Wednesday, November 23, 2011

RTM vs TV3

N3 kali ni ada kaitan dengan perlawanan bola sepak akhir sukan SEA Games 26th di Jakarta Indonesia, malam tadi. First of all "Harimau Muda congratulation to the win over Indonesia".  Aku tak tengok habis pun, sebenarnya  aku tak brapa suka menang dengan fenalty kick ni. Apepun sepanjang yang aku tengok tu memang pada aku dua-dua pasukan memang tumb-uplah serang menyerang buat aku nak luruh jantung, bagi mengelak aku sakit jantung baik aku pi tiduq. Pagi ni dengaq brita Malaysia menang.

Aku bukan nak crita pasai bola ni tapi nak crita pasai pengulas sukan antara RTM & TV3 (Astro xde ye). Rumah aku ada 2 TV, TV ruang tamu tu somi bukak TV3 dan ruang tengah tu anak aku bukak RTM.  Aku suruh anak aku pi tengok kat ruang tamu, sama dengan abah depa sebab si adik nak tengok TV9, tapi dia cakap 'takmaulah, pengulaih TV3 macam dahgai'.

Dari dapur, aku dengaqlah dua-dua ulasan selari tu.  Aku nak tergelak pun ade bila dengaq ulasan dari TV3, tak semangat langsung macam bunyi suara 'sotong' pun ade (betullah anak aku kata macam daghai-pondan). RTM memang bertenaga & bersemangat sekali, tak taulah mungkin aku suka cara Hasbullah Awang jadi pengulas. Pada aku Hasbullah Awang ni memang minat dalam bidang sukan, setiap sukan yang dia ulas rasanya dia akan buat 'homework' tentang sukan yang akan diulas. Semasa dia membuat ulasan dia akan memberi info tentang sukan  dan latarbelakang peserta sukan tersebut. Bab ni RTM jadi pilihan.

Aku  letakkan beberapa 'you-tube'  saat cemas perlawanan dari beberapa cannel TV , enjoy the match!
ini dari TV3
berirama ulasannya,  berlagu cam.....   he..he..he..

 ini dari RTM

dari TV  Indonesia

 dibawa khas dari Thailand
terlebih semangat, tang nama je aku faham yg lain buat-buat faham.

Terima kasih pada rakan-rakan maya sekelian, dapatlah aku tengok kejayaan yang tercipta dengan izinNYA.

HARIMAU MENGAUM..GERUDA TERSUNGKUR
"mission complete'

next mission - perlawanan kelayakan ke Olimpik dgn Syria (kalau xsilaplah)-good luck boys

Wasalam

3 comments:

  1. Sama lah kita, nak ngelak sakit jantung, sakit hati etc biar tak tengok..tapi tetap berdoa semoga menang.

    I tumpang tengok ur video clips on penalty, dah tau menang pun masih berdebar..memang confirm tak boleh tengok "live"..hahaha..

    :-)

    ReplyDelete
  2. Cheqna,
    saya pun rasa tension gak, memang sah xboleh tengok 'live'..he..he.

    Sharifah,
    Akak compare dua TV free je...Astro xde hu..hu..hu

    4information,
    Salam sesama blogger, nanti saya follow

    ReplyDelete