & bolehlah dimakan.
Dah singgah di blog amie, banyaknye makanan! Tak macam blog aku yang mengarut entah ape-ape ni. Tentang resepi ni aku hanya tau satu resepi saja iaitu "resepi tunjuk" dan paling kerap aku guna resepi tunjuk ni ialah di bulan Ramadhan. he..he..he..


Buat amie, terima kasih dan akan ziarah selalu ke blog amie, terutama kalau lapar kot kot boleh hilang lapar.

Salam ukhwah.
Wasalam.



Thursday, May 12, 2011

Kereta Aku Alternator Out

Kali ni nak crite pasal kereta aku, kes ni berlaku pada khamis lepas (seminggu dahlah-basi kot). Masa tengahari pi ambik anak balik sekolah, masa pi  ok, on the way back to office, tetiba aku terpandang penel depan aku tu 'sign' break & bateri naik warna merah. Eh, ape hal ni, slalu tak menyala (krete auto ni takut jugak-tetiba mati tengah jalan yg tengah sesak ni, mampus aku kene sumpah seranah dek pemandu lain). Aku pun tak henti-henti berdoa semuga kreta aku tu sempat sampai kat office, lepas tu hang nak mati pun matilah!, bisik ati aku.

Aku buat andaian mungkin bateri atau 'alternator' yang punya pasal ni (sebab pengalaman pakai kreta lama dulu) Aku pun buat kira-kira, umur kreta aku ni baru nak masuk 4 tahun, bateri aku baru setahun, tak kan dah 'out' kot. Sampai office, tanya officemate, depa kata macam yang aku rasa  lah kalau tak bateri-alternator lah. Adoi!, kalau alternator mesti mahal kereta lama dulupun beratus jugak aku kena.

Aku pun call lah mekanik kreta lama aku tu (sejak beli krete ni aku tak lagi berhubung dgn dia, servis masih pi authorised dealer). 'Ah huat, bengkel hang kat mana', tanya aku. 'Tempat lama lah', katanya. 'Ye ke, aku tengok tempat tu dah kene roboh', kata aku. 'Ayo, tulah hang sejak beli kreta baru hang dah tak mai sembang dengan aku no!, katanya. Aku pun tergelak besarlah. 'nilah aku telepon hang, aku nak mailah, kreta aku ni, lampu brek & bateri naik merahlah', kata aku. 'Hang bawak mailah aku tengok', katanya. Hey boleh jalan lagi ka, sat lg mati kat jalan macam mana? kata aku. 'Dan (sempat) lagi tu', kata dia.

Lepas waktu kerja, penuh doa & tawakal kepada Allah, sempat lagi aku pi ambik anak aku kat sekolah, patah balik pi bengkel si Ah huat, selesai dia buat 'postmortem', katanya 'bateri ok, alternator out, Sah! lari budget aku bulan ni. 'Sekarang tak dan (tak sempatlah maksudnya), aku pi ambik kat rumah hang ari sabtulah', katanya (Jumaat sini cuti).

Hari jumaat & sabtu, program aku bersama kreta memang padat, macam mana ni? Pagi jumaat tu aku tawakal lagi, pi antaq anak pi tuisyen, balik-selamat lagi. trip kedua pi ambil anak balik tuisyen, masa ni aku bedebar habislah & doa tak henti-henti, semua nasihat makanik aku patuhi-no econd, no radio, no lampu dll no..no..no. Memang aku dilindungi oleh Allah Taala, elok-elok kreta aku masuk lot di porch rumah aku dia pun padam-no sound at all. Alhamdullilah. Trip berikutnya nak ambil dua orang lagi, tu aku suruh anak yg sulung pi ambil dgn motor, sorang pukul 12:00, sorang lagi pukul 1:00 dan trip berikutnya belah petang semua serah kontrak kat anak aku, jumaat setel.

Hari sabtu?, anak sulung aku kene pi keje bawa motor .. So macam ni!... anak kedua aku pi antaq abang dia pi keje, ambik motor dan pi tuisyen. By evening, kreta aku siap, pi ambik balik keje. setel. 

Hangpa tau tak apekebendenya Alternator  ni, benda ni macam orang ketigalah @ perantara minyak-bateri (betul ke!). Kalau rosak , maka ia tidak boleh menukar tenaga dari minyak patrol kepada tenaga elektrik supaya bateri sentiasa 'tip top'. Jadi bila dia rosak, bateri kereta tidak dicas kuasanya.

tempat alternator
macam nilah rupa alternator tu

   










Bateri  ni berperanan nak hidupkan engine, bunyikan radio, acond, nyala  lampu, hon dan menggerakkan segala tali-temali yang ada dalam engine tu . Kalau bateri out, tak bernyawalah kreta tu.

Aku ingat kereta baru tak makan duit, tapi nasib kureng baik, baru nak cecah 4 tahun dah buat hal. Kreta lama aku dulu lagi bagus, ganti minyak hitam, brek sekali sekala, alternator pun ganti selepas aku pakai lama jugaklah, Sayang kat KE20 dulu tu hu..hu..hu... Banyak kenangan dengan KE20. Bila aku jual kat besi buruk semua marah kat aku sebab depa kata masih ada value-dah terlambat.

kreta baru aku yang buat hal tu macam nilah

macam nilah kreta lama aku
-banyak crita lucu tercatat bersama KE20 ni













Hepotesis aku pasal alternator ni, ikut apa yang aku pahamlah dari penerangan mekanik aku yang tak berapa fasih bahasa melayu tu, sorrylah kalau silap.

Wasalam.


Monday, May 9, 2011

Selamat Menyambung Pelajaran


Banyak pulak masa pree aku minggu ni & mood ketuk keyboard pun ok, jadi layan jela!
disinilah anak aku akan
menyambung pengajiannya
Kali ni aku nak crita pasal anak-anak, sepanjang dua minggu ni anak-anak yang lepas SPM & STPM berdebar-debar menunggu keputusan untuk ke IPT. Anak aku pun terkira jugaklah dalam kumpulan tu dan hari jumaat lepas tamatlah debarannya kerana anak aku terpilih untuk menyambung pelajaran ke IPTA, aku pun lega jugalah bila tempatnya tidak jauh dari tempat tinggal aku sekarang. Dia pun mendapat kursus yang memang menjadi idamannya. Syukur kehadrat Ilahi atas segala kurniaNYA.

Banyak juga kawan-kawannya dapat jawapan yang menghampakan, bila dia melayari facebooknya, aku cuba menyebok tengok kelaku mereka ada yang dapat offer dibanyak tempat hingga tak tau nak pilih & ada yang tidak mendapat tempat dimana-mana. Aku cuma kata kat anak aku, bersyukurlah kita dipermudahkan oleh Allah, tidak perlu buat pilihan & tidak perlu merayu kerana tidak terpilih.

Buat anak aku, nasihat aku bila kita dan masuk peringkat IPT dah tak sesusah semasa bersekolah, hadir kelas, buat research dan kerja kursus- lulus sudah pasti, if you put some efford you got good credit.

Pengalaman aku masa di IPT, pelajar  yang gagal kebanyakannya sebab tak hadir kelas, kerja kursus buat cincai, macam mana lecture nak tolong?.

Buat semua anak-anak yang berjaya ke IPT, kamu terpilih antara berpuluh ribu yang memohon, gunakan peluang yang diberi sebaik mungkin, jangan hampakan harapan ibubapa. Kejayaan yang dicapai kelak adalah untuk diri sendiri bukan orang lain.

Buat anak aku, hanya pelajaran yang aku bekalkan kepada mu, tiada aku tinggalkan rumah berderet juga tidak tanah berhektar, berusaha semasa peluang dan ruang terbuka luas ini demi masa depan.

Semuga berjaya memakai topi
& membawa pulang gulung ni
Semuga anak aku berjaya dengan cemerlang bukan saja dalam bidang yang dipilihnya tapi juga menjaga peribadi dan agamanya dalam mengharungi dunia barunya.
Mak tidak lagi dapat mengawal bergerakan mu. Semuga bekalan agama yang telah diberi dapat menjadi benteng kepada godaan dunia yang semakin terhakis nilai-nilai murni.



"Ya Allah, engkau lindungi anakku dan berilah kejayaan didunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka. Hanya engkau tempat aku memohon dan berlindung". Amin.

'SELAMAT MENEMPUH CABARAN BARU'

Wasalam.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Buat semua ibu aku ucapkan Selamat Hari Ibu semuga kita tergolong dalam kategori ibu-ibu yang berjaya dalam menjalankan tanggung jawab dan amanah Allah dengan sesempurna mungkin. Sebagai Ibu janganlah menganggap anak sebagi aset untuk kita dapatkan keuntungan di masa depan tetapi tanggung jawap yang perlu dilaksana dengan baik supaya kita tidak ditanya di akhirat kelak.

Buat mak, aku mengucapkan Selamat Hari Ibu, walaupun aku  pasti dia tak baca pun E3 ni.  Aku amat menyayangi mu walaupun perbuatan dan kata-kata kadangkala disalah tafsir oleh mak. Tapi aku juga tahu mak tidak pernah menyambil hati terhadap aku kerana dia sayang aku dan tak mau aku terseksa di akhirat kelak.

Kepada mak, ini bingkisan aku



'Wahai tuhanku, cucurilah rahmat kepada kedua Ibubapa sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" Amin.

Wasalam





Thursday, May 5, 2011

Gigi oh gigi.

Dah betahun rasanya tak pegi 'check' gigi, kelmarin/semalam(kalau belah utara ni semalam tu maksudnya 'malam tadi' -last night), sampai opis kawan aku ajak teman pegi chek gigi, memandangkan keje pun tak banyak akupun 'i follow u'. Alang-alang teman, akupun chek lah sama. Aku tang check gigi ni fobia sikit (ade kes kawan aku seminggu xboleh cakap & makan sebab salah cabut gigi hingga tepaksa buat pembedahan, sejak tu fobia pi klinik kerajaan, nak pi swasta cuci saja dah RM50, bior je lah).
 Disebabkan tak bawak GL, kena bayar RM2.00 masa daftar, sebab pegi awal pagi & tak de masalah gigi, aku dipanggil masuk & doktor pun tanya apa masalah aku, Aku kata nak periksa saja, ok duduklah & doktorpun ketuk-ketuk gigi aku nak cakap lah dgn nurse tu keadaan tiap-tiap batang gigi aku tu! Lepas tu dia cakap gigi aku jenis sensetif & akan cuci katanya. Kesian juga aku kat doktor tu, jenuh jugalah dia nak gerudi 'plug&cavity' (betul ke term ni) pada gigi aku tu-dah betahun aku 'ternak' cavity tu. Aku tang gerudi gigi ni tak sanggup tu ngilu semacam.  Siap cuci gigi 'puan, pi kat depan bayar RM1.00' kata nurse. Aku pun cara spontan 'tadi dah bayar RM 2.00'. 'Kos cuci gigi RM1.00', kata nurse. Aku termalu lah juga, nurse tu mesti terfikir seringgit pun berkira, aku pun selamba je "ye ke"  he..he!


Pengalaman dulu, klinik kerajaan ni layanan - mak datuk kasarnya tapi kini dan mesra alam, mungkin sebab ada ISO dan gaji pun dan banyak kot, layanan pun memuaskan. Terima kasih cek misi dan doktor juga kerani kat depan tu! Lepas ni tak fobialah kot nak pi check gigi di klinik kerajaan ni & jangan lupa bawa GL kalau nak pree.

Pernah aku baca satu artikal, satu penemuan oleh doktor (tak ingatlah pulak kat mana), kuman/virus dari gigi ni adalah penyebab kanser payudara, nanti aku cari balik, kalu jumpa aku 'paste' kat sini. Bila ditanya kat doktor gigi, dia menyatakan kuman dari gigi memang lebih cepat merebak dalam badan (dia tak cakaplah salah satu punca barah).

gigi cantik senyuman menawan
Cuti sekolah ni, nak bawalah anak-anak pi 'check' gigi jugak lah. Kita selalu memandang ringan tentang pemeriksaan gigi ni, bila sakit barulah nak pi klinik nak cabut, tapi kalau masa sakit tu depa pun tak mau cabut. Sebaiknya pemeriksaan gigi dibuat setiap 3,4 atau 6 bulan sekali atau paling tidak setahun sekali (aku dah bertahun-tahun kot).

Ok Chau

Wasalam



 

Monday, May 2, 2011

Mei bulan penuh sambutan

Setelah dua bulan kerja tanpa cuti (cuti extralah bukan cuti  hujung minggu). Bulan Mei adalah bulan yang penuh dengan sambutan, di mulai dengan sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei, Tema tahun ini ”Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi".  Selamat hari pekerja kepada semua rakyat malaysia! Semoga kita lebih bersemangat & istiqamah dalam menjalankan tugas, penuh ikhlas dengan niat tiada lain kerana Allah Ta'ala. Ingatkan adalah habuan dari PM sempena perhimpunan Hari Pekerja -hampeh (ade ke?- tak tonton tv & tak dengo radio) tapi perhimpunan pekerja mohon naik gaji dan barang naik adelah depa crite,  tak brapa jadi, diganggu pak polisi. oh.. Malaysia ku

Lepas tu, Hari Ibu pada hari Ahad minggu ke dua (kalau gitu 8 Mei 2011), maka berebut-rebut anak-anak membeli hadiah untuk ibu-ibu,(termasuklah anak perempuan aku, yang lelaki buat dek je!) aku tak penahlah beli apa-apa kat mak aku. Tak kira hari ibu ke tidak, selalulah ziarah & 'call' mak kita untuk bertanya khabar (tak payahlah belanja mak makan kat hotel besar setahun sekali -bukan itu yang mereka mahukan) juga bukan wang ringgit, cuma perhatian kita tiada ternilai buat mereka. Kata-kata keramat "Syurga dibawah tapak kaki ibu"

Hari Guru, 16 Mei, adoi! bocor lagilah purse aku, kena beli hadiah kat setiap guru yang ajaq anak perempuan aku tu. Itu satu hal, dalam aku dok bekira-kira nak buat taik mata (cuti hari pekerja), anak aku uluq surat dari sekolah minta derma untuk sambutan hari guru nak buat pada 17 Mei (tupun cuti hari vesak), majlis mesra guru bersama waris katanya. Kenalah uluq & kena hadir jugalah nampaknya, kalau tak muncunglah puteriku sorang tu. Ingatkan bolehlah jadi gardener. Kepada semua guru-guru, jasamu dikenang!

17 Mei 2011, Hari Vesak, aku takle sambut raya vesak ni tapi depa bagi cuti, cotilah (tapi kena pi sekolah lah pulak hu..hu..hu). Kepada rakyat Malaysia yang menyambutnya aku ucapkan Selamat Hari Vesak.

Lepaih tu kalau ikut kalander kuda aku ni, 17 Mei tu juga Hari Keputeraan Raja Perlis (depa tak jemput aku untuk majlis santapan ke, mengadap ke sebab depa ada bagi aku pingat PJK dolu-dolu, tahun 2000 gitu he..he..hee). Amboi  yang kerja kat Perlis dapat cuti berganda gitu!

Akhir sekali Pesta Keamatan (Pesta Menuai) pada 30& 31 di Sabah dan W.P Labuan saje tau, yang lain jangan dok melatah 'tercuti' pulak-"Selamat hari Keamatan kepada orang Sabah" bah. 

Lupa pulak nak habaq, pada 7 Mei 2011 ialah  Hari Hol Negeri Pahang, negeri Pahang saje tau (tanah di mana disitu tempat ku bermain & bersekolah dan di mana ayahanda tercinta bersemadi). Hari hol ni tak silap akulah hari kemangkatan ayahanda Sultan Ahmad Shah- Sultan sekarang ( Almarhum Sultan Abu Bakar)-maaf kalau silap. Alfatihah buat gemulah ayahandaku & Almarhum Sultan.

Bagi aku 'personally' bulan Mei ni ada dua  'big event'  pertamanya 16 Mei 19....(tarikh kawin aku) & 13 Mei 19....(tarikh lahir anak pertamaku)-bukan rusuhan perkauman 13 Mei tu OK. Lupa pulak Hari Jururawat pada 12 Mei (tak ade dalam kalender kuda, tapi masa aku nak bersalin anak sulung dulu, masuk hospital masa nurse sedang sambut hari jururawat-tu yang ingat!). Kepada semua jururawat kerjaya anda sangat mulia & disanjung tinggi-apa ni? iklan tv ke!

Apapun, semuga kita sentiasa didalam lindungan dan hidayah Allah s.w.t  supaya semua perayaan dapat disambut dengan penuh 'gumbira'  dan aman sentosa ever after.

Amin

Wasalam